Keluang insular
Keluang insular | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Chiroptera |
Keluarga: | Pteropodidae |
Genus: | Pteropus |
Spesies: | P. tonganus
|
Nama binomial | |
Pteropus tonganus Quoy & Gaimard, 1830
| |
Julat keluang insular |
Keluang insular atau keluang Pasifik (Pteropus tonganus)[3][4] ialah spesies keluang dalam keluarga Pteropodidae. Ia keluang yang tersebar luas secara geografi, paling tersebar luas di Pasifik: ia dijumpai di Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Fiji, New Caledonia, Niue, Papua New Guinea, Samoa (di mana ia dipanggil pe'a fanua, pe'a fai dan taulaga), Kepulauan Solomon, Tonga, dan Vanuatu.[1]
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Julat pewarnaan pada spesies kelawar ini agak berubah-ubah. Belakangnya diperikan sebagai hitam atau perang tera; selubungnya dikatakan jingga, kuning, kuning pucat, dan kuning keperangan.[5] Kelawar ini kekurangan selaput interfemoral; lengan bawah dan tibianya terdedah, dan bulu si jantan pula diperikan sebagai "rerambut berminyak pendek yang kaku".[5]
Semasa terbang, sayap terentangnya kelihatan perang gelap lutcahaya ketika dipandang dari bawah.[6]
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Keluang insular mempunyai taburan yang luas tersebar di Polinesia. Julatnya termasuk Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Samoa, Tonga, Kepulauan Cook, Tuvalu, Tokelau, Niue, Vanuatu, New Caledonia, Fiji, Wallis dan Futuna. Ia kadangkala berhijrah di antara pulau dan habitat umumnya pula ialah hutan basah tropika, hutan bakau, dan ladangan.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Lavery, T.H.; Scanlon, A.; Helgen, K.; Hamilton, S. (2020). "Pteropus tonganus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T18764A22088495. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-2.RLTS.T18764A22088495.en. Dicapai pada 18 November 2021.
- ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
- ^ "Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2808". Act No. 686 2008. m/s. 1–108. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2023-09-16. Dicapai pada 2023-09-16.
- ^ Pacific flying fox (Pteropus tonganus) Dicapai pada 16 Ogos 2023.
- ^ a b Miller, Carrie A.; Wilson, Don E. (9 May 1997). "Pteropus tonganus" (PDF). Mammalian Species. American Society of Mammalogists (552): 1. doi:10.2307/3504121. JSTOR 3504121. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2016. Dicapai pada Januari 12, 2013.
- ^ Ryan, Paddy. "Pteropus tonganus - Tongan fruit bat or flying fox". Thornton, Colorado: Ryan Photographic. Dicapai pada Januari 12, 2013.
- ^ Lavery, T.H.; Scanlon, A.; Helgen, K.; Hamilton, S. (2020). "Pteropus tonganus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T18764A22088495. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-2.RLTS.T18764A22088495.en. Dicapai pada 30 Julai 2020.