Pergi ke kandungan

Kereta kebal T-34

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta kebal T-34
Klik di sini untuk mencapai pandangan sisi.
Ciri-ciri Umum (T-34/76)
Panjang: 8.0 m
Lebar: 3.0 m
Tinggi: 2.7 m
Berat: 26-30.9 t
Laju: 55 km sejam (atas jalan)
~26 km sejam (luar jalan)
Jarak: 186 km
Senjata utama: 76.2 mm gun
Senjata kedua: dua mesingan 7.62 mm
Janakuasa: 373 kW (500 hp) Disel
Kakitangan: 4
Ciri-ciri Umum (T-34/85)
Panjang: 8.0 m
Lebar: 3.0 m
Tinggi: 2.7 m
Berat: 32 t
Laju: 55 km sejam (jalan)
~24 km sejam (luar jalan)
Jarak: 360 km
Senjata utama: 85 mm gun
Senjata kedua: dua mesingan 7.62 mm
Janakuasa: 373 kW (500 hp) Disel
Kakitangan: 5

Kereta kebal T-34 merupakan kereta kebal sederhana Soviet yang dihasilkan bermula pada 1940 hingga 1958. Ia dianggap secara meluas sebagai salah satu kereta kebal terbaik dunia ketika Kesatuan Soviet terbabit dalam Perang Dunia Kedua, dan sungguhpun perisai dan persenjataannya dilepasi oleh kereta kebal berikutnya dalam era tersebut, ia sering kali dipuji sebagai reka bentuk paling berpengaruh, berkesan dan berguna semasa perang.[1] Pertama kali dihasilkan di kilang KhPZ di Kharkov (Kharkiv, Ukrainian SSR), ia merupakan tunjang pasukan berperisai Soviet sepanjang Perang Dunia II, dan dieksport secara meluas selepas perang. Ia merupakan kereta kebal terbanyak dihasilkan semasa perang dan kereta kebal yang kedua terbanyak dihasilkan sepanjang masa, selepas penggantinya siri T-54/T-55 (Harrison 2002). Pada 1996, kereta kebal T-34 masih digunakan dalam perkhidmatan dalam sekurang-kurangnya dua puluh tujuh negara.

T-34 telah dibangunkan dari kereta kebal BT jenis kereta kebal kavalri dan bertujuan bagi menggantikan kedua-dua kereta kebal BT-5 dan kereta kebal BT-7 dan kereta kebal infantri T-26 yang dalam perkhidmatan (Zaloga & Grandsen 1984:66, 111). Pada pengenalannya, ia merupakan kereta kebal terbaik dengan ciri-ciri kuasa tembak, pergerakan, perlindungan, kelasakan seimbang, sungguhpun pada awalnya keberkesanan medan tempurnya terjejas akibat tatarajah ergonomik kakitangannya yang kurang memuaskan, kekurangan radio dua hala, dan taktik ketenteraan yang lemah. Aturan turet dua krew memaksa komander juga bertindak sebagai jurutembak, susun atur yang biasa bagi kereta kebal Soviet masa itu; ini terbukti kurang baik berbanding krew turet tiga orang (komander, jurutembak, dan pengisi).

Reka bentuk dan pembinaan kereta kebal dipertingkat secara berterusan semasa perang untuk meningkat keberkesanan dan mengurangkan kos, membenarkan sejumlah besar T-34 dihasilkan secara berterusan. Menjelang awal 1944, T-34-85 yang dipertingkat diperkenalkan, dengan meriam 85 mm dan reka bentuk tiga krew turet. Menjelang akhir perang pada 1945, T-34 yang serbaboleh dan murah telah menggantikan kebanyakan kereta kebal ringan dan berat yang berkhidmat, dan membentuk majoriti pengeluaran kereta kebal Soviet semasa Perang Dunia Kedua. Perkembangan evolusinya mendorong kepada kereta kebal siri T-54/55, dibina sehingga 1981 dan masih beroperasi sehingga 2009.

