Kereta berperisai Ferret
Kereta peninjau Ferret | |
---|---|
Jenis | Kenderaan tempur berperisai beroda |
Tempat asal | United Kingdom |
Spesifikasi | |
Berat | 3.7 t |
Panjang | 12 kaki 2 in (3.7 m) |
Lebar | 6 kaki 3 in (1.91 m) |
Tinggi | 6 kaki 2 in (1.88 m) |
Krew | 2 (komander, pemandu) |
Armor | ? |
Senjata pertama | Mesingan 7.62 mm (jika dipasang) |
Senjata kedua | Tiada |
Enjin | petrol Rolls Royce B60 6-silinder 130 hp (97 kW) |
Kuasa/berat | 35.1 hp/tan |
Sistem ampaian | Beroda 4x4 |
Jarak operasi | 190 batu (306 km) |
Kelajuan | 58 bsj (93 km/j) |
Kereta berperisai Ferret, juga dikenali sebagai kereta peninjau Ferret, adalah sebuah kenderaan tempur berperisai keluaran Britain yang direka dan dibina untuk kegunaan peninjauan. Ferret telah dikeluarkan di antara tahun 1952 dan 1971 oleh syarikat dari UK, Daimler. Ia digunakan secara meluas oleh rejimen di dalam Tentera Darat Britain selain negara-negara Komamwel di sepanjang tempoh ini.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ferret telah diaturgerak pada tahun 1949 ekoran keperluan Tentera Darat Britain bagi mendapatkan model penganti kepada kenderaan berperisai ringan milik mereka semasa era Perang Dunia II. Ekoran kejayaan kereta peninjau "Dingo", Daimler telah digaji untuk merekabentuk dan mengeluarkan Ferret.
Ferret berkongsi banyak persamaan ciri-ciri rekabentuk dengan "Dingo" dan Ford Lynx buatan Kanada, tetapi memiliki ruang tempur yang lebih besar dan pilihan turet mesingan kecil. Ia dibina daripada badan keluli monocoque berkimpal sepenuhnya, membuatkan bukan sahaja kenderaan ini lebih rendah tetapi juga menghasilkan bunyi lebih bising di dalamnya disebabkan giar terletak di dalam ruang tertutup bersama-sama dengan krew. Pacuan empat roda digabungkan dengan tayar "pancit sepenuhnya" (yang mana boleh mengekalkan bentuknya meskipun pancit di dalam pertempuran oleh itu membolehkan kenderaan dipandu ke tempat selamat.) Turet, meskipun tidak dipasang pada kesemua model, boleh membawa selaras mesingan. Enam pelancar bom juga dipasang pada kerangka badan (tiga pelancar pada setiap sisi) dan melepaskan bom asap.
Ferret adalah laju dan cukup kecil bagi digunakan di persekitaran bandar. Ia juga cukup kuat untuk digunakan di jalan yang tidak rata. Ferret tidak lagi digunakan di dalam perkhidmatan Tentera Darat Britain. Walaubagaimanapun, beberapa negara-negara Komanwel masih lagi menggunakannya sehingga ke hari ini. Ferret popular kepada pengumpul persendirian disebabkan saiz kompak dan harga yang mampu-milik iaitu sekitar AS$10,000 sehingga AS$15,000 di Amerika Syarikat.
Pengeluaran
[sunting | sunting sumber]Sejumlah 4,409 buah Ferret, termasuk 16 sub-model di bawah designasi pelbagai nombor Mark, telah dikeluarkan di antara tahun 1952 dan 1971.
Pengguna
[sunting | sunting sumber]- Australia
- Burkina Faso
- Kanada 124, (1954-1981)
- Perancis, semasa Perang Algeria
- Indonesia
- India
- Iran
- Lubnan
- Malaysia
- Madagaskar
- Nepal: 40
- New Zealand
- Filipina
- Rhodesia
- Afrika Selatan
- Sri Lanka
- Sudan
- United Kingdom
- Saint Kitts dan Nevis 3
Kelainan
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa kelainan (Mark) Ferret, dengan pelbagai jenis peralatan, dengan atau turet dan dipasang dengan peluru berpandu anti kereta kebal, Swingfire. Sekiranya diambil kira kesemua mark dan prototaip ujian terdapat lebih daripada 60 buah kenderaan berbeza.
- Mk 1
- FV701C
- Tugas-tugas perhubungan
- Tiada turet
- MK 1/1
- Perisai lebih tebal daripada Mk 1
- Badan kedap bagi mengharung.
- Mk 1/2
- Tinggi bumbung dipanjangkan
- 3 orang krew
- Dpasang dengan Browing .30 atau kemudian dengan MGKA
- Mk 2
- Turet daripada APC Alvis Saracen
- Mk 2/1 ke 5
- Sedikit penambahbaikan pada setiap tahap termasuk perisai lebih tebal.
- MK 2/6
- FV703
- Peluru berpandu anti kereta kebal berkembar Vigilant
- Digunakan oleh Tentera Darat Britain dan Abu Dhabi
- Mk 2/7
- FV701
- Peluru berpandu anti kereta kebal pada Mk 2/6 ditanggalkan selepas Vigilant dikeluarkan dari perkhidmatan
- Mk 4
- FV711
- Mk 2 ditambahbaik
- Roda lebih besar
- Perisai lebih tebal
- Suspensi lebih kuat
- Skrin terapung
- Mk 5
- FV712
- Mark 4 yang diubahsuai.
- MGKA L7
- Peluru berpandu anti kereta kebal Swingfire yang dipasang pada turet lebar mendatar
- Ferret 80
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Ferret recognition diagrams Diarkibkan 2009-02-18 di Wayback Machine
- The Ferret in Canadian Service Diarkibkan 2011-10-20 di Wayback Machine
- Warwheels.net
- Blogsite mostly about Ferret
- Ferret Walk Arounds on Prime Portal
- The Ontario Regiment (RCAC) Ferret Club Diarkibkan 2012-05-16 di Wayback Machine, Oshawa, Ontario, Canada
- King's Own Royal Border Regiment Museum Diarkibkan 2009-07-13 di Wayback Machine, Carlisle Castle, Cumbria, Englandhas an Example on Display
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kereta berperisai Ferret. |