Pergi ke kandungan

Kawasan Perindustrian Prai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kawasan Perindustrian Prai (atau Prai Industrial Estate dan Kawasan Perindustrian Seberang Prai) terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia yang berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang.[1] Ia menempatkan pelbagai jenis industri ringan dan sederhana dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Pulau Pinang,Kedah,Perlis dan Perak. Ada juga pekerja yang datang dari Kelantan dan Terengganu.

Kawasan ini disediakan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menarik pelabur asing. Pelbagai infrastruktur disediakan seperti jalan raya, air, elektrik, telekomunikasi dan perumahanan para pekerja. Antara jalan di kawasan ini ialah Tingkat Perusahaan 3, Jalan Perusahaan ,Tingkat Perusahaan 4,Tingkat Perusahaan 4A, Lebuhraya Utara dan Lorong Perusahaan Baru. Agensi atau pejabat kerajaan yang ditempatkan di sini ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Balai Bomba Perai.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Kawasan perindustrian ini dapat dicapai dengan laluan bas Rapid Penang iaitu 706, dan 801.[2]

  1. ^ "Kawasan Perindustrian Seberang Prai, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 2021-06-11.
  2. ^ "Bagaimana untuk pergi ke Kawasan Perindustrian Seberang Prai di Pulau Pinang menggunakan Bas?". Moovit. Dicapai pada 2021-08-27.

Koordinat: 5°20′59″N 100°25′17″E / 5.3496°N 100.4215°E / 5.3496; 100.4215