Pergi ke kandungan

Kesihatan Michael Jackson dan kemunculannya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Michael Jackson di White House pada May 1984

Michael Jackson (29 Ogos 1958 - 25 Jun 2009) merupakan penyanyi Amerika yang telah menghabiskan empat puluh dua tahun dalam mata masyarakat, pertamanya sebagai bintang kecil dengan The Jackson 5, dan kemudiannya sebagai artis solo semasa waktu dia melalui pelbagai perubahan imej .[1] Bermula di pertengahan 1980-an, semakin jelas penampilan Jackson berubah secara mendadak. Bentuk mukanya, terutamanya pada bahagian hidung telah mencetuskan spekulasi yang meluas dalam pengamalan pembedahan kosmetik. Warna kulitnya juga berubah, menjadi lebih putih. Walaupun Jackson didiagnosis dengan penyakit kulit vitiligo, yang dispekulasi meluas akan perubahan yang dialami oleh kulitnya mungkin berpunca daripada pelunturan kulit.[1]

Jackson dan beberapa adik-beradiknya dikatakan telah didera dari segi fizikal dan psychologi oleh ayahnya, Joseph.Pada 2003, Joseph mengaku menyebat mereka semasa kanak-kanak tapi dakwaan penderaannya ditolak setelah sekian lama.[2][3] Sebatan tersebut memberi kesan trauma yang mendalam terhadap Jackson dan mungkin membawa kepada tercetusnya isu-isu kesihatan dalam hidupnya. Pakar perubatan berspekulasi bahawa dia menghidap gangguan dysmorphic badan. [4]

Pada tahun 1990-an, ia kelihatan bahawa Jackson bergantung kepada dadah preskripsi, terutamanya ubat penahan sakit dan ubat penenang yang kuat. Penggunaan dadah kemudiannya dikaitkan dengan kelecuhan dari dua ke tiga degree yang dialaminya beberapa tahun yang lalu. Apabila semakin banyak kesusahan muncul dalam hidupnya, beransur-ansur dia bergantung dengan dadah dan kesihatannya semakin merosot. Dia pergi ke pusat pemulihan pada 1993 dengan bantuanElizabeth Taylor dan Elton John[5]

Semasa bersiap-sedia untuk siri koncert comeback yang dijadualkan bermula dalam bulan Julai 2009, Jackson meninggal dunia akibat serangan mengejut propofol dan intoksikasi benzodiazepine  selepas menghidap serangan jantung pada 25 Jun 2009. Doktor peribadinya telah disabitkan atas pembunuhan secara tak langsung dan dijatuhkan hukuman empat tahun dalam penjara.  

Warna kulit

[sunting | sunting sumber]
Jackson pada 1988, ketika peringkat awal transformasi kulitnya

Kulit Jackson berwarna coklat semasa waktu mudanya tapi bermulanya pertengahan 1980-an, kulitnya beransur-ansur menjadi lebih pucat, kemungkinan berpunca dari vitiligo, tapi secara meluas dianggap berpunca daripada pelunturan kulit dan untuk mengubah ciri-cirinya supaya kelihatan orang Eropah. Menurut pakar biografi Jackson J. Randy Taraborrelli, pada 1986 Jackson didiagnosis dengan vitiligo dan kenyataan Taraborrelli dalam pandangan doktor adalah akibat daripada kerosakan yang dilakukan oleh pelunturan kimia selama ini. Namun begitu, pelunturan kulit bukan sahaja yang disyaki penyebab vitiligo, dimana merupakan penyakit tak berjangkit yang jarang berlaku. Penyebabnya tidak diketahui, tapi rangkaian genetik, auto-immunisasi dan persekitaran salah satu punca yang disyaki. Antara 1% dan 2% penduduk seluruh dunia dikatakan dijangkiti. Depigmentasi berlaku dalam sesebuah kelompok dan menjangkiti kesemua etnik/kaum sama rata. [6]

Taraborrelli menyatakan bahawa Jackson mula mengubah hidungnya lebih kecil di waktu yang sama kulitnya beransur-ansur cerah dan dia menggunakan krim pelunturan kulit dari pasaran gelap yang bernama Porcelana untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Dia mengatakan kakak Jackson iaitu La Toya menggunakan Porcelana juga dan mereka ada sepeti jenis krim ini disimpan di rumah keluarga Hayvenhurst, "menyorokkannya seakan produk kecantikan paling berharga yang pernah dihasilkan". [7] Perubahan fizikal Jackson mendapat liputan meluas dalam media,[8] dan mencetuskan kritikan daripada orang ramai. Pakar psykologi Afrikan American berpendapat Jackson adalah "contoh yang buruk untuk orang belia berkulit hitam. " Dr. Dennis Chestnut mengatakan Jackson memberi " harapan kepada pemuda berkulit hitam bahawa mereka juga boleh", tapi mendorong sesetengah orang berfikir bahawa mereka perlu mempunyai minat dan gaya tersendiri untuk berjaya. Ia juga dianggap bahawa Jackson melunturkan kulitnya untuk meningkatkan nilai kerjaya. Dr. Halford Fairchild mengatakan Jackson dan beberapa selebriti African American akan mencuba "untuk berkelihatan seperti  orang putih dalam usaha untuk mendapatkan tempat dalam filem dan di televisyen ". .[9]

Pakar bedah plastik New York Dr Pamela Lipkin, yang tak pernah merawat Jackson dan menyelidiki rekod kesihatan berkata "apabila kamu melihat kelebihannya, pelunturan kulit.semacam bersesuaian dengan apa yang difikirkan untuk permintaannya kelihatan cantik, jadi saya perlu renungkan apa kesannya? Vitiligo atau kulit yang cerah?" Mencatatkan Jackson dengan tona kulitnya sewaktu muda,  tafsiran Lipkin mengatakan "mungkin dia cuba untuk kelihatan seperti orang Caucasian: Hidungnya dimancungkan setiap enam bulan. Bibirnya dikecilkan. Bulu matanya diubah tajam. Matanya membesar setiap masa. Tulang pipinya juga berubah."[10]

Walaupun begitu, pada 1993 Jackson memberitahu Oprah Winfrey " Setahu saya, tidak ada benda seperti pelunturan kulit. Saya tak tahu apakah ia." Dalam temubual itulah dia menghidap penyakit kulit (vitiligo) dan juga mengatakan penyakit itu disebabkan keturunan, dan bukanlah bersebab walaupun berkata dia sering mengguna make-up kerana tona kulitnya. " Saya tidak dapat berbuat apa-apa," jelas Jackson. "Apabila orang ramai menghantar khabar angin mengenai saya tidak mahu menjadi diri sendiri, hati saya terasa. Ia masalah bagi saya. Saya tidak dapat mengawalnya. Tapi bagaimana dengan berjuta orang yang duduk di tengah panas untuk membakar kulitnya, menjadi apa selain dari diri mereka. Tiada siapa berkata mengenai itu."[11]  Temubual Winfrey bersama Jackson ditonton 62 juta orang America..[12] Bermula lah masyarakat berbincang mengenai topik vitiligo, kondisi yang tidak diketahui sebelum ini.[8][13][14][15]

