Kelong
Kelong ialah sejenis binaan luar pesisir yang diperbuat daripada bahan kayu, dan boleh dijumpai diperairan Malaysia, Filipina dan Indonesia, di samping sebilangan kecil yang masih wujud sekitar Singapura kesan pembandaran pesat.
Kelong dibina oleh nelayan terutamanya untuk tujuan perikanan, namun adanya kelong besar yang dijadikan tempat tinggal untuk keluarga nelayan. Kelong dibina tanpa perlunya paku, sebaliknya rotan digunakan untuk mengikat kayu balak dan papan yang menjafi bahan binaan. Kelong biasanya ditemui di perairan cetek, dilabuhkan pada dasar laut sedalam enam meter dengan cerucuk kayu sepanjang 20 meter. Sesetengah kelong tidaklah terpencil sangat kerana dihubungkan dengan darat melalui laluan papan. Ada juga jenis kelong bergerak, dan juga kelompok besar kelong yang membentuk komuniti luar pesisir yang besar.
Dalam bahasa pasar Singlish yang ditutur di Singapura, perkataan "kelong" membawa maksud perbuatan mengatur perlawanan di kalangan pengadil, khususnya dalam perlawanan bola sepak.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Call of the Kelong Diarkibkan 2009-04-05 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.