Pergi ke kandungan

Keupayaan membran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keupayaan membran (juga dikenali sebagai keupayaan transmembran atau voltan membran) merupakan perbezaan dalam keupayaan elektrik di antara bahagian dalam dan luar suatu sel biologi. Berkenaan dengan bahagian luar sel, nilai-nilai tipikal julat keupayaan membran adalah dalam lingkungan daripada -40 mV hingga -80 mV.

Semua sel haiwan dikelilingi oleh suatu membran yang terdiri daripada dwilapisan lipid dengan protein yang terbenamnya padanya. Membran berfungsi sebagai penebat dan penghalang resapan untuk pergerakan ion. Protein pam/pengangkut ion secara aktif menolak ion merentasi membran untuk mewujudkan kecerunan kepekatan dan saluran ion membenarkan ion untuk bergerak merentasi membran ke bawah kecerunan kepekatan tersebut. Pam ion dan saluran ion secara elektriknya bersamaan dengan satu set bateri dan perintang yang dimasukkan dalam membran dan oleh itu mewujudkan perbezaan voltan antara kedua-dua belah membran.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Alberts et al. Molecular Biology of the Cell. Garland Publishing; Edisi Bk&Cdr ke-4 (Mac 2002). ISBN 0-8153-3218-1. Peringkat siswa/siswi.
  • Guyton, Arthur C., John E. Hall. Textbook of medical physiology. W.B. Saunders Company; Edisi ke-10 (15 Ogos 2000). ISBN 0-7216-8677-X. Peringkat siswa/siswi.
  • Hille, B. Ionic Channel of Excitable Membranes Sinauer Associates, Sunderland, MA, USA; Edisi pertama (1984). ISBN 0-87893-322-0
  • Nicholls, J.G., Martin, A.R. and Wallace, B.G. From Neuron to Brain Sinauer Associates, Inc. Sunderland, MA, USA; Edisi Ketiga (1992). ISBN 0-87893-580-0
  • Ove-Sten Knudsen. Biological Membranes: Theory of Transport, Potentials and Electric Impulses. Cambridge University Press (26 September 2002). ISBN 0-521-81018-3. Peringkat siswazah.
  • National Medical Series for Independent Study. Physiology. Lippincott Williams & Wilkins. Philadelphia, PE, USA; Edisi Ke-4 (2001). ISBN 0-683-30603-0

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.