Jackson mengumumkan bahawa dia bangga berkulit hitam.[16] Dia juga menulis surat kepada jurugambar William Pecchi Jr. pada 1988 yang berkata: "Mungkin saya melihat dunia melalui kemewahan tapi saya sayang semua orang di seluruh dunia. Itulah sebabnya cerita perkauman amat mengganggu saya. [...] Kerana yang sebenar-benarnya semua manusia itu dicipta sama rata, saya menganggapnya dan sentiasa mempercayainya. Saya tidak dapat membayang bagaimana seseorang itu membenci sesamanya disebabkan warna kulit. Saya sayang setiap etnik di seluruh planet bumi ini. Berprasangka merupakan sebuah kejahilan. Lahirnya kita di dunia tanpa seurat benang dan begitu juga sebaliknya. Perkara yang baik juga, kerana ia mengingatkan saya tidak berpakaian di sebalik baju walau apapun warna kulit."[17]

Taraborrelli mengatakan Jackson didiagnosiskan dengan lupus, dengan sebahagian vitiligo mencerahkan kulitnya, dan lupus tidak dapat dipulihkan menyebabkan kedua-dua penyakit membuatkan dia sensitif dengan cahaya matahari yang boleh menyebabkan kondisi lupus berulang.[1] Bedah siasat tidak dapat mengesahkan atau menafikan kewujudan lupus tapi telah disahkan dia menghidap vitiligo.[18][19] Kulitnya dijumpai dan didapati kekurangan melanosit dan sel itu aktif dalam pigmentasi kulit.[20]

Untuk merawat kondisi tersebut, Jackson menggunakan Solaquin, Tretinoin, dan Benoquin.[1] Pada 29 Jun 2009 berpuluh-puluh tiub Benoquin dan hydroquinon dijumpai dalam rumah Jackson. Kedua-dua krim biasanya digunakan untuk merawat vitiligo. Dr. David Sawcer mengatakan sesetengah pesakit dengan vitiligo akan mencapai ke tahap di mana ia masuk akal untuk membuang bit coklat kerana begitu banyak kulit pucat.[21] Dalam masa yang sama, untuk kulit yang depigmentasi ke kulit gelap amat sukar.[22] Depigmentasi meninggalkan kesan kekal dan sensitiviti melampau terhadap matahari.[23] Pesakit vitiligo berisiko mendatangkan melanoma. Digalakkan membuat pemeriksaan kanser tahunan.[24] Jackson juga sering disuntik hydroksiklorikuin tepat  ke dalam kulit kepala.[1] Satu lagi cara biasa yang merawat vitiligo iaitu dengan menggunakan makeup untuk melapiskan kulit depigmentasi.[24] Rawatan Jackson yang digunakan untuk mencerahkan lagi tona kulit dengan mengaplikasikan makeup pancake pada kulitnya dan dia kelihatan sangat pucat.[1] Sebagai contohnya, Stevie Nicks teringat di temubual Rolling Stone : Saya teringat [sebelum kami persembahkan perasmian Bill Clintion 1993], Michael menghantar seseorang untuk mencari jika saya mempunyai foundation makeup untuk dipinjam. Saya guna sedikit Chanel foundation ketika itu dan Michael menghantar sekeping nota untuk berterima kasih tapi foundation tidak cukup cerah untuknya."[25] Jackson juga melindungi penyakit kulitnya dengan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang. Dalam video muzik "Remember The Time", semua penari dan pelakon kecuali Jackson memakai pakaian nipis mengikut contoh pakaian Egypt kuno..[26] Jackson biasanya tidak memakai pakaian yang bercorak untuk mengelakkan perhatian ke atas penyakitnya .[27]

Vitiligo berlaku dalam tiga corak yang berbeza. Segmental depigmentasi bermaksud hanya satu sisi badan dijangkiti, General depigmentasi bermaksud kebanyakan bahagian badan dijangkiti.[28] Bedah siasat Jackson melaporkan keadaan terdapat "kulit depigmentasi focal" [29] (depigmentasi berlaku di satu atau beberapa bahagian badan)"[28] Dalam kes Jackson, terdapat 5 bahagian dijangkiti.[29]

Pada 1996 ketika HIStory World Tour di Australia, Jackson berkahwin dengan jururawat dermatologi, Debbie Rowe.[30][31] Pasangan itu bertemu kali pertama di pertengahan 1980-an semasa Jackson didiagnosiskan dengan vitiligo.[32] Dia menghabiskan bertahun-tahun untuk merawat penyakitnya serta memberi sokongan moral dan mereka membina persahabatan yang kuat sebelum mereka berkahwin. Pasangan tersebut bercerai pada 1999 dan kekal sebagai kawan selepas itu.  .[33]

Prosedur kosmetik dan diet

[sunting | sunting sumber]
Jackson di Cannes Film Festival 1997

Dari masa ke masa, struktur muka Jackson juga berubah. Pakar bedah spekulasikan dia mengenakan rhinoplasty, menaikkan dahi, pembedahan tulang pipi, mengubah bibirnya dan membentukkan dagunya.[34] Mereka yang rapat dengan penyanyi tersebut menganggarkan dia menjalani  prosedur sekitar sepuluh kali. [1] Menurut biografi J. Randy Taraborelli, Jackson menjalani rhinoplasty pertamanya selepas hidung dia patah ketika rutin tarian kompleks pada 1979. Namun begitu, pembedahan itu tidak berjaya sepenuhnya dan dia merungut kesukaran bernafas yang akan memberi kesan kepada kerjayanya. Dia dirujuk ke Steve Hoellin untuk menjalani rhinoplasti kedua pada 1981 .[35] Manakala Katherine Jackson ada berkata dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa Michael menjalani pembedahan hidung pertama daripada Steven Hoefflin. Taraborrelli mengatakan Jackson mendapat rhinoplasty ketiganya pada tiga tahun kemudian dan keempat pada 1986.[36] Jackson menulis dalam autobiografinya Moonwalk pada 1988 bahawa sebagai tambahan kepada dua rhinoplasties, dia juga membentuk dagunya.[37] Mulai dari tahun 1986 dia adalah pelanggan tetap Arnold Klein, seorang dermatologi yang pakar dalam suntikan isi kulit dan prosedur kosmetik tanpa pembedahan.[38]

Dalam bukunya, Jackson membuat perubahan pada struktur mukanya ke awet muda, diet vegetarian yang tegas, hilangkan berat badan, mengubah gaya rambut dan lampu pentas.[37] Jackson menafikan dakwaan yang mengatakan dia mengubah matanya.[39] Pada 1990, rawatan penuh Jackson diperdebatkan meluas; mereka yang rapat dengannya menganggarkan beliau telah menjalani sepuluh operasi di wajahnya sehingga ke tahap ini .[1] Pada Jun 1992 , Daily Mirror menyiarkan gambar penuh muka depan, mendakwa muka Jackson yang mereka gambarkan sebagai "muka cacat" dalam pembedahan plastik. Jackson saman akhbar tabloid dan pada 1998 mereka bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah dengan Jackson. Di Mahkamah Tinggi, bekas editor akhbar tersebut mengakui  selepas berbincang Jackson secara peribadi, beliau percaya Jackson tidaklah cacat mukanya dan tidak berparut. Peguam cara Daily Mirror menegaskan bahawa penerbitan itu tidak mengubah gambar tersebut.[40]

Laporan media menyatakan bahawa bedah siasat Jackson melaporkan satu parut di tepi lubang hidungnya, dan 2 parut di lehernya, "kemungkinan" daripada rawatan kosmetik,[41] tatu kosmetik tambahan di bulu keningnya, sekitar mata dan bibirnya, dan di kulit kepalanya ( .[42]

