Kesan Mpemba
Kesan Mpemba [mpém-ba] ialah suatu fenomena di mana air yang panas mendidih cenderung membeku lebih cepat daripada air sejuk. Fenomena ini sangat bergantung kepada suhu air. Parameter yang diperlukan untuk menghasilkan kesan ini serta asas teorinya sangat dipertelingkahkan.[1][2]
Fenomena ini pernah diperhatikan sejak zaman dahulu, namun butiran dan catatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk disahkan sepenuhnya. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1963 apabila seorang pelajar sekolah tinggi dari Tanzania, Erasto Batholomeo Mpemba (lahir 1950) menggambarkan fenomena ini secara terperinci hasil penemuannya sewaktu berada dalam kelas masakan, di mana Mpemba memerhatikan adunan aiskrim yang panas lebih cepat membeku daripada adunan biasa yang sejuk. Mpemba kemudiannya menerbitkan penemuannya bersama Prof Denis G. Osborne dari Kolej Universiti Dar es Salaam enam tahun kemudian.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Burridge, Henry C.; Linden, Paul F. (2016). "Questioning the Mpemba effect: Hot water does not cool more quickly than cold". Scientific Reports. 6: 37665. Bibcode:2016NatSR...637665B. doi:10.1038/srep37665. PMC 5121640. PMID 27883034.
- ^ Tao, Yunwen; Zou, Wenli; Jia, Junteng; Li, Wei; Cremer, Dieter (2017). "Different Ways of Hydrogen Bonding in Water - Why Does Warm Water Freeze Faster than Cold Water?". Journal of Chemical Theory and Computation. 13: 55. doi:10.1021/acs.jctc.6b00735.
- ^ Mpemba, Erasto B.; Osborne, Denis G. (1969). "Cool?". Physics Education. Institute of Physics. 4 (3): 172–175. Bibcode:1969PhyEd...4..172M. doi:10.1088/0031-9120/4/3/312. republished as Mpemba,, Erasto B.; Osborne, Denis G. (1979). "The Mpemba effect" (PDF). Physics Education. Institute of Physics. 14 (7): 410–412. Bibcode:1979PhyEd..14..410M. doi:10.1088/0031-9120/14/7/312.CS1 maint: extra punctuation (link)