Sejarah pengeluaran

[sunting | sunting sumber]

Rekabentuk revolusi

[sunting | sunting sumber]

“Kita tidak memiliki yang setanding dengannya.” —Friedrich von Mellenthin (1956)

Pada tahun 1939, model kereta kebal Soviet yang terbanyak merupakan kereta kebal ringan T-26, dan siri kereta kebal BT dalam kereta kebal pantas. T-26 merupakan kereta kebal infantri bergerak perlahan, direka bagi mengekori tentera pejalan kaki. Kereta kebal BT pula merupakan kereta kebal kavalri, kereta kebal ringan yang bergerak pantas, direka bagi bertempur dengan kereta kebal lain dan bukannya dengan tentera pejalan kaki. Kedua-duanya berperisai nipis, tahan kepada senjata ringan tetapi tidak terhadap rifle anti-kereta kebal dan 37 mm meriam anti-kereta kebal, dan enjin berbahan api gasolin (biasa digunakan dalam reka bentuk kereta kebal di seluruh dunia masa itu) cenderung terbakar "dengan sedikit percikan" (Zaloga & Grandsen 1984:111). Kedua-duanya merupakan pembangunan Soviet dari reka bentuk asing sejak awal 1930-an: T-26 berasaskan kereta kebal Vickers 6-Tan British, dan kereta kebal BT berasaskan jurutera kereta kebal Amerika Syarikat, Walter Christie.

Pada tahun 1937, Tentera Merah melantik jurutera Mikhail Koshkin bagi mengetuai pasukan baru bagi mereka pengganti kepada kereta kebal BT di Kilang Kereta Api Kharkiv Komintern ("Kharkiv Komintern Locomotive Plant - KhPZ") di Kharkiv. Kereta kebal prototaip, dinamakan A-20, berciri perisai 20 milimeter (0.8 in), meriam 45 mm (1.8 inci), dan enjin model baru V-2, menggunakan bahan api disel yang sukar terbakar. Ia turut memiliki tayar 8×6 panduan serasi sama seperti 8×2 pada kereta kebal BT, yang membenarkannya berjalan menggunakan tayar tanpa trak berantai (Zheltov 1999). Ciri ini dengan banyaknya mengurangkan penjagaan dan pembaikian bagi trek kereta kebal yang tidak boleh diharap pada awal 1930-an, dan membenarkan kereta kebal bergerak melebihi 85 km/h (53 bs/j) menggunakan jalan, tetapi tanpa kelebihan semasa bertempur. Menjelang itu perekanya menganggap ia membazirkan ruang dan berat (Zaloga & Grandsen 1984:66, 111). A-20 turut menggunakan penyelidikan sebelumnya (projek BT-IS dan BT-SW-2) mengenai perisai cerun: kepingan perisai bercerun sekeliling lebih berkemungkinan melantunkan peluru anti-perisai berbanding perisai bersudut.[2]

A-8 (BT-7M), A-20, T-34 Model 1940 and Model 1941

Koshkin meyakinkan pemimpin Soviet, Joseph Stalin bagi membenarkannya membangunkan prototaip kedua, "kereta kebal sejagat" yang bersenjata dan berperisai lebih berat yang mampu mengantikan kedua-dua kereta kebal T-26 dan kereta kebal BT.[3] Koshkin menamakan prototaip kedua sebagai A-32, selepas menukar perisai hadapan kepada 32 milimeter (1.3 in). Ia turut memiliki meriam kereta kebal F-34 76.2 mm]] (3 inci), dan enjin disel model V-2 yang sama (Zaloga 1994:5). Kedua-duanya diuji bagi ujian lapangan di Kubinka pada tahun 1939, dan A-32 yang lebih berat terbukti mudah bergerak sama seperti A-20. Versi A-32 yang lebih berat dengan perisai hadapan 45 milimeter (1.8 in) dan trek lebih lebar diluluskan bagi pengilangan bersama dengan T-34. Koshkin memilih nama tersebut sempena tahun 1934 ketika dia mula menyusun ideanya mengenai kereta kebal baru, dan sebagai meraikan pengistiharan membesarkan pasukan perisai dan perlantikan Sergo Ordzhonikidze bagi mengetuai pengeluaran kereta kebal (Zaloga 1994:6).

Pasukan Koshkin menyiapkan dua prototaip T-34 pada Januari 1940. Pada April dan Mei, ia melalui pemanduan mencabar sejauh 2,000 kilometer (1,250 batu) dari Kharkiv ke Moscow bagi pertunjukan kepada pemimpin Kremlin, ke Garis Mannerheim di Finland, dan balik kembali ke Kharkiv melalui Minsk dan Kiev (Zaloga 1994:6). Sedikit masalah pemanduan dan trek dikenalpasti lalu diperbetulkan. (Zaloga & Grandsen 1983:6). Halangan dari pemimpin tentera dan kerisauan mengenai kos pengeluaran yang tinggi akhirnya diatasi oleh kebimbangan mengenai prestasi buruk kereta kebal Soviet dalam Finland dan keberkesanan Blitzkrieg Jerman di Perancis, dan penghasilan kereta kebal pertama disiapkan pada September 1940, menggantikan sepenuhnya pengeluaran kereta kebal T-26, BT, dan kereta kebal T-28 pelbagai turet di KhPZ. Koshkin meninggal akibat pneumonia pada akhir bulan (diterukkan oleh pemanduan dari Kharkov ke Moscow), dan pembangun "drivetrain" T-34, Alexander Morozov, dilantik sebagai Ketua Perekabentuk.