Dalam dokumentari Living With Michael Jackson versi tak disunting yang ditunjukkan di mahkamah pada 2005, Jackson mengatakan dia mempunyai dua prosedur di hidung supaya dapat bernafas lebih baik.[43] Apabila ditanya mengenai dagunya, Jackson menjawab: Tulang pipi ni? Tidak. Ayah saya ada dagu yang sama. Kami berdarah India."[44]

Kebimbangan kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Selama bertahun-tahun, Jackson mempunyai pelbagai masalah perubatan yang dilindungi oleh media. Pada awal 1984, Jackson dirawat kerana melecur pada kulit kepala kerana rambutnya terbakar semasa penggambaran komersial.[45] Pada Jun 1990, Jackson telah dimasukkan ke hospital Santa Monica kerana sakit dada .[46] Menurut Dr Mark Zatzkis "makmal dan ujian X-ray jantung dan paru-paru Jackson mendedahkan tiada keabnormalan"; kesakitan itu disebabkan oleh tulang rusuk lebam semasa amalan tarian rancak".[47]

Pelbagai konsert dibatalkan kerana sakit dan lawatan yang selebihnya telah dibatalkan kerana ketagihannya. Pada 12 Mac 1988, Jackson membatalkan persembahan di St Louis yang telah dijadualkan semula pada 14 Mac; namun pada 13 Mac, Jackson membuat persembahan di St. Louis walaupun dia bergelut dengan demam. Demamnya membawa kepada laryngitis menyebabkan persembahan pada 14 Mac, turut dibatalkan.[48] Tiga pertunjukan di Tacoma, yang dijadualkan dari 31 Oktober hingga 2 November, 1988, terpaksa dibatalkan atas nasihat doktor beliau 'kerana ketika itu Jackson menghidap selesema.[49] Dua pertunjukan di Los Angeles telah dibatalkan kerana kotak suaranya membengkak;[50]termasuk tiga pertunjukan di Los Angeles yang dijadualkan pada 20 November, 21 dan 22 juga dibatalkan tapi lima konsert ini telah dijadualkan semula pada Januari 1989.[51]

Pada bulan Ogos 1992, sebuah konsert di London, England terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh jangkitan virus. Empat hari kemudian, Jackson membuat persembahan di Cardiff, Wales.[52] Pada bulan September 1992, sebuah konsert di Gelsenkirchen, Jerman telah dibatalkan kerana Jackson telah jatuh sakit dan juga selesema.[53] Di Lausanne, Switzerland, ambulans mengambil Jackson kembali ke hotel selepas persembahan yang diadakan pada 8 September;[54] satu lagi persembahan di Basel, Switzerland, dijadualkan pada 11 September,[55] juga dibatalkan.[56]Pada bulan Oktober 1992, dua konsert di Turki, (Istanbul dan Izmir) dan satu lagi di Athens,[57] Greece telah dibatalkan[58] kerana kehilangan suara disebabkan oleh kesejukan. Doktor peribadinya mengikuti Jackson di Istanbul. Menurut pihak penganjur "suara vokal  Jackson kerengsaan".[59] Konsert ini sepatutnya menjadi tiga pertunjukan terakhir jelajah Eropah. Jackson ditemui pakar tekak di London, dan telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di Los Angeles.[60]

Pada bulan Ogos 1993, dua pertunjukan Jackson Dangerous Tour di Thailand terpaksa dibatalkan akibat dehidrasi.[61] Pada 27 Ogos 1993, Jackson "kembali ke pentas konsert".[62] Pada 30 Ogos 1993,[63] pertunjukan di Singapura terpaksa dibatalkan kerana loya dan sakit kepala yang teruk. Pada pendapat pakar perubatan, Dr. David Forecast, Jackson "berada dalam keadaan sakit  ". Seorang pakar neurologi dihantar kepada Jackson.[61] Pakar mengesahkan diagnosis Forecast iaitu "permulaan migrain", maka ubat-ubatan ditetapkan untuk Jackson, yang juga menjalani ujian di hospital di Singapura.[64] Persembahan itu kemudiannya berlangsung dua hari kemudian.[63] Jackson minum banyak air,[65] yang merupakan selangkah mencegah sama ada dehidrasi[66] dan masalah suara.[67]

Konsert pertama di Santiago de Chile yang dijadualkan pada 21 Oktober 1993 telah dibatalkan kerana masalah lumbar dan dua hari kemudian, Jackson membuat persembahan di Estadio Nacional.[68] Satu lagi konsert di Lima, Peru, yang dijadualkan pada 26 Oktober 1993, telah dibatalkan kerana ototnya terkoyak semasa persembahan di Brazil.[69] Beberapa konsert di Mexico City telah dibatalkan kerana kesakitan gigi.[70] Dua gerahamnya bernanah ditarik.[71] Walau bagaimanapun, terdapat lima persembahan di Mexico City.[70][72] Konsert terakhir Dangerous Tour berlangsung di Mexico City pada November 11, 1993.[73]

Pada bulan November 1993, Jackson mengumumkan pembatalan baki konsertnya dalam Dangerous Tour disebabkan ketagihannya pada ubat penahan sakit yang telah ditetapkan selepas pembedahan kulit kepala yang dibuat baru-baru ini.[74]

Ia juga dilaporkan, Jackson membatalkan persembahan di Rusia dan Israel.[70] Walau bagaimanapun, kedua-dua konsert itu ditukar ke waktu yang lain.[75][76] Penjadualan semula konsert di Israel bukanlah disebabkan masalah kesihatan.[77]

Menurut Dr Neil Ratner, Jackson mengalami kecederaan tulang belakang pada bulan Julai 1997 ketika salah satu pentas runtuh semasa konsertnya di Munich, Jerman. Namun begitu, History Tour diteruskan dan hanya terdapat satu konsert dibatalkan selepas kemalangan maut Princess Diana kira-kira dua bulan kemudian.[78] Malah, satu kemalangan berlaku semasa konsert amal di Munich, pada tahun 1999. Jackson kemudian dibawa ke hospital. Promoter Jackson, Marcel Avram katanya [Jackson] melecet dan lebam.[79] Jackson meninggalkan hospital pada keesokan harinya.[80]

Pada 15 Februari [81] 2005, Jackson dimasukkan ke Marian Medical Centre di Santa Maria dengan "gejala seperti flu." Menurut Dr Chuck Merrill, Jackson berada dalam keadaan stabil dan akan pulih dalam beberapa hari.[82] Jackson meninggalkan hospital pada 16 Februari 2005; Dr. Todd Bailey berkata Jackson "perlu penjagaan berterusan untuk beberapa gejala virus , tetapi melainkan dia dalam keadaan baik."[81] Satu minggu kemudian, hakiman juri untuk perbicaraan kes mencabul kanak-kanak disambung semula di hadapan Jackson.[83]

Pada 10 Mac 2005, Jackson hadir lewat di mahkamah selepas menerima rawatan di hospital[84] disebabkan masalah tulang belakang.[85] Semasa perbicaraan, Jackson kadang-kadang memerlukan bantuan untuk sampai ke tempat duduknya.[84]Pada 5 Jun 2005, Jackson telah dibawa ke bilik kecemasan di Santa Ynez Valley Hospital untuk mendapatkan rawatan sakit belakang. Jurucakap Jackson, Raymone Bain berkata "tekanan" menyumbang kepada masalah sakit belakang".[85] Semasa perbicaraan, Jackson jarang berada di hospital beberapa kali.[86]

