Pergi ke kandungan

Kembara Mahkota Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kembara Mahkota Johor
TempohSejak 2001
TempatSeluruh negeri Johor
Dianjurkan olehSultan Ibrahim
Kaedahturun ke kawasan-kawasan di negeri Johor dengan pelbagai pengangkutan mengikut tempat seperti motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda, kereta api, dan bot.

Kembara Mahkota Johor (singkatan: KMJ) ialah siri program menjelajah negeri Johor Darul Takzim yang dicetuskan oleh Tunku Mahkota Johor. Tunku Ibrahim Ismail (kini, Sultan Ibrahim), bermula tahun 2001.[1] Program ini kekal diteruskan selepas Baginda menaiki takhta kesultanan.

Dalam kembara ini, Baginda menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda, dan kereta api, malah bot bagi penjelajahan ke pulau-pulau sekitar Johor.

Program KMJ dicetuskan oleh Tunku Ibrahim Ismail ketika menjadi Tunku Mahkota Johor dengan galakan ayahandanya, Sultan Iskandar untuk melawat seluruh negeri Johor bagi mendampingi rakyat jelata.[2]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Dalam Kembara siri ke-12 pada 2010, Sultan Ibrahim mendapat pengiktirafan Buku Rekod Malaysia sebagai Sultan pertama memandu kereta api secara rasmi. Baginda turut dikurniakan lesen memandu kereta api pada majlis yang telah diadakan di Stesen Keretapi Gemas. Baginda singgah di Stesen Keretapi Kulaijaya, Kluang dan Chamek.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Sultan Johor Mula KMJ 2010 Dengan Pandu Kereta Api - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-06-26. Dicapai pada 2023-11-13.
  2. ^ "KEMBARA MAHKOTA JOHOR: RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA – MEDIA DIGITAL JOHOR". 2023-10-27. Dicapai pada 2023-11-13.
  3. ^ "Sultan Johor Mula KMJ 2010 Dengan Pandu Kereta Api - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-06-26. Dicapai pada 2023-11-13.