Pergi ke kandungan

Keladi merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keladi merah
Caladium bicolor 'Florida Sweetheart'
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Aroideae
Tribus: Caladieae
Genus: Caladium
Spesies:
C. bicolor
Nama binomial
Caladium bicolor
Sinonim[2]
  • Alocasia rex N.E.Br. [Invalid]
  • Alocasia roezlii N.E.Br.
  • Arum bicolor Aiton
  • Arum pellucidum Fulchir ex Kunth [Invalid]
  • Arum pulchrum Salisb.
  • Arum vermitoxicum Vell.
  • Arum vermitoxicum Vell. ex Kunth
  • Caladium albopunctatissimum Jacob-Makoy ex H.Karst.
  • Caladium amoenum Engl.
  • Caladium appunianum Engl. [Invalid]
  • Caladium argyrospilum Lem.
  • Caladium barraquinii Hérincq
  • Caladium barraquinii Lem.
  • Caladium brongniartii Lem.
  • Caladium chantinii Lem.
  • Caladium concolor K.Koch
  • Caladium connaertii Engl.
  • Caladium curwadlii Engl.
  • Caladium devosianum Lem.
  • Caladium discolor Engl.
  • Caladium duchartrei Engl.
  • Caladium dussii Sieber & Voss
  • Caladium eckhartii Lem. ex Engl.
  • Caladium enkeanum K.Koch
  • Caladium firmulum Schott
  • Caladium gaerdtii K.Koch & Fint.
  • Caladium griseoargenteum Engl.
  • Caladium haageanum K.Koch
  • Caladium haematostigma Kunth
  • Caladium hendersonii Engl.
  • Caladium hortulanum Bridsey
  • Caladium × hortulanum Birdsey
  • Caladium houbyanum Engl.
  • Caladium houlletii Lem.
  • Caladium jacquinii Ten.
  • Caladium ketteleri Engl.
  • Caladium kochii K.Koch
  • Caladium kramerianum Engl.
  • Caladium laucheanum K.Koch
  • Caladium leopoldii Engl.
  • Caladium lindenii Engl. [Invalid]
  • Caladium macrophyllum Lem.
  • Caladium marginatum K.Koch & C.D.Bouché
  • Caladium marmoratum Mathieu ex K.Koch
  • Caladium martersteigianum Engl.
  • Caladium medioradiatum L.Linden & Rodigas
  • Caladium mirabile Lem.
  • Caladium mooreanum Engl.
  • Caladium neumannii Lem.
  • Caladium ottonis Engl. [Invalid]
  • Caladium pallidinervium Engl.
  • Caladium pallidum K.Koch & C.D.Bouché
  • Caladium pellucidum DC.
  • Caladium perrieri Lem.
  • Caladium pictum DC.
  • Caladium poecile Schott
  • Caladium punctatissimum Engl.
  • Caladium purdieanum Schott
  • Caladium pusillum K.Koch
  • Caladium regale Lem.
  • Caladium reichenbachianum Stange ex Engl.
  • Caladium rougieri Verschaff.
  • Caladium rubellum K.Koch & Fint.
  • Caladium rubricaule Lem.
  • Caladium rubrovenium Engl.
  • Caladium sagittifolium Sieber ex Engl.
  • Caladium sieboldii Engl. [Invalid]
  • Caladium sororium Schott
  • Caladium splendens K.Koch & Fint.
  • Caladium spruceanum Schott
  • Caladium stangeanum K.Koch
  • Caladium steudneriifolium Engl.
  • Caladium surinamense Miq.
  • Caladium thelemannii Verschaff.
  • Caladium thripedestum Lem.
  • Caladium vellozoanum Schott
  • Caladium verschaffeltii Lem.
  • Caladium wagneri Engl.
  • Caladium wightii Lem.
  • Cyrtospadix bicolor (Aiton) Britton & P.Wilson

Keladi merah atau keladi hias (Inggeris: angel wings; nama saintifik: Caladium bicolor)[3][4] ialah spesiss tumbuhan berumbi dari keluarga talas-talasan. Tumbuhan ini berasal dari benua Amerika Selatan dan tersebar luas ke barat Afrika dan Asia Tenggara lantaran kesesuaian iklim.[perlu rujukan]

Penanaman

[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, keladi ini banyak tersebar di kawasan ladang kelapa sawit dan tepi paya melalui benih yang hanyut dibawa arus semasa hujan dan bah. Umbinya tercabut bersama anak benih dan tersebarkan ke tempat baru. Keladi ini boleh membiak dengan pantas di tempat yang redup atau panas dengan sumber air yang mencukupi.

Bentuk dan corak daunnya yang menarik membuatnya sesuai ditanam di halaman rumah. Ukurannya yang sederhana pula memudahkan tanaman ini ditanam di dalam pasu mahupun di tanah lapang. Anak benih baru boleh diasingkan terus ke tempat semaian untuk dibiakkan. Untuk kegunaan seni laman hiasan, pokok ini biasanya ditanam sebagai penyerlah pokok utama. Daunnya juga dapat membantu mengelakkan tanah menjadi kering akibat terkena cahaya.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Keladi hias adalah tumbuhan renek tanah lembap yang hidup di kawasan tanah teduh, subur dan sedikit berasid dengan ketinggian 0.8 m. Batang semu atau tangkai daun keladi ini adalah bergabus, tidak bercabang dan bercantum sempurna dengan daun. Bentuk daunnya pula seperti hulu panah mirip keladi minyak dengan corak berwarna-warni mengikut variasi. Daun ini juga kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin di permukaan daun.

Bunga keladi ini adalah berbentuk centong dengan seludang bunga berwarna kuning cair. Tangkai bunga pula berwarna hijau cerah. Bunga jantan dan bunga betina di dalam seludang akan didebungakan oleh serangga melalui aromanya. Buah keladi hias adalah berwarna merah jingga agak membujur.[5]

Beberapa variasi atau kelainan spesies keladi hias yang sering ditanam oleh penggemar tanaman hiasan termasuklah:- [6]

  1. ^ Mag. Encycl. 4(16):464. [22 Dec 1800-21 Jan] 1801 (Descr. pl. nouv. ad t. 30. 1801 Mar)
  2. ^ "Caladium bicolor (Aiton) Vent". The Plant List.
  3. ^ "Bunga-bunga taman Malaysia (Garden flowers of Malaysia)". FLORA MALAYSIANA. 10 September 2000.
  4. ^ "Caladium bicolor". Pustaka Flora (dalam bahasa Indonesia).
  5. ^ https://www.nparks.gov.sg/florafaunaweb/flora/1/7/1743
  6. ^ https://www.casaindonesia.com/article/read/10/2020/4013/Sungguh-Indah-10-Jenis-Tanaman-Keladi-Paling-Cantik