Kematian Mao Zedong
Mao Zedong (/ˈmaʊ (d)zəˈdʊŋ/;[1] 26 Disember 1893 – 9 September 1976), sering disebut Ketua Mao, ialah revolusioner komunis China yang menjadi pengasas Republik Rakyat China. Mao menjadi pemimpin China sejak negara itu diasaskan pada tahun 1949 sehingga kematiannya pada 9 September 1976.
Kematiannya
[sunting | sunting sumber]Penampilan terakhir Mao di depan khyalak dan gambar terakhir dirinya yang diketahui masih hidup ialah pada 27 Mei 1976, ketika beliau (dalam keadaan lemah dan hampir tidak dapat bercakap atau berjalan) bertemu dengan Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto yang berkunjung ke Beijing.[2]
Pada 2 September 1976, sekitar jam 5:00 petang, Mao mengalami serangan jantung, jauh lebih parah daripada dua serangan jantung sebelumnya pada awal tahun yang mempengaruhi bahagian jantung yang jauh lebih luas. Tiga hari kemudian pada 5 September, satu lagi serangan jantung menyebabkannya terbaring di tempat tidur. Pada petang 7 September, keadaan Mao merosot. Organ-organ Mao gagal dan beliau mengalami koma tepat sebelum tengah hari dan terpaksa memakai alat ventilator dan alat sokongan nyawa. Pada 8 September, dengan Mao masih dalam keadaan koma dan tidak dapat pulih, pegawai pemerintah China memutuskan untuk melepaskan mesin sokongan nyawanya pada tengah malam.
Setelah mesin sokongan nyawa dimatikan tepat jam 00:00, Mao Zedong disahkan meninggal dunia sepuluh minit kemudian pada pukul 00:10 waktu tempatan, 9 September 1976 pada usia 82 tahun. Parti Komunis China menangguhkan pengumuman kematiannya pada hari itu hingga jam 16:00 ketika berita radio yang mengumumkan kematian Mao disiarkan di seluruh negara yang menuntut perpaduan parti.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mao Zedong". Random House Webster's Unabridged Dictionary.
- ^ Chang & Halliday 2005
- ^ "Mao Tse-Tung Dies In Peking At 82; Leader Of Red China Revolution; Choice Of Successor Is Uncertain". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010. Dicapai pada October 25, 2014.