Kejuruteraan reservoir

Kejuruteraan reservoir merupakan cabang kejuruteraan petroleum yang mengaplikasikan prinsip saintifik dalam masalah saliran yang timbul semasa pembangunan dan pengeluaran reservoir minyak dan gas untuk mencapai perolehan yang berekonomi tinggi. Bidang ilmu yang digunakan seseorang jurutera reservoir termasuklah geologi subpermukaan, matematik gunaan, dan hukum asas fizik dan kimia yang mengawal kelakuan fasa cecair dan wap bagi minyak mentah, gas asli, dan air dalam batuan reservoir. Jurutera reservoir memberikan perhatian yang khusus kepada anggaran rizab yang tepat untuk digunakan dalam laporan kewangan untuk Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat dan badan kawal selia yang lain. Tanggungjawab kerja yang lain termasuklah pemodelan reservoir berangka, peramalan prengeluaran, pengujian telaga, penggerudian dan perancangan kerja pulih telaga, pemodelan ekonomi, dan analisis PVT (tekanan, isi padu dan suhu) bendalir reservoir. Jurutera reservoir juga memainkan peranan utama dalam perancangan pembangunan medan, penyaranan skema penyusutan reservoir yang sesuai dan berkos efektif seperti pembanjiran air atau suntikan gas untuk memaksimumkan perolehan hidrokarbon. Jurutera petroleum juga mungkin terlibat dalam reka bentuk dan implementasi projek pensekuesteran karbon untuk meminimumkan pengeluaran gas rumah tanaman disebabkan oleh perubahan perundangan di kebanyakan negara-negara pengeluar hidrokarbon.
Jenis-jenis jurutera reservoir
[sunting | sunting sumber]Jurutera reservoir biasanya akan mengkhusus antara dua bidang:
- Kejuruteraan pengawasan (atau pengeluaran), contohnya pengawasan kawasan telaga yang sedia ada dan pengoptimuman kadar pengeluaran dan suntikan. Jurutera pengawasan biasanya menggunakan teknik analisis dan empirikal untuk menjalankan tugas, termasuk analisis lengkung turun, permodelan imbangan bahan, dan analisis aliran masuk/aliran keluar.
- Permodelan simulasi, contohnya menjalankan kajian simulasi reservoir untuk menentukan rancangan pembangunan yang optimum untuk reservoir minyak dan gas. Selain itu, jurutera reservoir menjalankan dan mengintegrasikan ujian telaga ke dalam data reservoir yang digunakan dalam penggerudian geoterma.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Perolehan minyak tertingkat
- Dinamik bendalir
- Tenaga geoterma
- Petroleum
- Kejuruteraan petroleum
- Geologi petroleum
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Craft, B.C. & Hawkins, M. Revised by Terry, R.E. 1990 "Applied Petroleum Reservoir Engineering" Second Edition (Prentice Hall).
- Dake, L.P., 1978, "Fundamentals of Reservoir Engineering" (Elsevier)
- Frick, Thomas C. 1962 "Petroleum Production Handbook, Vol II" (Society of Petroleum Engineers).
- Slider, H.C. 1976 "Practical Petroleum Reservoir Engineering Methods" (The Petroleum Publishing Company).
- Charles R. Smith, G. W. Tracy, R. Lance Farrar. 1999 "Applied Reservoir Engineering" (Oil & Gas Consultants International)
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Society of Petroleum Engineers(Inggeris)