Kepersisan
Penampilan
Kepersisan ialah kebolehan alat mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten dengan sedikit atau tiada sisihan relatif antara bacaan yang diperolehinya.
Kepersisan pengukuran harus ditafsirkan daripada nilai-nilai pengukuran yang dilakukan dengan pengulangan kaedah pengukuran yang sama dengan keadaan yang sama.
Dapat ditafsirkan kepersisan pengukuran dengan mengkaji :
- taburan nilai-nilai pengukuran
- julat perbezaan antara nilai pengukuran
Kepersisan suatu pengukuran dapat ditambah dengan :
- menggunakan kanta pembesar semasa membaca skala alat pengukuran
- mengelakkan ralat paralaks