Pergi ke kandungan

Kereta kebal SMK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SMK
Kereta kebal berat SMK Soviet
JenisKereta kebal berat
Tempat asal Kesatuan Soviet
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1939 (prototype)
Digunakan olehSoviet Union
PerangPerang Musim Sejuk
Sejarah pengeluaran
PengeluarKilang Kirov
Dihasilkan1939
Jumlah dibina1
Spesifikasi
Berat55 t (54 long ton)
Panjang8.75 m (28 ka 8 in)
Lebar3.36 m (11 ka 0 in)
Tinggi3.35 m (11 ka 0 in)
Krew7

Armor20-60 mm
Senjata
pertama
Meriam 45 mm M1932 (turet hadapan), 76.2 mm gun L-11 (utama, atau turet terbelakang)
Senjata
kedua
3×7.62 mm DT MG
EnjinGAM-34BT
850 hp
Kuasa/berat15.5 hp/t
Sistem ampaiantorsion bar
Kelegaan bumi0.5 m (1 ka 8 in)
Kapasiti minyak1,320 l
Jarak
operasi
220 km (140 bt)
Kelajuan35 km/j (22 mph)

SMK (dinamakan sempena Sergei Mironovich Kirov - pegawai parti yang baru terbunuh) merupakan prototaip kenderaan berperisai yang dibangunkan oleh Soviet Union sejurus sebelum Perang Dunia Kedua. SMK silap dikenal pasti oleh perisikan Jerman sebagai T-35C.[1]

Hanya satu dibina dan selepas terbukti berprestasi lemah berbanding reka bentuk lain dan digunakan sekejab dalam perang menentang Finland, projek itu dibatalkan.

Reka bentuk dan kegunaan

[sunting | sunting sumber]

SMK merupakan antara reka bentuk yang bertanding bagi menggantikan kereta kebal berat banyak turet T-35 yang tidak boleh diharap. Satu pasukan pereka di bawah Kotin di "Kirovski Works" (sebelum ini dikenali sebagai Putilov Works") di Leningrad mereka kereta kebal tersebut. Saingan datang dari bekas pereka OKMO, N. Barykov dari Kilang Bolshevik.

Disebalik pengajaran yang boleh didapati dari Perang Saudara Sepanyol, spesifikasi dilakar bagi "Meriam Pembinasa Kereta Kebal" pada 1937 memerlukan keupayaan bagi menahan meriam anti kereta kebal 45 mm pada jarak dekat dan tembakan artileri 75 mm pada 1,200 m (1,300 yd).[2]

Perjumpaan pada 1938 mengurangkan bilangan turet dalam spesifikasi dan penukaran dari sistem gantungan spring pada "torsion bar". Kotin dan pembantunya secara bebas mereka versi turet tunggal bagi SMK yang menerima kelulusan Stalin dan nama KV. Pengeluaran bagi dua prototaip diluluskan.

Persenjataan SMK adalah meriam pendek 76.2 mm pada turet atas tengah dan senjata 45 mm di hadapan turet.

Sejarah perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

SMK, dua protitaip kereta kebal KV-1 dan dua prototaip kereta kebal T-100 melalui ujian pembuktian sebelum diuji dalam operasi semasa pertempuran semasa Perang Musim Sejuk menentang Finland. Kenderaan tersebut membentuk kompeni Batalion Kereta Kebal ke-91 bagi Brigade Kereta Kebal Berat ke-20. Unit tersebut di bawah pemerintahan anak Komisar Pertahanan. Selepas dilumpuhkan oleh periuk api, SMK terpaksa ditinggalkan dan hanya diambil kembali selepas 2 bulan.

Reka bentuk KV terbukti lebih baik dalam kedua-dua ujian di Finland dan diterima.

Lokasi Hadapan Sisi Belakang Atas/Bawah
Badan 60 mm pada sudut 45° (hadapan)

40 mm pada sudut 15° (glacis)

60 mm pada sudut 55° (pemandu)

60 mm pada sudut 75-90° 60 mm keliling(bawah)

60 mm pada sudut 60°

20 mm pada sudut 15° (engin)

20–30 mm leper (bawah)

20 mm datar(atas)

Turet Atas 60 mm pada sudut 75° dan sekeliling 60 mm pada sudut 75° 60 mm pada sudut 80° 20 mm pada sudut 0-15°
Turet Bawah 60 mm pada sudut 75° dan keliling 60 mm pada sudut 75° 60 mm pada sudut 80° 20 mm datar hingga pada sudut 15°
Notes
  1. ^ SMK Heavy Tank Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine onwar.com
  2. ^ Zaloga p6
Bibliography

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]