Kelambatan pertuturan
Kelambatan pertuturan atau juga dikenali sebagai alalia merujuk kepada masalah kelengahan dalam perkembangan atau penggunaan mekanisme yang menghasilkan pertuturan.[1]
Disebabkan pertuturan dan bahasa merupakan dua peringkat yang berbeza, masalah kelambatan juga begitu. Contohnya, seorang kanak-kanak mungkin mengalami kelambatan pertuturan (seperti tidak berupaya menghasilkan suara pertuturan yang boleh diertikan), tetapi tidak dalam berbahasa. Dalam kes ini, kanak-kanak mungkin akan mencuba untuk menghasilkan jumlah bahasa yang bersesuaian dengan usianya, tetapi bahasa itu mungkin sukar atau mustahil untuk difahami. Sebaliknya, kerana seorang kanak-kanak dengan kelambatan bahasa biasanya belum memiliki kesempatan untuk menghasilkan suara pertuturan, kemungkinan juga ada kelengahan dalam pertuturan.
Tanda dan gejala
[sunting | sunting sumber]Tanda-tanda amaran awal kelambatan pertuturan dikategorikan kepada titik pencapaian berkaitan umur, bermula dari 12 mula dan berterusan sehingga awal remaja.[2][3]
Pada usia 12 bulan, terdapat sebab yang perlu diberi perhatian sekiranya seseorang anak itu tidak dapat melakukan perkara-perkara berikut:
- Menggunakan gerak isyarat seperti lambaian selamat tinggal dan menunjuk pada suatu objek
- Berlatih menggunakan beberapa bunyi konsonan yang berbeza
- Keperluan bersuara atau berkomunikasi
Di antara umur 15 hingga 18 bulan, anak-anak berada dalam risiko yang lebih tinggi bagi kelambatan pertuturan jika menunjukkan tanda-tanda berikut:
- Tidak mampu berkata "ibu" dan "ayah"
- Tidak membalas apabila diberitahu "tidak", "helo" dan "selamat tinggal"
- Tidak mempunyai satu hingga tiga kosa kata pada usia 12 bulan dan sehingga 15 kata pada usia 18 bulan
- Tidak mampu mengenal pasti bahagian tubuh badan
- Mengalami kesukaran meniru bunyi dan tindakan
- Lebih suka menunjukkan gerak isyarat berbanding pengujaran
Tanda-tanda tambahan kelambatan pertuturan selepas berumur 2 tahun dan ke atas sehingga 4 tahu termasuklah:[2][3]
- Ketidakupayaan menghasilkan perkataan dan frasa secara bersahaja
- Tidak berupaya mengikuti arahan dan perintah yang ringkas
- Tidak mampu menyambung dua perkataan
- Kekurangan bunyi-bunyi konsonan pada permulaan dan penghujung ayat
- Sukar untuk mengerti anggota-anggota keluarga terdekat
- Tidak berupaya memaparkan tugas objek-objek rumah tangga yang biasa
- Tidak mampu membentuk dua hingga tiga ayat perkataan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dodd, Barbara (2013). Differential Diagnosis and Treatment of Children with Speech Disorder (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 8. ISBN 978-1118713341.
- ^ a b Nelsen, Amy. "Delayed Speech or Language Development" (dalam bahasa Inggeris). KidsHealth. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-25. Dicapai pada 12 April 2012.
- ^ a b Stewart, Darienne Hosley (13 Februari 2020). "Warning signs of a toddler's language delay" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-25. Dicapai pada 25 April 2021.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Kennison, S. M. (2013). Introduction to Language Development (dalam bahasa Inggeris). Los Angeles: Sage. ISBN 9781452256290.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Persatuan Pertuturan-Bahasa-Pendengaran Amerika (ASHA): Different Issues in Speech and Language Development.
- KidsHealth:Delay in Speech and Language
- Early Identification of Speech-Language Delays and Disorders
- The Listen Up Web-Language Development Diarkibkan 2005-10-27 di Wayback Machine
- YourChild: Speech and Language Delays and Disorders Universiti Sistem Kesihatan Michigan