Kereta kebal serdahana Mark B
Kereta kebal serdahana Mark B | |
---|---|
Spesifikasi | |
Berat | 18 tons[1] |
Panjang | 22 kaki 9 inci (6.9 m) |
Lebar | 8 kaki 10 inci (2.7 m) |
Tinggi | 8 kaki 6 inci (2.6 m) |
Krew | 4[1] : komander, pemandu, mekanik, juru mesingan |
Armor | 14 mm-6mm [1] |
Senjata pertama | 4 x .303 inci (7.92 mm) mesingan Hotchkiss [1] to be placed in seven possible ball-mounts |
Senjata kedua | - |
Enjin | Ricardo 4 silinder enjin petrol 100 hp (75 kW) |
Kuasa/berat | 5.6 hp/tan |
Sistem ampaian | unsprung |
Jarak operasi | 105 km atau 65 batu [1] |
Kelajuan | 6 mph (10 km/h) |
Kereta kebal serdahana Mark B merupakan kereta kebal British semasa Perang Dunia Pertama dibangunkan sebagai pengganti kepada Whippet, tetapi akhirnya terbukti tidak memuaskan hati dan pengeluaran di batalkan pada akhir perang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Jurutera Leftenan Walter Gordon dan ahli industri Sir William Tritton telah bekerjasama pada tahun 1915 untuk menghasilkan kereta kebal Mark I, kereta kebal pertama dunia. Bagaimanapun apabila Tritton memutuskan untuk membina Kereta kebal serdahana Mark A Whippet, Wilson telah diketepikan. Kereta kebal Serdahana A direka oleh ketua jurutera Tritton, William Rigby.
Kereta kebal Whippet merupakan reka bentuk yang berjaya dan terbukti berkesan tetapi tidak cukup berkuasa, sistem stering rumit dan sistem gantungan tidak anjal. Wilson, yang kini merupakan seorang Major, memutuskan bahawa dia sendiri mampu mereka kereta kebal lebih baik sebagai pengganti iaitu, 'Kereta kebal Serdahana Mark B'. Wilson kemungkinannya mula melakar pada Julai 1917. Major Philip Johnson dari Bengkel Kereta kebal Pusat kagum apabila dia ditunjukkan model kayu semasa melawat Britain pada akhir tahun 1917. Prototaip dibina oleh syarikat Tritton, Syarikat Metropolitan Carriage dan Waggon, dan disiapkan pada September 1918.
Wilson kelihatannya menimbang untuk membina versi ‘’Jantan’’ pilihan lain atau selari yang dilengkapi dengan meriam 2-paun (~40 mm) pada badan semasa proses reka bentuk, tetapi dia membatalkan rancangan ini menjelang Mac 1918.
Reka bentuk oleh Wilson memiliki ciri-ciri dari kedua-dua kereta kebal Mark I dan Whippet: badan romboid lebih kecil tetapi bertrek sama seperti Mark I dan turret kaku seperti yang Whippet. Ciri-ciri yang lain adalah ruang berasingan di belakang, yang memuatkan enjin 100 hp (75 kW) (reka bentuk Harry Ricardo empat silinder dipendekkan) dan dibelakangnya gander epicyclic. Dua tangki bahan api di belakang memuatkan 85 galon imperial (386 L) petrol. Ciri baru lain adalah keupayaan menghasilkan tabir asap dan penggunaan perisai bercerun di hadapan badan. Peranti tabir asap terdiri dari tangki asid sulphonik terletak di atas paip ekzos.[1] Persenjataan terdiri daripada makisma lima mesingan pada struktur utama dan dua di pintu sisi. Pintu di badan ini kelihatan seperti sponson kecil. Mesingan boleh di alih dan dalam amalan lebih sedikit senjata di bawah, juru tembak memindahkan mesingannya apabila bertukar kedudukan; kebanyakan sumber memberi anggaran empat.
Tempahan bagi pengeluaran 450 kenderaan telah diberikan sebelum prototaip disiapkan dan bilangan ini ditambah kepada 700, untuk dihasilkan di North British Locomotive di Glasgow dan kemudiannya di Metropolitan, Coventry Ordnance Works dan Syarikat Patent Shaft and Axletree. Lebih mengelirukan lagi kereta kebal baru ini akan memiliki nama yang sama sebagai Mark A: "Whippet". Hampir sebaik sahaja ia mula digunakan, jenis ini tidak disukai kerana dua sebab. Sebab pertama adalah kerana ruang enjinnya tidak mudah dicapai dari ruang tempur. Dengan itu, kerja pembaikian semasa bertempur adalah merbahaya. Sebab kedua adalah kerana Tritton telah membina saingan: kereta kebal serdahana Mark C "Hornet". Reka bentuk ini memiliki kelajuan lebih baik dan keupayaan menyeberangi perparitan. Wilson telah menghadkan saiz Mark B untuk muat pada satu gerabak rata kereta api. Pada akhir perang mendorong kepada pembatalan selepas 102 dihasilkan dari tempahan pertama 450. Dari ini hanya 45 diambil berkhidmat oleh Tentera British, baki 57 kemungkinannya dihantar terus ke pusat perlupusan.
Selepas perang jenis ini dibersarakan dengan pantas dan digantikan dengan kereta kebal Mark C. Dua kenderaan digunakan oleh Tank Detachment Russia Utara. Kedua-duanya musnah dan Tentera Merah menggunakan sekurang-kurangnya satu sehingga 1930-an. Unit terakhir British yang memiliki Mark B dalam perkhidmatan adalah Batalion Kereta berperisai ke-17 semasa Perang Anglo-Irish.
Nota dan rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Great Britain's medium tanks Diarkibkan 2006-09-07 di Wayback Machine