Kereta kebal T-34 memiliki gegelung spring gantungan Christie dari BT, tetapi menyingkirkan pemandu boleh ubah yang berat dan kurang berkesan. Ia memiliki perisai cerun yang baik, enjin yang agak berkuasa dan trek yang lebar. Versi awal mempunyai meriam 76.2 mm, dan sering kali digelar T-34/76 (asalnya nama Jerman semasa Perang Dunia II). Pada tahun 1944 versi utama kedua mula dihasilkan, T-34-85 (atau T-34/85), dengan turet lebih besar dilengkapi meriam 85 mm yang lebih besar.

Pembinaan dan penerusan pengeluaran

[sunting | sunting sumber]
Model T-34 1940 boleh dikenali melalui laras gantungan rendah meriam L-11, di bawah bonjolan pada tenggekan meriam yang memuatkan mekanisma anjalan. Ini adalah kenderaan pra-pengeluaran prototaip kenderaan A-34 dengan bahagian hadapan sekeping yang rumit.

T-34 merupakan satu cabaran kepada pengilangan Soviet. Ia memiliki perisai lebih berat berbanding sebarang kereta kebal sederhana yang dikeluarkan sebelumnya sehingga tempoh itu, dan pemasangan and pemasangan-kecil dari beberapa kilang: "Kharkov Diesel Factory No. 75" membekalkan enjin model V-2, Leningrad "Kilang Kirovsky" (dahulunya Putilov Works) menghasilkan meriam L-11 asal, dan Kilang Dinamo di Moskow menghasilkan komponen eletrik. Kereta kebal pada awalnya di bina di KhPZ No. 183, pada awal 1941 di "Kilang Traktor Stalingrad ("Stalingrad Tractor Factory - STZ"), dan bermula pada Julai tidak lama selepas penjajahan Jerman di "Krasnoye Sormovo Factory No. 112" di Gorky. Bagaimanapun terdapat masalah kecacatan dengan kepingan perisai (Zaloga 1983:6). Akibat kekurangan enjin disel V-2 yang baru, pengeluaran awal dari kilang Gorky dibekalkan dengan enjin kapal terbang MT-17 yang menggunakan gasolin bagi kereta kebal BT, dan mekanisma transmisi dan klac lemah (Zheltov 2001:40–42). Hanya kereta kebal komander kompeni dipasang dengan radio, kerana ianya mahal dan tidak mencukupi. Meriam L-11 tidak memenuhi jangkaan awal, dengan itu biro reka bentuk Grabin di Gorky Factory No. 92 mereka bentuk meriam kereta kebal F-34 76.2 mm yang lebih baik. Walaupun tidak diluluskan oleh birokrat, tetapi Gorky dan KhPZ tetap memulakan penghasilan meriam; kelulusan rasmi hanya datang dari Majlis Pertahanan Negara USSR Stalin selepas tentera di lapangan menghantar pujian bagi prestasi meriam tersebut (Zaloga & Grandsen 1984:130).

Tekanan politik datangnya dari unsur konservatif dalam tentera bagi menyalur sumber bagi membina kereta kebal T-26 dan BT lama, atau membatalkan pengeluaran kereta kebal T-34 sementara menunggu reka bentuk T-34M yang lebih maju disiapkan. Tekanan politik ini diberikan oleh pembangun KV-1 dan kereta kebal IS-2 yang bersaing dengan T-34. (Tekanan politik antara pereka dan kilang yang menghasilkan jenis kereta kebal berlainan bagi memenuhi keperluan yang sama berterusan selepas perang, termasuk dalam tempoh apabila T-55, T-64, T-72, dan T-80 telah dihasilkan secara serentak di beberapa kilang dengan sokongan dari ahli politik berlainan semasa majlis agung USSR [Sewell 1998].) Serangan mengejut Nazi Jerman terhadap Soviet Union pada 22 Jun 1941 (Operasi Barbarossa) memaksa Soviet Union membekukan pembangunan lanjut dan bertukar kepada pengeluaran kereta kebal sepenuhnya.

