Pergi ke kandungan

Kemasukan warga Czech ke dalam sejarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Republik Czech masa kini mula-mula dihuni oleh orang Celt pada abad ke-4 B.C. Suku Celtic Boii memberikan nama Latin untuk negara tersebut yang iaitu Boiohaemum (Bohemia)[1]. Suku Celtics kemudiannya digantikan dengan suku Germanic (sekitar 100 A.D.) dan warga Czech merupakan bangsa Slav yang pertama menetap di Eropah Tengah pada abad ke-6. Di Bohemia dan Moravia, dinasti Přemyslid dan Moymirid mencipta adipati pertama mereka. Adipati, juga dipanggil dukedom merupakan negara zaman pertengahan, wilayah, fief, atau domain yang diperintah oleh duke atau duchess, pemerintah secara hierarki kedua selepas raja atau permaisuri dalam tradisi Eropah Barat.

Pada waktu tersebut, wujud perbezaan penting antara "adipati berdaulat" dan adipati yang merupakan bangsawan biasa di seluruh Eropah[2]. Beberapa kadipaten bersejarah berdaulat di kawasan yang akan menjadi sebahagian daripada negara bangsa hanya semasa era moden, seperti yang berlaku di Jerman (sebelumnya sebuah empayar persekutuan) dan Itali (sebelum ini sebuah kerajaan bersatu). Sebaliknya, yang lain adalah daerah bawahan kerajaan-kerajaan itu yang telah bersatu sama ada sebahagian atau sepenuhnya semasa era pertengahan, seperti Perancis, Sepanyol, Sicily, Naples, dan Negara Paus. Sementara Kadipaten Moravia segera lenyap, Kadipaten Bohemia, yang menyatukan kedua-dua negara, membentuk asas bagi negara Czech sekarang.[3]

  1. ^ "A Brief History of the Czech Republic - Live & Study - Czech Universities". www.czechuniversities.com. Dicapai pada 2024-05-30.
  2. ^ duchy (dalam bahasa Inggeris), 2024-05-27, dicapai pada 2024-05-30
  3. ^ "Brief History of the Czech Republic". mzv.gov.cz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-05-30.