Kerajaan Yugoslavia
Kerajaan Beraja Serb, Croat dan Slovene (1918–1929) Kerajaan Beraja Yugoslavia (1929–1945) Kraljevina Srba, Hrvata i Slovenaca Kraljevina Jugoslavija | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1918–1945 | |||||||||||||
| |||||||||||||
Cogan kata: "Jedan narod, jedan kralj, jedna država" (Latin) Један народ, један краљ, једна држава (Cyrillic) "One nation, one king, one country" | |||||||||||||
Lagu kebangsaan: Lagu kebangsaan Keberajaan Yugoslavia | |||||||||||||
Ibu negara | Belgrade | ||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa rasmi: Bahasa Slovene -Serbo-Croat[1]a | ||||||||||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan (1918–1929, 1934–1945) Raja mutlak (1929–1934) | ||||||||||||
Raja | |||||||||||||
• 1918–1921 | Peter I | ||||||||||||
• 1921–1934 | Alexander I | ||||||||||||
• 1934–1945 | Peter IIb | ||||||||||||
Raja Muda | |||||||||||||
• 1918–1921 | Putera Alexander | ||||||||||||
• 1934–1941 | Putera Paul | ||||||||||||
Perdana Menteri | |||||||||||||
• 1918–1919 (pertama) | Stojan Protić | ||||||||||||
• 1945 (terakhir) | Josip Broz Tito | ||||||||||||
Badan perundangan | Perhimpunan Negara | ||||||||||||
Senat | |||||||||||||
Dewan Timbalan | |||||||||||||
Era Sejarah | Zaman antara perang · Perang Dunia II | ||||||||||||
1 Disember 1918 | |||||||||||||
28 Jun 1921 | |||||||||||||
6 Januari 1929 | |||||||||||||
6 April 1941 | |||||||||||||
4 Disember 1943 | |||||||||||||
2 November 1945 | |||||||||||||
29 November 1945 | |||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||
1918 | 247,542 km2 (95,577 bt2) | ||||||||||||
1931 | 247,542 km2 (95,577 bt2) | ||||||||||||
Populasi | |||||||||||||
• 1918 | 12017323 | ||||||||||||
• 1931 | 13934038 | ||||||||||||
Mata wang | Krone Yugoslavia (1918–1920) Dinar Diraja Yugoslavia (1920–1945) | ||||||||||||
| |||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Bosnia dan Herzegovina Croatia Kosovoc Macedonia Utara Montenegro Serbia Slovenia | ||||||||||||
|
Kerajaan Beraja Yugoslavia (Bahasa Serbo-Croatia:Kraljevina Jugoslavija, Bahasa Serbia Cyrillic:Краљевина Југославија, "Kerajaan Beraja Slavia Selatan")[4] adalah sebuah negara yang terletak di Eropah Tenggara dan Eropah Tengah, yang wujud pada zaman antara perang (1918–1939) dan separuh pertama Perang Dunia II (1939–1943).
Ia telah ditubuhkan pada tahun 1918 dengan menggabungkan kerajaan sementara negara Croat, Serb dan Slovene (di mana diasaskan daripada wilayah-wilayah daripada bekas empayar Austria-Hungary) dengan bekas kerajaan bebas, Kerajaan Beraja Serbia. Kerajaan Beraja Montenegro telah bergabung dengan Serbia lima hari sebelumnya, sementara wilayah-wilayah di Kosovo, Vojvodina dan Vardar Macedonia merupakan sebahagian daripada Serbia sebelum penyatuan.
Untuk sebelas tahun pertama kewujudannya, kerajaan ini secara rasminya dikenali sebagai Kerajaan Beraja Serb, Croat dan Slovene, tetapi istilah "Yugoslavia" merupakan nama seharian yang berakar umbi dari asal.[5] Nama rasmi negara ditukar kepada "Kerajaan Beraja Yugoslavia" oleh Raja Alexander I pada 3 Oktober 1929.[5]
Negara ini telah diperintah oleh dinasti Karađorđević Serbia, yang mana dahulunya memerintah Kerajaan Beraja Serbia di bawah Peter I bermula pada tahun 1903 (selepas Penggulingan Mei) dan selepasnya. Peter I menjadi raja pertama Yugoslavia sehingga kematian beliau pada tahun 1921. Beliau telah digantikan oleh anak lelaki beliau Alexander I, yang mana merupakan raja muda. Beliau dikenali sebagai "Alexander si Penyatu" dan kemudian menamakan semula kerajaan ini "Yugoslavia" pada tahun 1929. Beliau telah dibunuh di Marseille oleh Vlado Chernozemski, seorang anggota Pertubuhan Revolusi Macedonia Dalaman (IMRO), semasa lawatan beliau ke Perancis pada tahun 1934. Takhta kemudian diberikan kepada anak lelaki beliau (yang masih di bawah umur) Peter. Sepupu beliau Paul memerintah sebagai pemangku raja sehingga tahun 1941, apabila Peter II menaiki takhta.[6] Keluarga diraja melarikan diri ke London pada tahun sama, sebelum negara diceroboh oleh kuasa-kuasa Paksi.