Kemaraan pantas tentera Jerman memaksa kilang kereta kebal diundurkan ke pergunungan Ural, satu tugasan yang tidak pernah dilakukan pada skala sebesar itu dan dalam keadaan tergesa-gesa. KhPZ dibina kembali sekitar Dzherzhinski Ural Railcar Factory di Nizhny Tagil, dan dinamakan semula sebagai Stalin Ural Tank Factory No. 183. Kilang Kirovsky diundurkan hanya beberapa minggu sebelum Leningrad dikepung, dan berpindah bersama Kilang Disel Kharkov ke Stalin Tractor Factory di Chelyabinsk, yang kemudiannya digelar Tankograd ('Bandar Kereta Kebal'). Voroshilov Tank Factory No. 174 dari Leningrad diserap kepada Kilang Ural dan Omsk Factory No. 174 yang baru. Kerja Perkakasan Mesin Berat Ordzhonikidze Ural (“Ordzhonikidze Ural Heavy Machine Tool Works”) (UZTM) di Sverdlovsk menyerap beberapa kilang kecil. Ketika kilang-kilang ini dipindahkan dengan pantas, kompleks industri sekeliling Kilang Traktor Stalingrad menghasilkan empat puluh peratus dari kesemua T-34s (Zaloga & Grandsen 1983:13). Ketika kilang dikelilingi dengan perperangan sengit semasa Pertempuran Stalingrad, keadaan di situ menjadi gentir: inovasi pengilangan dipaksa oleh kekurangan bahan, dan kisah menegaskan bahawa kereta kebal T-34 yang tidak dicat dipandu keluar dari kilang ke medan pertempuran sekelilingnya (Zaloga & Sarson 1994:23). Stalingrad mengekalkan pengeluaran sehingga September 1942.

T-34 Model V-2 enjin diesel 12-silender, di Muzium Kereta Kebal Finnish di Parola

Pereka kereta kebal Soviet tahu akan kepincangan dalam rekaan kereta kebal ini, tetapi kebanyakan cadangan penyelesaian melambatkan kadar pengeluaran lalu diabaikan. Satu-satunya perubahan yang dibenarkan pada garis pengeluaran adalah bagi menjadikan kereta kebal lebih mudah dan murah bagi dihasilkan. Kaedah baru dibangunkan bagi mengimpal secara automatik dan mengukuhkan kepingan perisai, termasuk ciptaan oleh Professor Evgeny Paton.[4] Reka bentuk meriam F-34 Model 1941 76.2 mm dikurangkan dari 861 pada model awal kepada hanya 614 bahagian (Zaloga & Grandsen 1984:131). Menjelang dua tahun pengeluaran, kos pengeluaran kereta kebal dikurangkan dari 269,500 ruble pada 1941, kepada 193,000, dan kemudian pada 135,000 (Zaloga & Grandsen 1984:131). Tempoh pengeluaran dikurangkan separuh menjelang akhir 1942, sungguhpun pekerja kilang berpengalaman telah dihantar ke medan tempur dan digantikan dengan tenaga kerja yang termasuk 50% wanita, 15% kanak-kanak lelaki dan 15% cacat dan orang tua. Pada masa yang sama T-34, yang merupakan "mesin yang dibina dengan cantik dengan kemasan luaran bagus setanding atau lebih baik berbanding di Eropah Barat atau Amerika" disiapkan dengan kasar, tetapi tiada kecacatan mengenai ketahanan mekanikal (Zaloga & Grandsen 1983:17).

