Kejohanan Super Series Akhir BWF
Kejohanan Super Series Akhir BWF (dinamakan Kejohanan Super Series Masters Akhir BWF hingga 2009) adalah kejohanan badminton tahunan yang diadakan pada akhir tahun di mana para pemain dengan mata terbanyak dari dua belas acara tahun kalendar Super Series BWF bertanding untuk mendapatkan hadiah wang sekurang-kurangnya AS$1,000,000. Ia digantikan oleh Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF pada tahun 2018.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Super Series Akhir dibatalkan pada tahun 2007 oleh sebab kekurangan penajaan untuk kejohanan ini. Kejohanan 2008 - dikenali pada masa itu sebagai Super Series Masters Akhir BWF 2008 - adalah edisi pertama dan ia diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada 18 Disember hingga 21 Disember, 2008.[1][2][3]
Hanya lapan pemain atau pasangan teratas dalam ranking Super Series selepas kejohanan Super Series terakhir, seperti yang diumumkan oleh Persatuan Badminton Dunia, yang layak untuk turut serta; namun ia terhad kepada dua penyertaan bagi setiap ahli persatuan. Dalam kejohanan itu, lapan pemain atau pasangan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan dua pemain atau pasangan teratas mara ke separuh akhir.[4]
Untuk final edisi 2010, pertandingan ini diadakan pada Januari 2011.[5] Pada tahun 2014, jumlah wang hadiah meningkat dua kali ganda menjadi AS$1 juta.[6] Dubai, Emiriah Arab Bersatu adalah tempat untuk Super Series Akhir hingga 2017 hasil daripada perkongsian Persatuan Badminton Dunia.[7]
Pemenang lepas
[sunting | sunting sumber]Prestasi mengikut negara
[sunting | sunting sumber]Negara Teratas | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rank | Negara | PL | PW | BL | BW | BC | Jumlah | ||
1 | Republik Rakyat China | 3 | 4 | 0 | 5 | 5 | 17 | ||
2 | Denmark | 2 | 0 | 3 | 1 | 4 | 10 | ||
3 | Malaysia | 4 | 1 | 2 | 2 | 0 | 9 | ||
4 | Jepun | 1 | 2 | 0 | 2 | 0 | 5 | ||
5 | Indonesia | 0 | 0 | 3 | 0 | 0 | 3 | ||
6 | Korea Selatan | 0 | 0 | 2 | 0 | 0 | 2 | ||
Taipei Cina | 0 | 2 | 0 | 0 | 0 | 2 | |||
7 | Hong Kong | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | ||
England | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 1 | |||
Jumlah | 10 | 10 | 10 | 10 | 10 | 50 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "BWF SUPER SERIES MASTERS FINALS 2008 - It's on!" (dalam bahasa Inggeris). BWF. Dicapai pada 2015-02-03.
- ^ Gilmour, Rod (2008-11-04). "Badminton Super Series Finals set for Malaysia after 2007 cancellation" (dalam bahasa Inggeris). London: Telegraph.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-12. Dicapai pada 2008-11-23.
- ^ "Super Series Finals - The Eighth on the Eighth" (dalam bahasa Inggeris). Badzine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-06. Dicapai pada 2008-11-23.
- ^ "Rules and Regulations" (dalam bahasa Inggeris). BWF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 2011-06-09.
- ^ "2010 VICTOR - BWF Super Series Finals" (dalam bahasa Inggeris). BWF. Dicapai pada 2015-02-03.
- ^ "BWF Destination Dubai World Super Series Finals - Countdown to Million-Dollar Jackpot" (dalam bahasa Inggeris). BWF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 2015-02-03.
- ^ Osborne, Paul. "Countdown on for start of Badminton World Super Series Finals in Dubai". Inside the Games (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 November 2015.
- ^ "YONEX-SUNRISE BWF WORLD SUPER SERIES MASTERS FINALS 2009" (dalam bahasa Inggeris). tournamentsoftware.com. Dicapai pada 2012-12-16.