Kepulauan Mergui
Penampilan
Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu; Bahasa Burma: မြိတ်ကျွန်းစု ) adalah sebuah gugusan kepulauan yang terletak di selatan Myanmar (Burma). Ia terdiri lebih dari 800 buah pulau, yang berbeza-beza saiznya. Kesemua pulau-pulau ini terletak di Laut Andaman, di luar pantai barat Semenanjung Melayu berhampiran hujung utaranya dan bersambung dengan Indochina. Kadang kala pulau-pulau ini dikenali sebagai Kepulauan Pashu kerana penduduk Melayu dikenali sebagai Pashu. Sebuah kasino lima bintang dan kelab golf, Kelab Andaman kini beroperasi di Pulau Thahtay Kyun.