Dr. Christopher Rogers memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Dr. Conrad Murray bahawa pada pendapatnya, Jackson "adalah lebih sihat daripada orang yang purata umur beliau." [87] Rogers berkata arteri sekitar jantung Jackson bebas lemak dan kolesterol, yang diluarkebiasaan bagi individu yang berusia 50 tahun.[88]

Zaman kanak-kanak dan kesihatan mental

[sunting | sunting sumber]

Satu lagi perbincangan mengenai aspek kehidupan peribadi Jackson adalah zaman kanak-kanak terutama hubungan dengan bapanya. Jackson dan beberapa adik-adiknya menyatakan bahawa mereka secara fizikal dan mental didera oleh bapa mereka Joseph dari usia muda, melalui latihan tanpa henti, sebatan dan penggunaan nama yang menghina seperti "hidung besar" untuk Michael; penderaan ini telah mempengaruhi Michael sepanjang hidupnya.[89] Dalam satu perbalahan-kemudian dipanggil semula oleh Marlon Jackson, Joseph memegang Michael dalam keadaan terbalik dengan satu kaki dan "memukul dia berkali-kali dengan tangannya, memukul dia di belakang dan punggung".[90] Joseph sering menolak jatuh tersandung anak-anak lelakinya atau menolak kasar mereka ke dinding.[90]

Satu malam semasa Jackson sedang tidur, Joseph naik ke biliknya melalui tingkap bilik tidur. Memakai topeng menyeramkan, beliau masuk ke dalam bilik menjerit dan berteriak. Joseph berkata, dia mahu mengajar anak-anaknya supaya tidak membiarkan tingkap terbuka apabila mereka pergi ke tidur. Beberapa tahun selepas itu, Jackson mengalami mimpi buruk bahawa dirinya diculik dari bilik tidur.[90] Pada awal tahun 1980, beliau amat tidak berpuas hati; Jackson menjelaskan, "Di rumah pun, saya kesepian. Kadang-kadang saya duduk di dalam bilik dan menangis. Amat sukar untuk mendapat kawan ... saya kadang-kadang berjalan di sekitar kejiranan pada waktu malam, hanya berharap untuk mencari seseorang untuk bercakap. Tetapi akhirnya saya hanya pulang ke rumah."[91]

Walaupun ia telah dilaporkan untuk beberapa tahun Jackson mempunyai zaman penderaan kanak-kanak , dia mula bercakap secara terbuka mengenainya dalam satu temu bual pada 1993 dengan Oprah Winfrey. Beliau berkerut apabila bercakap tentang penderaan kanak-kanak di tangan bapanya; beliau percaya dia telah terlepas banyak waktu semasa kanak-kanak, mengakui bahawa dia selalu menangis dari kesepiannya.[8][13][14] Dalam temubual yang sama bercakap mengenai bapanya, Jackson berkata, "Ada ketikanya dia akan datang berjumpa dengan saya, saya akan rasa jengkel ... saya akan rasa nak muntah. Saya minta maaf ... Tolong jangan marah saya ... Tapi saya masih sayang dia."[92] Dalam lain temu bual berprofil tinggi Living With Michael (2003), beliau menukup mukanya dengan tangan dan mula menangis apabila bercakap tentang penderaan zaman kanak-kanaknya.[90]

Jackson teringatkan Joseph yang duduk di kerusi semasa kumpulan berlatih dan berkata: "Dia ada tali pinggang di tangannya. Jika kamu tidak lakukan dengan betul, menangis la kau nanti, lunyai kau dibuatnya. Memang habis la. Teruk jadinya."[93] Kedua-dua ibu Jackson menafikan dakwaan kewujudan penderaan kanak-kanak dengan mengatakan memukul di punggung itu adalah biasa untuk mendisiplinkan kanak-kanak ketika itu.[94][95][96] Dakwaan penderaan kanak-kanak dipolarisasi oleh beberapa adik-beradik, dengan sebahagian daripada mereka menolak tuntutan.[97][98]

Pada tahun 2003, Jackson dituduh gangguan seksual terhadap kanak-kanak dan telah dibebaskan dua tahun kemudian. Semasa siasatan, profil Jackson telah diperiksa oleh Stan Katz, pakar kesihatan mental professional yang menghabiskan beberapa jam dengan penuduh. Menurut J. Randy Taraborrelli, penilaian yang dibuat oleh Katz adalah bahawa Jackson sudah mundur usia sepuluh tahun.[99] Beberapa profesional perubatan secara terbuka menyatakan keyakinan mereka bahawa Jackson menghidap gangguan dismorfik badan, satu keadaan psikologi di mana pesakit tidak tahu konsep bagaimana penampilan fizikalnya dilihat oleh orang lain.[1]

Berat dan ketagihan dadah

[sunting | sunting sumber]

Perubahan kepada mukanya itu adalah sebahagiannya, kerana dalam tempoh kehilangan berat yang ketara.[100] Jackson menjadi lebih langsing pada awal 1980-an disebabkan perubahan dalam diet dan keinginan untuk menjadi seperti "badan penari".[35] Pada tahun 1984, Jackson telah hilang 20 paun (9.1 kg), membuatkan berat badannya ke 105 paun (48 kg) pada rangka 5 kaki 9 (1.75 m), yang paling langsing pernah dia jadi ketika dewasa.[101] Saksi melaporkan bahawa Jackson sering pening dan berspekulasi bahawa beliau menghidap anoreksia nervosa.[101] Berikutan tuduhan mencabul kanak-kanak pada tahun 1993, Jackson berhenti makan dan kehilangan lebih banyak berat badan.[102]

Pada akhir tahun 1995, Jackson dikejarkan ke hospital selepas pengsan semasa latihan untuk persembahan di televisyen (yang kemudiannya dibatalkan); seorang penulis tiada berkaitan mendakwa kejadian itu berpunca daripada serangan panik berkaitan dengan tekanan,[103]manakala para medik menyebut degupannya tidak teratur, keradangan gastro-usus, dehidrasi, masalah buah pinggang dan ketidakseimbangan hati.[104] Tiada dalam pendaftaran hospital termasuk yang ini,  para medik mendapati dadah dalam sistem badan Jackson.[105][106] BBC melaporkan bahawa semasa perbicaraan 2005 beliau, penyanyi itu mengalami penyakit berkaitan tekanan dan kehilangan berat badan yang teruk.[107]

Seorang biografi menyatakan bahawa pada tahun 1993, penyanyi itu mengaku mengambil Valium, Xanax dan Ativan bagi menangani stress dakwaan gangguan penderaan seksual yang dibuat terhadapnya,[108] padahal Jackson sendiri tidak menyebut sedatif, beliau menyatakan bahawa ubat penahan sakit sebenarnya telah ditetapkan untuk meredakan kesakitan yang beliau hadapi selepas pembedahan baru-baru ini pada kulit kepalanya akibat kemalangan pada tahun 1984.[109] Beberapa bulan selepas dakwaan menjadi berita, Jackson kehilangan kira-kira 10 pound (4,5 kg) berat badannya dan berhenti makan.[102]Dalam deposisi mahkamah yang tidak berkaitan dengan penderaan kanak-kanak yang didakwa, Jackson jelas kelihatan mengantuk, kurang tumpuan dan berulang kali tidak jelas semasa bercakap. Beliau tidak ingat tarikh siaran album sebelum atau nama-nama orang yang dia telah bekerja dengannya. Ia mengambil masa beberapa minit untuk menamakan beberapa album terbarunya.[110]

Jackson juga menyatakan dalam temu bual di 1993 yang dia mula mengambil ubat penahan sakit secara berkala pada tahun 1984. Pada 24 Januari tahun itu, Jackson membuat penggambaran komersial Pepsi apabila rambutnya terbakar dari kerosakan piroteknik di atas pentas yang bertujuan menjadi sebahagian dari salah satu banyak bahagian yang difilemkan. Beliau melecur tahap kedua pada kulit kepala dan tidak pernah pulih sepenuhnya daripada kecederaan atau sakit masih lagi berlegar. Beliau dilaporkan mula mengambil ubat penahan sakit selepas enggan pada mulanya untuk tangani kesakitan yang tak terkata.

