Pergi ke kandungan

Kementerian Pertahanan Persekutuan (Jerman)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Pertahanan Persekutuan
Bundesministerium der Verteidigung (BMVg)

Pintu masuk ke Hardthöhe, Bonn
Intisari agensi
Dibentuk19191/19552
Bidang kuasa
Kabinet Jerman
Ibu pejabatHardthöhe, Bonn, Jerman
50°41′57″N 7°2′25″E / 50.69917°N 7.04028°E / 50.69917; 7.04028Koordinat: 50°41′57″N 7°2′25″E / 50.69917°N 7.04028°E / 50.69917; 7.04028
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
Laman sesawang
http://www.bmvg.de
Nota kaki
1: Sebagai Kementerian Reichswehr, menggantikan Kementerian Perang Prusia, Kementerian Perang Saxony, Kementerian Perang Bavaria, Kementerian Perang Württemberg dan Pejabat Tentera Laut Imperial
2: Sebagai Kementerian Pertahanan (Bundesministerium für Verteidigung) di Jerman Barat[1]

Kementerian Pertahanan Persekutuan (Jerman: Bundesministerium der Verteidigung), singkatan BMVg, adalah sebuah agensi persekutuan peringkat tertinggi, yang diketuai oleh Menteri Pertahanan Persekutuan sebagai seorang anggota Kabinet Jerman. Kementerian ini beribupejabat di daerah Hardthöhe, Bonn dan mempunyai pejabat kedua di bangunan Bendlerblock di Berlin.

Menurut Artikel 65a Perlembagaan Jerman (Grundgesetz), Menteri Pertahanan Persekutuan adalah Pemerintah Tertinggi Bundeswehr, angkatan tentera Jerman, dengan jumlah 253,430 anggota aktif. Artikel 115b mengeluarkan dekri bahawa dalam keadaan darurat, diisytiharkan oleh Bundestag dengan persetujuan Bundesrat, kuasa pemerintahan tertinggi diserahkan kepada Canselor.

Kementerian itu kini mempunyai kira-kira 3,730 pekerja. Daripada jumlah ini, 3,230 bekerja di Bonn manakala kira-kira 500 bekerja di bangunan Bendlerblock di Berlin.

Selaku Menteri Pertahanan Persekutuan merangkap Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Jerman, Kementerian itu terdiri daripada jabatan-jabatan tentera dan awam:

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Kementerian Persekutuan Jerman