Pergi ke kandungan

Kemala (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemala
Kulit album kumpulan Kemala
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1991-1992
Syarikat rakaman
P & C 1992 IZP sdn bhd
Pengkarya berkait
Berkumpulan


Kumpulan Kemala merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia sekitar tahun 1991. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Rock Kapak Melayu. Kumpulan Kemala juga adalah kumpulan nama baru bagi kumpulan Ekamatra

Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]
  1. Muzaffar Shah (Muz) - Vokal
  2. Salladdin (Arab) - Gitar (kemudiannya menganggotai kumpulan NRG)
  3. Rosli (Li) - Gitar (dari kumpulan Qiara)
  4. Kalis - Bass
  5. Eddie Ahmad (Eddie) - Keyboard (dari kumpulan Ekamatra & kemudiannya menganggotai kumpulan Slam)
  6. Rashib Ibrahim (Rashib, Achid, Atan) - dram (dari kumpulan Ekamatra)

Latar belakang Kemala

[sunting | sunting sumber]

Semuanya bermula selepas Malam Anugerah Juara Lagu 1990 . Kumpulan Ekamatra ingin mencari Vokalis Baru untuk menghasilkan album kedua mereka ( yang dimana mereka telah menggunakan Halim sebagai vokalis kumpulan itu bagi mengganti Rahmat) . Mereka juga turut dibantu oleh syarikat rakaman mereka iaitu EMI menerusi artis-artis dari EMI Record itu sendiri . Setelah sekian lamanya , Akhirnya Kumpulan Ekamatra akhirnya menemui seorang vokalis baru yang sesuai untuk menggantikan tempat Rahmat iaitu Muz .

Belum sempat Rakaman dimulakan (iaitu sekitar awal tahun 1991) Shahrul , Nurul , & Pacai telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu dan menubuhkan kumpulan Eka pada tahun yang sama . Kini anggota Ekamatra yang tinggal hanyalah Muz , Eddie dan Rashid . Mereka kini telah berusaha untuk mencari tempat baru bagi menggantikan posisi Guitar dan bass . Tidak lama selepas itu , Kumpulan Ekamatra didatangi oleh Salahuddin dari kumpulan Arab , Rosli dari kumpulan Qiara dan Kalis . Kini Line up baru kumpulan Ekamatra ialah Muz (Vokalis) , Salahuddin (Guitar Utama) , Rosli (Guitar Akustik) , Kalis (Guitar bass) , Eddie (Keyboard) dan Rashid (Drum) . Eddie dan Rashid merasakan nama Ekamatra tidak lagi sesuai digunakan bagi Line up baru kumpulan ini lalu ditukar Kemala .

Kemala telah menghasil Album pertama mereka sekitar tahun 1991/1992 Yang diterbitkan oleh IZP Production bertajuk Kemala mempunyai 10 Lagu ciptaan Komposer terkenal seperti Wan Zul , M Nasir dan ramai lagi . Antara lagu hit dalam ialah lagu Menanti Kasih Dihujung Hari ( yang kemudian dinyanyikan semula oleh Rahmat ( Ekamatra) dan Saleem (kumpulan Iklim) ) , Anyaman Rindu , Kepastian Abadi dan lain-lain . Tetapi Album tidak terbanyak dijual seperti Album sebelum nya (Satu Tekanan Irama) .

Nasib Kumpulan ini tidak bertahan lama , kumpulan ini dibubarkan pada tahun 1992 . Belum sempat mereka melahirkan album Kedua bagi kumpulan Kemala . kesemua anggota Kemala mencari haluan masing-masing termasuk Eddie yang akhirnya mendapat tawaran menjadi keyboard kumpulan Slam Pada tahun 1995 dan Salahuddin menyertai kumpulan NRG

  • Kemala - Kemala '92 - (1992)

Lagu-lagu

[sunting | sunting sumber]
  • Hidup
  • Selendang Songsang
  • Sehala
  • Dengan Kalimah Yang satu
  • Kata Katak
  • Pagan
  • Kepastian Abadi
  • Segeralah
  • Anyaman Rindu
  • Kasih Dihujung Hari

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]