Pada 9 November dan 10 November 1993, Jackson telah disoal mengenai perkara hak cipta. Menurut akuan bersumpah daripada 'peguam plaintif, beliau telah diberitahu yang Jackson "telah mengambil ubat penahan sakit kerana pembedahan oral baru-baru ini."

Pada bulan November 1993, Jackson mengumumkan bahawa beliau telah ketagih kepada ubat penahan sakit; beliau berkata beliau baru-baru ini dia menjalani pembedahan kulit kepala, dan ubat penahan sakit telah ditetapkan. Jackson berkata disebabkan oleh tekanan daripada dakwaan mencabul kanak-kanak dan tenaga yang diperlukan untuk Dangerous Tour beliau "secara fizikal dan emosi letih". Beliau berkata beliau telah "semakin bergantung kepada ubat penahan sakit", dan akan mendapatkan rawatan.[111] Peguamnya berkata, Jackson akan dirawat untuk ketagihannya di luar negara untuk satu setengah bulan hingga dua bulan.[112] Pada Disember 1993, Jackson kembali ke Amerika Syarikat.[113]

Kesihatan Jackson semakin merosot ke tahap di mana dia membatalkan baki penjelajahannyannya dan terbang dengan kawan-kawan Elizabeth Taylor dan suaminya ke London. Apabila penyanyi itu tiba di lapangan terbang, dia terpaksa dibimbing oleh dua kawan-kawannya; beliau kemudian bergegas ke rumah pengurus Elton John dan kemudiannya ke klinik.[5][114] Beliau mencari dadah dalam catatan iaitu botol ubat yang ditemui dalam sebuah beg. Beliau mengambil alih tingkat empat hospital dan diletakkan Valium IV supaya beransur-ansur mendiamkannya dari ubat penahan sakit.[5][114] Jurucakap penyanyi itu kemudian memberitahu pemberita bahawa Jackson sudah "hampir tidak dapat berfungsi secukupnya pada peringkat intelektual".[5][114] Semasa di klinik, Jackson mengambil bahagian dalam kumpulan dan satu-satu sesi terapi.[114] Menurut Taraborrelli, pada bulan Januari 2004 dan perbicaraannya makin menghampiri, Jackson bergantung kepada morfin dan Demerol dan sedang dirawat untuk pergantungan ini oleh pakar herba Alfredo Bowman di Colorado.[115]

Dalam temu bual bersama Aphrodite Jones, Patrick Treacy, seorang pakar bedah kosmetik yang merawat Jackson antara Julai 2006 dan awal tahun 2007, dan juga tidak lama sebelum kematiannya, menyatakan bahawa dia akan tahu jika Jackson sepatutnya turut dirawat oleh doktor lain dan dia tidak pernah melihat apa-apa dadah di dalam rumahnya. Beliau juga berkata Jackson tidak menghidap insomnia dan tidak pernah meminta rokok. Treacy menyatakan Jackson dalam kesihatan fizikal yang baik; beliau berkata Jackson sentiasa menekankan kehadiran pakar bius apabila Propofol ditadbirkan.[116][117]

Jackson berketinggian 5 kaki. 9in dan berat 136 lbs, dimana berada dalam julat berat badan yang normal walaupun dia kurus, Dr. Rogers yang membuktikannya di mahkamah.[88] Menurut pelanggannya Michael Bush, Jackson kehilangan banyak berat badan semasa konsert disebabkan kehilangan air membuatkan kostum Jackson yang dipakai pada akhir persembahan terpaksa menjadi lebih kecil daripada yang dipakainya pada awal persembahan dan biasanya dia mempunyai pinggang 28 inci.[118] Menurut Dr. Nader Kamangar, seorang pakar tidur di perubatan UCLA seperti Demerol boleh menyebabkan insomnia. Dalam kes Jackson, insomnia mungkin berpunca oleh "kegelisahannya dalam persembahan" juga.[119]

Berikutan kematian Jackson, waran polis dikeluarkan terhadap doktor yang merawat beliau, Conrad Murray, dinyata juga bahawa ramai doktor Jackson telah menggunakan sembilan belas lagi nama samaran berbeza, seperti "Omar Arnold," "Josephine Baker," "Fernando Diaz," "Paul France," " Peter Madonie, "" Faheem Muhammad, "" Roselyn Muhammad "," Blanca Nicholas, "" Jimmy Nicholas, "" Bryan Singleton, "" Frank Tyson, "dan" Rob Kaufman "sambil memberi ubat yang ditetapkan kepada Jackson. Dia juga mengambil preskripsi sebagai "Putera", "Michael Amir," dan "Kai Chase," nama-nama salah seorang anak lelakinya, jurucakap beliau, dan bekas chef peribadinya, setiap darinya.[120] Polis menemui satu CD menyebut "Omar Arnold" alias apabila mereka menyerbu rumah di Las Vegas, Nevada dan pejabat Conrad Murray, doktor peribadi Jackson.[121]Penggunaan nama samaran oleh selebriti 'doktor adalah amalan biasa bagi menjaga rahsia sejarah kesihatan pesakit,[122] dan tidak semestinya menandakan ketagihannya.[123]

Berikutan kematian Jackson, laporan penggunaan beliau pethidine (Demerol) timbul.[124] Cherilyn Lee, seorang jururawat yang menyediakan kaunseling pemakanan kepada Jackson, berkata 12 April 2009, Jackson memintanya untuk tidak dinyatakan "produk untuk tidur." Pada 19 April 2009 beliau memberitahunya satu-satunya ubat yang dapat membantu adalah propofol.[125] Lee enggan dan memberitahunya "Michael, satu-satunya masalah anda pada ubat ini ... adalah anda akan mengambilnya dan tidak akan bangun." Jackson mengetepikan amaran, memberitahunya dia telah diberi dadah sebelum ini, melalui suntikan IV, dan doktor memberitahunya ia adalah selamat.[126] Beliau tidak menamakan siapa doktor itu. Dos berlebihan propofol boleh menyebabkan pesakit berhenti bernafas, dan membawa kepada kekurangan oksigen dan pembentukan karbon dioksida dalam badan yang boleh membawa kepada aritmia dan serangan jantung.[127] Itulah kali terakhir mereka bertemu.[128]

