Pergi ke kandungan

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan
وزارة الشؤون الإسلامية والدعوة والإرشاد
Intisari agensi
Dibentuk1993; 31 tahun yang lalu (1993)
JenisKementerian kerajaan
Bidang kuasa
Kerajaan Arab Saudi
Ibu pejabatMekah,  Arab Saudi
Menteri bertanggungjawab
  • Syeikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al al-Syeikh
Laman sesawang
www.moia.gov.sa

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan (Arab: وزارة الشؤون الإسلامية والدعوة والإرشاد, rumi: Wuzarah asy-Syu`un al-Islamiyyah wa ad-Da'wah wa al-Irsyad) sebelum ini Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan[1] (Arab: وزارة الشؤون الإسلامية والأوقاف والدعوة والإرشاد, rumi: Wuzarah asy-Syu`un al-Islamiyyah wa al-Auqaf wa ad-Da'wah wa al-Irsyad adalah sebuah kementerian dalam Kerajaan Arab Saudi berperanan dalam bidang hal ehwal agama Islam, wakaf, dakwah dan bimbingan agama. Kementerian ini ditubuhkan pada 10 Julai 1993 bersamaan 20 Muharam 1414H.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi yang terkini ialah Syeikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al al-Syeikh[2], salah seorang anggota keluarga terkemuka Arab Saudi, Al al-Syeikh.

Kementerian ini memainkan peranan yang berbeza dengan sebuah lagi kementerian berkaitan urusan masyarakat Islam iaitu Kementerian Haji dan Umrah. Ia mempunyai 5 agensi kementerian (jabatan) yang membantukan menjalankan tugasan yang ditetapkan iaitu Jabatan Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Dakwah dan Bimbingan, Jabatan Perancangan dan Pembangunan, dan Jabatan Penerbitan dan Penyelidikan Ilmu.

Senarai menteri

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan individu yang telah dan sedang menggalas tugas Menteri bagi kementerian ini sejak ia ditubuhkan

Menteri Tempoh
Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan
Dr. Abdullah bin Abdul Mohsen Al-Turki 1993 - 1999
Saleh bin Abdulaziz Al al-Syeikh 1999 - 2014
Suleiman Aba Al-Khail 2014
Saleh bin Abdulaziz Al al-Syeikh 2014 - 2016
Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan
Saleh bin Abdulaziz Al al-Syeikh 2016 - 2018
Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al al-Syeikh 2018 - kini
  1. ^ "عام / صدور بيان من الديوان الملكي وعدد من الأوامر الملكية إضافة أولى". Saudi Press Agency. 7 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2018. Dicapai pada 23 November 2020.
  2. ^ "Arab Saudi: Seluruh masjid akan kembali menggelar salat berjemaah mulai 31 Mei, kecuali di Mekah". BBC News Indonesia. 27 Mei 2020. Dicapai pada 23 November 2020.