Pergi ke kandungan

Kemalangan kereta api Alp 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kegelinciran kereta api Alp 2010
Kemalangan kereta api Alp 2010 yang terletak di Switzerland
Kemalangan kereta api Alp 2010
Map
Butiran
Tarikh23 Julai 2010
11:50 CET
Koordinat46°23′37.02″N 8°7′24.65″E Sunting ini di Wikidata
LokasiFiesch
NegaraSwitzerland
PengendaliMatterhorn Gotthard Bahn
Jenis insidenKegelinciran
SebabKesilapan manusia
Perangkaan
Kereta api1
Meninggal dunia1
Tercedera40
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kemalangan kereta api Alp 2010 berlaku pada 24 Julai 2010 di pergunungan Alp, Geneva, Switzerland. Tiga gerabak Ekspres Glasier kelas pertama yang dalam perjalanan antara resort ski Zermatt dan St. Moritz tergelincir.[1]

Seorang wanita rakyat Jepun terbunuh dan 42 penumpang lain cedera. Mangsa dihantar dengan helikopter ke hospital di Geneva, Lausanne dan Valais. Kira-kira 210 penumpang berada di dalam kereta api ketika ia tergelincir di perkampungan Fiesch dan Lax. Syarikat Matterhorn Gotthard Bahn menyatakan wanita Jepun itu dari kawasan Nagano, Jepun.[2]

Kereta api penumpang itu selaju 30 km sejam membawa pelancong sekitar bulan Julai hingga September. Kira-kira 7 juta pelancong asing melawat Switzerland dan 350,000 daripadanya pelancong Jepun. Biasanya 120,000 pelancong Jepun menginap di bandar Zermatt iaitu satu bandar di Gunung Matterhorn. Pemandangan salji indah pergunungan Alp sentiasa menggamit kedatangan pelancong.[3]

Punca kemalangan itu dikatakan merupakan kesilapan manusia.[4]

  1. ^ "Woman dies in Swiss train accident". Japan Times. 24 Julai 2010. Dicapai pada 18 Ogos 2010.
  2. ^ LEAD: Swiss police begin probe into deadly train accident NewsyStocks.com
  3. ^ Glacier Express popular with middle-aged, elderly Daily Yomiuri Online
  4. ^ "Driver error to blame for Glacier Express crash". Euronews. 30 Julai 2010. Dicapai pada 18 Ogos 2010.