Oleh kerana suatu pertanyaan mengenai pembatalan insurans untuk jelajah yang akan datang, syarikat insurans mendesak supaya peperiksaan perubatan oleh doktor yang mereka percayai. Pada bulan Februari 2009, Jackson mempunyai pemeriksaan dilakukan oleh Dr David Slavit New York. Kemudian, broker memberitahu Naib Presiden Kanan AEG, Jackson hanya sedikit demam dan telah lulus ujian "dengan jayanya". Pemeriksaan perubatan kedua sepatutnya berlangsung pada 6 Julai 2009.[129]

Menurut Lee, dia menerima panggilan terburu-buru pada 21 Jun 2009 daripada seorang pembantu kepada kakitangan Jackson. pembantu itu melaporkan bahawa , Jackson berasa sakit. Lee dilaporkan terdengar Jackson mengadu sebahagian badannya panas, sejuk pada bahagian lain. Beliau percaya yang seseorang telah memberikan kepadanya sesuatu yang menjejaskan sistem saraf pusat beliau. Beliau menasihati pembantu itu untuk membawanya ke hospital.[126][130]

Selepas kematiannya, laporan bedah siasat mendedahkan bahawa Jackson mempunyai hati yang sihat dan merupakan "disahkan sihat" bagi yang berusia 50 tahun. Menurut BBC, berat badannya berada dalam julat yang boleh diterima bagi seorang lelaki pada ketinggian badannya, tapi pada lengannya dia tercucuk, dan mengalami kerosakan paru-paru dan beberapa arthritis.[131]Dokumen itu menunjukkan masalah kesihatan yang paling serius Jackson adalah keradangan paru-paru kronik, tapi ini tidak cukup serius untuk dijadikan faktor yang menyumbang kepada kematiannya. Post mortem tidak mendedahkan sebarang masalah fizikal yang mungkin terhad pada kemampuan Jackson untuk membuat persembahan.[131] "Kesihatan keseluruhan beliau adalah baik, "kata Dr Zeev Kain dari Universiti California, yang mengkaji laporan untuk AP tetapi tidak terlibat dalam pemeriksaan post mortem," Keputusan dalam tahap normal. "bedah siasat juga mendedahkan dia sebahagiannya botak, dan bibir, serta kening dan kulit kepala ditatu.[131]

Pada tahun 2011 Dr. Rogers berkata dalam keterangannya: "Teori yang seolah-olah kurang munasabah bagi saya adalah Encik Jackson bangun, dan walaupun dia berada di bawah pengaruh ubat pelali, dia dapat memberikan dirinya satu lagi dos."[132] Pakar toksikologi Dan Anderson, memberi keterangan bahawa Demerol tidak dikesan di dalam sistem Jackson.[133]

