Pergi ke kandungan

Keropok keping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keropok keping
Keropok keping yang telah digoreng
Tempat asalTerengganu  Malaysia
Suhu penghidanganPanas
Maklumat lainMempunyai tekstur yang rangup
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keropok keping adalah sejenis makanan ringan tradisional yang diperbuat campuran ikan atau udang. Campuran daging ini disatukan dengan sagu atau tepung kanji.

Keropok cakar ayam yang belum digoreng.

Pembuatan

[sunting | sunting sumber]

Keropok keping adalah hasil proses dari keropok lekor yang telah direbus dan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping.

Keropok keping tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Keropok keping perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik. Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok itu.

Bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh dimajukan di masa hadapan bagi menghasilkan keropok berperisai oren atau strawberi dengan menyimpan keropok kering tersebut dengan buah-buahan bagi membenarkan keropok kering tersebut menyerap haruman buah-buahan tersebut.

Keropok keping yang belum digoreng.
Keropok keping yang belum digoreng.
Keropok keping yang belum digoreng.
Keropok keping yang belum digoreng.

Cara masakan

[sunting | sunting sumber]

Keropok keping tidak boleh dimakan dengan begitu sahaja kerana ia adalah keras dan liat, sebaliknya keropok kering ini perlu digoreng dengan minyak sebelum dimakan.

Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili. Apabila menggoreng keropok keping, minyak perlu dipanaskan terlebih dahulu bagi mengelakkan keadaan yang dikenali sebagai kembang minyak. Ini adalah apabila minyak meresap kedalam keropok sebelum ia sempat kembang dengan baik.

Keropok keping juga digunakan dalam masakan sebagai bahan tambahan seperti dalam masakan mee rebus dan yang seumpamanya. Kandungan ikan yang tinggi dalam keropok keping menjadikan ia seumpama bebola ikan tetapi lebih tahan lama tanpa memerlukan sebarang bahan pengawet.

Pada masa kini, perkembangan dalam teknologi makanan telah menghasilkan keropok keping segera yang boleh dimakan begitu sahaja. Selain dari keropok keping segera yang biasa, terdapat juga keropok keping berperisa pedas yang telah disira (dicampurkan) dengan sos lada (sos cili) untuk mereka yang gemarkan pedas.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]