Pada April 1941, negara ini telah diduduki dan dipecahkan oleh kuasa-kuasa Paksi. Sebuah kerajaan buangan diraja yang diakui oleh United Kingdom dan, kemudian oleh kesemua kuasa-kuasa Berikat, telah ditubuhkan di London. Pada tahun 1944, selepas ditekan oleh Perdana Menteri Britain Winston Churchill, Raja mengiktiraf kerajaan Persekutuan Demokratik Yugoslavia sebagai sebuah kerajaan yang sah. Ia diwujudkan pada 2 November berikutan tandatangan dalam Persetujuan Vis oleh Ivan Šubašić (bagi pihak Kerajaan Beraja) dan Josip Broz Tito (bagi pihak Partisan Yugoslavia).[7]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pilihanraya parlimen Kerajaan Beraja Serb, Croat dan Slovenia, 1923
- Republik Prekmurje
- Perbarisan Slovene (Kerajaan Beraja Hungary)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Busch, Birgitta; Kelly-Holmes, Helen (2004). Language, Discourse and Borders in the Yugoslav Successor States. Multilingual Matters. m/s. 26. ISBN 978-1-85359-732-9.
- ^ Alexander, Ronelle (2013). "Language and Identity: The Fate of Serbo-Croatian". Dalam Daskalov, Rumen; Marinov, Tchavdar (penyunting). Entangled Histories of the Balkans: Volume One: National Ideologies and Language Policies. Koninklijke Brill NV. m/s. 371. ISBN 978-90-04-25076-5.
Now, however, the official language of the new state, the Kingdom of Serbs, Croats, and Slovenes, bore the unwieldy name Serbo-Croato-Slovene (srpsko-hrvatsko-slovenački).
- ^ Wojciechowski, Sebastian; Burszta, Wojciech J.; Kamusella, Tomasz (2006). Nationalisms across the globe: an overview of nationalisms in state-endowed and stateless nations. 2. School of Humanities and Journalism. m/s. 79. ISBN 978-83-87653-46-0.
Similarly, the 1921 Constitution declared Serbocroatoslovenian as the official and national language of the Kingdom of Serbs, Croats, and Slovenians.
- ^ Kamusella, Tomasz (2009). The politics of language and nationalism in modern Central Europe. Palgrave Macmillan. m/s. 228, 297. ISBN 978-0-230-55070-4.
- ^ a b "Kraljevina Jugoslavija! Novi naziv naše države. No, mi smo itak med seboj vedno dejali Jugoslavija, četudi je bilo na vseh uradnih listih Kraljevina Srbov, Hrvatov in Slovencev. In tudi drugi narodi, kakor Nemci in Francozi, so pisali že prej v svojih listih mnogo o Jugoslaviji. 3. oktobra, ko je kralj Aleksander podpisal “Zakon o nazivu in razdelitvi kraljevine na upravna območja", pa je bil naslov kraljevine Srbov, Hrvatov in Slovencev za vedno izbrisan." (Naš rod ("Our Generation", a monthly Slovenian language periodical), Ljubljana 1929/30, št. 1, str. 22, letnik I.)
- ^ J. B. Hoptner (1963). "Yugoslavia In Crisis 1934-1941". Columbia University Press.
- ^ Walter R. Roberts (1973). Tito, Mihailović, and the Allies, 1941-1945. Rutgers University Press. m/s. 288. ISBN 978-0-8135-0740-8.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Lampe, John R. (28 March 2000). Yugoslavia as History: Twice There Was a Country. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-77401-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Banac, Ivo (1988). The National Question in Yugoslavia: Origins, History, Politics. Cornell University Press. ISBN 0-8014-9493-1.
- Todor Radivojević (1935). Kraljevina Jugoslavija s ilustrovanom geografskom čitankom: za četvrti razred srednjih škola. T. Jovanović i Vujić.
- Branko Petranović (1988). Istorija Jugoslavije 1918-1988: knj. Kraljevina Jugoslavija 1914-1941. Nolit.
- Pavle Vujević (1930). Kraljevina Jugoslavija: geografski i etnografski pregled. Štamparija "Davidović" Pavlovića i druga.
- Sabrina P. Ramet (2006). The Three Yugoslavias: State-building and Legitimation, 1918-2005. Indiana University Press. ISBN 0-253-34656-8.
- Snežana Trifunovska (1994). Yugoslavia Through Documents: From Its Creation to Its Dissolution. Martinus Nijhoff Publishers. ISBN 0-7923-2670-9.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kerajaan Yugoslavia |
- Full text of the 1931 Constitution di Wayback Machine (diarkibkan 21 Oktober 2009) (Inggeris)
Templat:Oblasts of the SCS Kingdom Templat:Banovine Templat:Former Monarchies Templat:Yugoslavia timeline Templat:Yugoslavia topics