Kekasihku Puyu
Kekasihku Puyu | |
---|---|
Genre | Drama, fantasi |
Pencipta | Musa Daud |
Ditulis oleh | Azmy Mohd Ariff |
Pengarah | Zulkiflee R.Shad |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Jauh Di Mata" oleh Min Yasmin |
Lagu penutup | "Jauh Di Mata" oleh Min Yasmin |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Fazee Harun |
Penerbit | Ahmad Al-Husna Abu Hassan |
Penyunting |
|
Sinematografi | Fadzil Mat Jani |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | HNJ Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 29 Ogos 2011 – 29 September 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Laila Manja |
Kekasihku Puyu ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2011 arahan Zulkiflee R. Shad dibintangi oleh Fazren Rafi dan Intan Ladyana. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 29 Ogos 2011 hingga 29 September 2011 menggantikan Laila Manja dan digantikan oleh siaran ulangan Nenek Kebaya.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kekasihku Puyu mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya, anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah (Mak Jah), bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu ke dalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.
Sesudah 23 tahun berlalu, Fahmi (Mohd Fazren Mohd Rafi) yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. Walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu pada keesokan harinya. Selepas memasukkan ikan itu ke dalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik, hanya boleh dilihat Fahmi seorang.
Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari (Intan Ladyana) dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek (Hafizuddin) berkahwin dengan Suriati (Zarina Zainuddin) yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengekalkan kecantikannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuan Malek.
Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib (Rizal Ayub), rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu, Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.
Bagaimanakah kesudahan nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Intan Ladyana sebagai Bidasari
- Fazren Rafi sebagai Fahmi
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Hafidzuddin Fazil sebagai Tuan Malek
- Zarina Zainuddin sebagai Suriati
- Mak Mah sebagai Nek Tok
- Rizal AF5 sebagai Habib[3]
- Baharuddin Omar sebagai Tok Kamil
- Ghazali Abu Noh sebagai Tok Sidek
- Kismah Johar sebagai Mak Odah
- Azman Ahmad sebagai Mazlan
- Ramli Salleh sebagai Abang Hadi
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Syahhira sebagai Bidasari kecil
- Mohd Izwan Fikri sebagai Aiman
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Suatu Ketika Dahulu" - Rizal Ayob
- "Jauh Di Mata" - Min Yasmin
- "Masih Di Sini" - Niskala
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kekasihku Puyu berakhir, Nenek Kebaya diulang tayang kembali". edTV. 29 September 2011. Dicapai pada 28 April 2013.
- ^ Kekasihku Puyu (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 14 Mei 2019.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (28 Julai 2013). "Sambutan Suram Sebagai Penyanyi Paksa Rizal (AF) Jadi Pelakon". mStar Online. Dicapai pada 28 April 2013.