References

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e f g h i Taraborrelli, pp. 434–436
  2. ^ [1] BBC News, June 27, 2009.
  3. ^ Duke, Alan (July 21, 2009). "Joe Jackson denies abusing Michael" (Siaran akhbar). CNN. Dicapai pada May 31, 2015.
  4. ^ Posner, Gerald.
  5. ^ a b c d Campbell (1995), pp. 89–93
  6. ^ http://pearlgrimesmd.com/pigmentation-disorders
  7. ^ MICHAEL JACKSON: The Magic, the Madness, the Whole Story, 1958-2009 by J. Randy Taraborrelli, pg 351
  8. ^ a b c Campbell (1995), pp. 14–16
  9. ^ Hodges, Sam. [2]
  10. ^ Page 2 of 2 (2003-02-08). "Page 2: Surgeon: Michael Jackson A 'Nasal Cripple' - ABC News". Abcnews.go.com. Dicapai pada 2012-11-22.
  11. ^ http://www.oprah.com/entertainment/Oprah-Reflects-on-Her-Interview-with-Michael-Jackson/3
  12. ^ "Thriller for Diane Sawyer: Interview with Jackson Two". Daily News. New York. May 18, 1995. Dicapai pada Jul 3, 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ a b Lewis pp. 165–168
  14. ^ a b George, pp. 45–46
  15. ^ 'I'm a black man turning white on television'", BrisbaneTimes, December 18, 2007
  16. ^ http://www.rollingstone.com/music/news/michael-jackson-what-went-wrong-20090730
  17. ^ "Michael Jackson handwritten letter regarding "Moonwalker"". Dicapai pada 2014-03-14.
  18. ^ Duke, Alan. "Autopsy reveals Michael Jackson's secrets". CNN. Dicapai pada 28 January 2016.
  19. ^ "Autopsy Report for Michael Jackson" (PDF). Dicapai pada 2014-03-12.
  20. ^ Time Waster. "Michael Jackson Autopsy Report". The Smoking Gun. Dicapai pada 2012-11-22.
  21. ^ Anthony McCartney,
  22. ^ Rebecca Howard, Gadsden Times,Michael Jackson's skin condition destroys pigment, https://news.google.com/newspapers?nid=1891&dat=19930215&id=Xr4fAAAAIBAJ&sjid=RtgEAAAAIBAJ&pg=1295,1897473,February 15, 1993
  23. ^ http://www.avrf.org/treatments/medical.htm
  24. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-24. Dicapai pada 2016-04-05. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "avrf.org" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  25. ^ "Michael Jackson Remembered: Stevie Nicks on the Ultimate Showman". Rolling Stone. 9 July 2009. Dicapai pada 13 September 2012. Italic or bold markup not allowed in: |journal= (bantuan)
  26. ^ name="Bush">Bush, Michael.
  27. ^ name="Bush", p. 40.
  28. ^ a b http://www.avrf.org/facts/signs.htm
  29. ^ a b Michael Jackson Autopsy Report, p. 4, http://www.thesmokinggun.com/file/michael-jackson-autopsy-report?page=0
  30. ^ Taraborrelli, pp. 580–581
  31. ^ Taraborrelli, p. 597
  32. ^ Taraborrelli, p. 570
  33. ^ Taraborrelli, pp. 599–600
  34. ^ "Surgeon: Michael Jackson A 'Nasal Cripple'". ABC News. February 8, 2003. Dicapai pada Nov 11, 2006.
  35. ^ a b Taraborrelli, pp. 205–210
  36. ^ Taraborelli, Randy (July 1, 2009). "How Jackson's surgery was a desperate bid not to look like the father he hated". Mail Online. London. Dicapai pada 2012-04-08.
  37. ^ a b Jackson, pp. 229–230
  38. ^ "CNN.com". CNN.
  39. ^ Jackson, p. 256
  40. ^ "Mirror says sorry for Jackson libel". BBC. November 9, 1998. Dicapai pada Jul 29, 2008.
  41. ^ http://www.nj.com/entertainment/celebrities/index.ssf/2009/10/ap_autopsy_shocker_michael_jac.html
  42. ^ "Michael Jackson autopsy reveals tattooed eyes, lips and scalp". The Daily Telegraph. London. October 1, 2009.
  43. ^ Nick Madigan, The New York Times, http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9C0DE4DC1030F931A25756C0A9639C8B63,May 12,2005,
  44. ^ Aphrodite Jones, Michael Jackson Conspiracy, 2007, p. 266
  45. ^ The Evening standard, People Magazine, https://news.google.com/newspapers?nid=950&dat=19840206&id=ebhaAAAAIBAJ&sjid=mVkDAAAAIBAJ&pg=6185,1341121, February 6, 1984
  46. ^ AP, Observer- Reporter, Recurring chest pains keep Michael Jackson in hospital, https://news.google.com/newspapers?nid=2519&dat=19900606&id=Zq9dAAAAIBAJ&sjid=q10NAAAAIBAJ&pg=6143,892740, June 6, 1990
  47. ^ Orlando Sentinel, Jackson's Chest Pains Caused By Bruised Ribs, http://articles.orlandosentinel.com/1990-06-08/news/9006080630_1_entering-the-hospital-chest-bruised-ribs, June 8, 1990
  48. ^ AP, Laryngitis forces Jackson to cancel St. Louis show, Williamson Daily News, March 15, 1988, https://news.google.com/newspapers?id=zaxDAAAAIBAJ&sjid=B68MAAAAIBAJ&pg=1255,4109818&dq=michael+jackson+st+louis+cancelled&hl=en
  49. ^ Jackson cancels Tacoma concerts, Eugene Register-Guard, October 31, 1988, https://news.google.com/newspapers?id=__JVAAAAIBAJ&sjid=luEDAAAAIBAJ&pg=6687,7977094&dq=michael+jackson+tacoma&hl=en
  50. ^ Jackson Concerts Canceled, The Los Angeles Times, November 15, 1988, http://articles.latimes.com/keyword/concert-cancellations/recent/3
  51. ^ John Voland, Pop & Rock, The Los Angeles Times, December 2, 1988, http://articles.latimes.com/1988-12-02/entertainment/ca-1065_1_los-angeles-sports-arena
  52. ^ Ocala Star-Banner, Jackson to resume "Dangerous" tour, https://news.google.com/newspapers?id=vcFPAAAAIBAJ&sjid=awcEAAAAIBAJ&pg=6702,2442596&dq=michael+jackson+dangerous+tour+dates&hl=en, August 4, 1992
  53. ^ Ralf Wilhelm, Moonwalk hinterließ seine Spuren, http://www.derwesten.de/staedte/gelsenkirchen/moonwalk-hinterliess-seine-spuren-id429300.html Diarkibkan 2013-04-11 di Wayback Machine, June 26, 2009
  54. ^ Olivier Perrin, Le Temps, 1992, E.T. au stade de la Pontaise, http://www.letemps.ch/Page/Uuid/47c05686-628d-11de-9af7-051ecd134d94/1992_E.
  55. ^ Le roi de la pop s'est éteint à Los Angeles, June 26, 2009, http://www.swissinfo.ch/fre/index.html?cid=546222
  56. ^ Swiss fans mourn "irreplaceable" Jackson, swissinfo.ch, http://www.swissinfo.ch/eng/culture/Swiss_fans_mourn_irreplaceable_Jackson.html?cid=31280
  57. ^ Daily News, Jackson calls of concert, October 5, 1992 https://news.google.com/newspapers?id=iCRCAAAAIBAJ&sjid=zqoMAAAAIBAJ&pg=3892,277185&dq=michael+jackson+izmir+turkey&hl=en
  58. ^ The Vindicator, Sore throat cuts Jackson's tour October 7, 1992 https://news.google.com/newspapers?id=tY5KAAAAIBAJ&sjid=iYYMAAAAIBAJ&pg=6690,3371887&dq=michael+jackson+tour+cancelled&hl=en
  59. ^ New Straits Times, Jacko cancels show, October 10, 1992, https://news.google.com/newspapers?id=pllPAAAAIBAJ&sjid=GZADAAAAIBAJ&pg=4555,4044206&dq=michael+jackson+dangerous+tour+istanbul&hl=en
  60. ^ Chicago Tribune wires., Chicago Tribune, Jackson's tour is over,October 7, 1992, https://news.google.com/newspapers?id=iCRCAAAAIBAJ&sjid=zqoMAAAAIBAJ&pg=3892,277185&dq=michael+jackson+izmir+turkey&hl=en
  61. ^ a b Nadine Brozan, The New York Times, CHRONICLE, August 31, 1993, http://www.nytimes.com/1993/08/31/style/chronicle-996993.html
  62. ^ Charles P. Wallace, Jim Newton, Los Angeles Times Jackson Back on Stage; Inquiry Continues : Investigation: Singer resumes Bangkok concerts after two-day absence.
  63. ^ a b Karen Heller, A Healed Michael Jackson Makes It to a Concert, Philly.com, September 2, 1993 http://articles.philly.com/1993-09-02/living/25985570_1_concert-air-conditioning-grace-period
  64. ^ William Branigin, Ian Katz, The Washington Post, Jackson `Sorry' for Canceling; Accuser's Family to Fight Extortion Allegations, September 1, 1993
  65. ^ name="Bush",p.115.
  66. ^ What Is Dehydration?
  67. ^ MusiCares To Celebrate World Voice Day, April 8, 2013, http://www.grammy.org/news/musicares-to-celebrate-world-voice-day, Retrieved on January 13, 2015
  68. ^ LOS SIETE DÍAS EN QUE MICHAEL JACKSON PROVOCÓ DE TODO EN CHILE, http://www.terra.cl/musica/index.cfm?id_cat=115&id_reg=1206419 Diarkibkan 2010-01-24 di Wayback Machine,
  69. ^ El comercio, Michael Jackson no vino al Perú en 1993 por los escándalos sexuales, http://elcomercio.pe/lima/305755/noticia-michael-jackson-no-vino-al-peru-1993-escandalos-sexuales, June 26, 2009
