Kereta api Ladang Jandarata
Penampilan
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. (November 2017) |
Kereta api Ladang Janderata merupakan sebuah kereta api yang terletak di Jenderata, Teluk Intan, Perak.
Kereta api ini digunakan oleh pihak ladang untuk membawa buah kelapa sawit ke kilang memproses minyak kelapa sawit. Buah kelapa sawit tidak tahan lama, perlu cepat dihantar ke kilang untuk diproses. Kelewatan akan menyebabkan mutu, warna dan rasanya tidak menepati piawai yang ditetapkan.
Di kawasan ladang ini juga terdapat landasan kapal terbang yang dinamakan Lapangan Terbang Jendarata.