Kazunari Ninomiya
Kazunari Ninomiya 二宮和也 | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Nino |
Berasal dari | Tokyo, Jepun |
Genre | J-Pop |
Pekerjaan | penyanyi, penggubah, pelakon, model, pengacara |
Instrumen | gitar, piano, bass, dram, harmonika |
Tahun aktif | 1996-kini |
Syarikat rakaman | Pony Canyon (1999-2001) J Storm (2002-kini) |
Pengkarya berkait | Arashi |
Kazunari Ninomiya (二宮 和也 , Ninomiya Kazunari, lahir 17 Jun, 1983), sering kali digelar sebagai "Nino", ialah seorang idola, penyanyi, penggubah lagu, pelakon, personaliti televisyen dan juruhebah radio Jepun. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo, dan pada usia 13 tahun, dia menyertai agensi bakat Jepun yang terkenal iaitu Johnny & Associates. Pada 15 September, 1999, dia memcipta debutnya di Honolulu, Hawaii sebagai salah seorang daripada lima orang anggota kumpulan popular Arashi. Dia terkenal di kalangan penonton wayang dengan lakonannya sebagai Prebet Saigo dalam filem perang Clint Eastwood 2006 berjudul Letters from Iwo Jima.
Pra-debut
[sunting | sunting sumber]Ketika Ninomiya menyertai Johnny & Associates, dia adalah anggota unit-unit sementara Johnny's Jr. seperti MAIN (yang dianggotai oleh anggota-anggota Arashi Jun Matsumoto dan Masaki Aiba, di samping juga Toma Ikuta) dan B.A.D. sebelum pembentukan Arashi.