  1. ^ George Parada (n.d.), “Panzerkampfwagen T-34(r)” at Achtung Panzer! website, retrieved on 17 November 2008.
  2. ^ Yaziv, D.; Chocron, S.; Anderson, Jr., C.E.; Grosch, D.J. “Oblique Penetration in Ceramic Targets”. Proceedings of the 19th International Symposium on Ballistics IBS 2001, Interlaken, Switzerland, 1257–64
  3. ^ Pasukan Leningrad turut cuba membangunkan penganti maju bagi kereta kebal infantri T-26, tetapi projek mereka diganggu oleh masalah teknikal dan campur tangan politik. Sekitar 69 kereta kebal infantri T-50 akhirnya dibina di Omsk, Siberia pada musim sejuk 1941, tetapi menjelang itu beribu-ribu T-34 sedang bergerak di medan pertempuran, dan konsep kereta kebal infantri akhirnya ditinggalkan. (Zaloga 1984:114)
  4. ^ Paton Evgeny Oscarovich Diarkibkan 2012-09-05 di archive.today”, at the E.O. Paton Electric Welding Institute, retrieved November 17, 2008.
  • Chant, Christopher (1994 [1996]). World Encyclopedia of the Tank: An International History of the Armoured Fighting Machine, Somerset: Patrick Stephens (Haynes). ISBN 1-85260-114-0.
  • Drousiotis, Makarios (2006). Cyprus 1974: The Greek coup and the Turkish invasion. Bibliopolis. ISBN 3-933925-76-2.
  • Harrison, Mark (2002). Accounting for War: Soviet Production, Employment, and the Defence Burden, 1940–1945, Cambridge University Press. ISBN 0-521-89424-7.
  • Kharkiv Morozov Machine Building Design Bureau (2006). "T-43 Medium Tank", at morozov.com.ua. URL accessed on October 5, 2006.
  • Liddell Hart, Basil (1951 [1999]). The other side of the hill: Germany's generals, their rise and fall, with their own account of military events, 1939–1945, London: Cassell. ISBN 0-330-37324-2.
  • Von Mellenthin, Major General F. W. (1956). Panzer Battles: A Study of the Employment of Armor in the Second World War, First Ballantine Books Edition, 1971. New York: Ballantine Books. ISBN 0-345-24440-0.
  • Milsom, John (1971). Russian Tanks, 1900–1970: The Complete Illustrated History of Soviet Armoured Theory and Design, Harrisburg Penn.: Stackpole Books. ISBN 0-8117-1493-4.
  • Para, Carl (April 2002). “Military Heritage feature on the T-34” in Military Heritage vol. 3, no. 5, pp. 18–20, 22–23.
  • Perrett, Bryan (1987). Soviet Armour Since 1945, London: Blandford. ISBN 0-7137-1735-1.
  • Perrett, Bryan and Jim Laurier (1999). Panzerkampfwagen IV Medium Tank, 1936–45 (New Vanguard 28). Oxford: Osprey Publishing. ISBN 1-85532-843-7.
  • Russian Battlefield (1998a). “T-34: Development History” The Russian Battlefield, URL accessed on December 27, 2005.
  • Russian Battlefield (1998b). “T-34-85: Development History” The Russian Battlefield, URL accessed on December 27, 2005.
  • Russian Battlefield (1998c). “Specification and Armor Penetration Values for the Soviet Main Guns” The Russian Battlefield, URL accessed on October 25, 2007.
  • Sewell, Stephen ‘Cookie’ (1998). “Why Three Tanks?” in Armor vol. 108, no. 4, p. 21. Fort Knox, KY: US Army Armor Center. ISSN 0004-2420. — describes the politics surrounding the introduction of the T-34 (PDF format)
  • Wachowski, Tomasz (2004). “Nieznany T-34” (The Unknown T-34) in Nowa Technika Wojskowa (New Military Equipment) 11/2004, p. 53. Warsaw: Magnum-X. ISSN 1230-1655.
  • Wright, Patrick (2001). Tank: The Progress of a Monstrous War Machine. Viking Adult. ISBN 0-670-03070-8.
  • Zaloga, Steven J., James Grandsen (1983). T-34 in Action, Carrollton, Texas: Squadron/Signal. ISBN 0-89747-112-1. — includes many photographs and drawings demonstrating the detailed differences between T-34 models
  • Zaloga, Steven J., James Grandsen (1984). Soviet Tanks and Combat Vehicles of World War Two, London: Arms and Armour Press. ISBN 0-85368-606-8.
  • Zaloga, Steven J., Jim Kinnear (1996). T-34-85 Medium Tank 1944–94, Oxford: Osprey Publishing. ISBN 1-85532-535-7.
  • Zaloga, Steven J., Jim Kinnear, Andrey Aksenov & Aleksandr Koshchavtsev (1997). Soviet Tanks in Combat 1941–45: The T-28, T-34, T-34-85, and T-44 Medium Tanks, Hong Kong: Concord Publication. ISBN 962-361-615-5.
  • Zaloga, Steven J., Peter Sarson (1994). T-34 Medium Tank 1941–45, Oxford: Osprey Publishing. ISBN 1-85532-382-6.
  • Zheltov, I., M. Pavlov, I. Pavlov (1999). “Tanki BT. chast 3. Kolyosno-gusenychny tank BT-7” (“BT Tanks, part 3: BT-7 wheeled/tracked tank”), in Armada no. 17, p.13. Moscow.
  • Zheltov, I., M. Pavlov, I. Pavlov (2001). Neizvestnyy T-34 (The Unknown T-34). Moscow: Eksprint. ISBN 5-94038-013-1

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.