  70. ^ a b c The New York Times, Michael Jackson Ends Tour, Citing Addiction, November 14, 1993, http://www.nytimes.com/1993/11/14/us/michael-jackson-ends-tour-citing-addiction.html
  71. ^ News Service, Reading Eagle, November 1, 1993, https://news.google.com/newspapers?nid=1955&dat=19931101&id=rfghAAAAIBAJ&sjid=kqIFAAAAIBAJ&pg=4401,1556225
  72. ^ El Universal, Cuando Michael Jackson visitó México, http://www.eluniversal.com.mx/notas/607500.html
  73. ^ Filtrarian concierto de MIchael Jackson hecho en Argentina, http://www.taringa.net/posts/noticias/13382879/Filtrarian-concierto-de-MIchael-Jackson-hecho-en-Argentina.html
  74. ^ Ernest Sander, Kentucky New Era, Dangerous Tour canceled by Jackson's drug addiction, https://news.google.com/newspapers?id=tY5KAAAAIBAJ&sjid=iYYMAAAAIBAJ&pg=6690,3371887&dq=michael+jackson+tour+cancelled&hl=en November 13, 1993
  75. ^ David, Michael Jackson mourned in Israel, http://israelity.com/2009/06/28/michael-jackson-mourned-in-israel/, June 28, 2009
  76. ^ Stephanie Busari,How Michael Jackson thrilled Russia, http://edition.cnn.com/2009/SHOWBIZ/Music/06/26/Michael.
  77. ^ Reuters, Michael Jackson Concert in Israel Rescheduled, http://articles.latimes.com/1993-06-12/news/mn-2394_1_michael-jackson, June 12, 1993
  78. ^ Alan Duke, AEG exec: I didn't know Michael Jackson abused drugs, http://edition.cnn.com/2013/06/03/showbiz/jackson-death-trial/index.html?sr=sharebar_twitter, June 3, 2013
  79. ^ DW, Die Welt, Nach dem Auftritt in die Klinik, http://www.welt.de/print-welt/article575335/Nach-dem-Auftritt-in-die-Klinik.html, June 29, 1999
  80. ^ Benefizkonzert bringt Millionenbeträge an Spenden ein, June 28, 1999, http://www.mediabiz.de/musik/news/benefizkonzert-bringt-millionenbetraege-an-spenden-ein/67563
  81. ^ a b AP, Jackson Recovering, Leaves Hospital, http://www.billboard.com/articles/news/64070/jackson-recovering-leaves-hospital, February 17, 2005
  82. ^ John M. Broder, Jackson Trial Delayed, http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9E0CE0DE133AF935A25751C0A9639C8B63, February 16, 2005
  83. ^ Jackson case resumes with jury selection, http://edition.cnn.com/2005/LAW/02/22/jackson.case/, February 23, 2005
  84. ^ a b Aphrodite Jones, Michael Jackson Conspiracy, p. 80
  85. ^ a b Tim Molloy, Chicago Tribune, Jackson at hospital again, for back pain, June 6, 2005 http://articles.chicagotribune.com/2005-06-06/news/0506060175_1_neverland-ranch-raymone-bain-molestation-trial
  86. ^ JOHN M. BRODER and NICK MADIGAN, The New York Times, Michael Jackson Cleared After 14-Week Child Molesting Trial, June 14, 2005, http://www.nytimes.com/2005/06/14/national/14jackson.html?pagewanted=all
  87. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-05. Dicapai pada 2021-08-28.
  88. ^ a b http://news.sky.com/story/890744/jackson-trial-pathologist-death-was-homicide
  89. ^ "Michael Jackson's Secret Childhood". VH1. Dicapai pada Jun 20, 2008.
  90. ^ a b c d Taraborrelli, pp. 20–22
  91. ^ Taraborrelli, p. 206
  92. ^ Taraborrelli, p. 620
  93. ^ Taraborrelli, p. 602
  94. ^ Katherine Jackson: Michael's strict upbringing not abuse (video). CNN. May 15, 2012. Dicapai pada May 31, 2015.
  95. ^ Friedman, Roger (February 7, 2003). "Michael Jackson's Unacceptable Behavior Revealed". Fox News Channel. Dicapai pada May 31, 2015.
  96. ^ Duke, Alan (July 21, 2009). "Joe Jackson denies abusing Michael" (Siaran akhbar). CNN. Dicapai pada May 31, 2015.
  97. ^ http://www.biography.com/people/joseph-jackson-467150
  98. ^ "Jackson Brothers: Was Joe Jackson Abusive?". Yahoo! Celebrity. Dicapai pada May 31, 2015.
  99. ^ Taraborrelli, p. 648
  100. ^ Taraborrelli, pp. 138–144
  101. ^ a b Taraborrelli, pp. 312–313
  102. ^ a b Taraborrelli, pp. 514–516
  103. ^ Taraborrelli, pp. 576–577
  104. ^ "v". CNN. Dec 8, 1995. Dicapai pada Feb 23, 2010.
  105. ^ "v". HeraldOnline. July 8, 2009. Dicapai pada Feb 23, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  106. ^ "v". HeraldOnline. July 8, 2009. Dicapai pada Feb 23, 2010.
  107. ^ Davis, Matthew (June 6, 2005). "Michael Jackson health concerns". BBC. Dicapai pada Apr 14, 2008.
  108. ^ Taraborrelli, pp. 518–520
  109. ^ http://"Michael Jackson Ends Tour, Citing Addiction", The New York Times November 14, 1993, www.nytimes.com/1993/11/14/us/michael-jackson-ends-tour-citing-addiction.html, Retrieved on March 21, 2014
  110. ^ Campbell (1995), pp. 96–97
  111. ^ Ernest Sander, Kentucky New Era, Dangerous Tour canceled by Jackson's drug addiction, https://news.google.com/newspapers?id=tY5KAAAAIBAJ&sjid=iYYMAAAAIBAJ&pg=6690,3371887&dq=michael+jackson+tour+cancelled&hl=en, November 13, 1993
  112. ^ Jessica Crosby & William Hamilton, The Washington Post, Jackson treated overseas for addiction, November 16, 1993
  113. ^ William Hamilton, Michael Jackson back in U.S. to face charges, The Washington Post, http://pqasb.pqarchiver.com/washingtonpost/access/8577853.html?
  114. ^ a b c d Taraborrelli, pp. 524–528
  115. ^ Taraborrelli, p. 661
  116. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-14. Dicapai pada 2016-04-05.
  117. ^ <iframe id="dit-video-embed" width="640" height="360" src="http://static.discoverymedia.com/videos/components/ids/de9ea24bcc600531739d9828199221e0ee43f615/snag-it-player.html?auto=no" frameborder="0" scrolling="no" allowtransparency="true"></iframe>
  118. ^ Sandy Cohen, Michael Jackson's longtime costumer unveils book, http://www.denverpost.com/entertainment/ci_21198453/michael-jacksons-longtime-costumer-unveils-book Diarkibkan 2013-05-05 di Wayback Machine, july 31, 2012
  119. ^ Alan Duke, 'Perfect storm' of drugs killed Michael Jackson, sleep expert says, http://edition.cnn.com/2011/10/13/justice/california-conrad-murray-trial, october 14, 2011
  120. ^ Michaels, Sean.
  121. ^ Ryan, Harriet.
  122. ^ Harriet Ryan and Kimi Yoshino.
  123. ^ Hip Hop News staff.
  124. ^ Staff Writer (June 27, 2009). "UPDATE 3 - Jackson's family seeks second autopsy". Reuters. Dicapai pada July 2, 2009.
  125. ^ Martin Kasindorf,Nurse: Jackson thought propofol safe with monitoring, http://usatoday30.usatoday.com/news/nation/story/2011-10-25/michael-jackson-doctor-trial/50906890/1, Retrieved on February 17, 2014
  126. ^ a b Elber, Lynn (June 30, 2009). "AP Exclusive: Michael Jackson, bedeviled by insomnia, begged for drug, says nurse-nutritionist". Metromix Los Angeles. Associated Press. Dicapai pada Jul 1, 2009.
  127. ^ AP Exclusive: Michael Jackson, bedeviled by insomnia, begged for drug, says nurse-nutritionist, by Lynn Elber, Associated Press, http://www.startribune.com/templates/Print_This_Story?sid=49548732 Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine, July 1, 2009
  128. ^ Madison Gray, Nurse Tears Up Describing Michael Jackson’s Desperation for Sleep Drug, http://newsfeed.time.com/2011/10/25/nurse-tears-up-describing-michael-jacksons-desparation-for-sleep-drug/, Oct. 25, 2011
  129. ^ Witness: Michael Jackson passed medical exam 'with flying colors, Corina Knoll, http://www.latimes.com/local/lanow/la-me-ln-michael-jackson-medical-exam-20130522,0,2369606.story?track=rss&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+lanowblog+%28L.
  130. ^ "Michael Jackson "Desperately" Sought Sedative, Nutritionist Says". Rolling Stone. Associated Press. June 30, 2009. Dicapai pada Jul 1, 2009.
  131. ^ a b c Staff Writer (October 1, 2009). "Jackson autopsy details revealed". BBC. Dicapai pada October 20, 2009.
  132. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-16. Dicapai pada 2021-09-30.
  133. ^ Prosecutors show lineup of Jackson doctor's drugs, http://abclocal.go.com/ktrk/story?section=news/national_world&id=8381073 Diarkibkan 2013-07-20 di Wayback Machine, october 6, 2011