Pergi ke kandungan

Kawasan undi di Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kawasan-kawasan undi di Singapura)

Kawasan undi[a] di Singapura adalah suatu pembahagian kawasan-kawasan pentadbiran yang dibentuk untuk urusan pilihan raya. Kawasan ini dikelaskan sama ada berwakil tunggal (Kawasan Undi Perseorangan) atau kumpulan (Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan). KUP adalah kawasan undi yang diwakili oleh satu orang Anggota Parlimen (AP) manakala KUPB mungkin sahaja diwakili tiga, empat, lima atau enam AP di dalam kawasan pentadbiran tersebut.

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC)

[sunting | sunting sumber]

Perwakilan berkumpulan (GRC) adalah sejenis kawasan pilihan raya yang unik di dalam sistem politik di Singapura. GRC adalah kawasan pilihan raya banyak kerusi yang dipertandingkan oleh sekumpulan calon daripada parti-parti politik yang berbeza termasuk dengan calon ahli politik bebas. Di setiap GRC, sekurang-kurangnya satu calon atau Anggota Parlimen mestilah dari kaum minoriti: sama ada orang Melayu, India atau Lain-lain.

Pada tahun 1988, Kerajaan Singapura di bawah mandat Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah meminda Akta Pemilihan Parlimen untuk mewujudkan GRC. Undang-undang yang ada sekarang membolehkan seseorang Presiden, berdasarkan nasihat Perdana Menteri, untuk mewujudkan GRC dari tiga hingga ke enam kawasan pemilihan. Dalam mewujudkan GRC, Presiden akan dinasihatkan oleh Jabatan Pilihan Raya terlebih dahulu. Ukuran maksimum awal untuk GRC adalah tiga calon sahaja, kemudiannya telah ditingkatkan dari masa ke semasa. Pada pilihan raya umum Singapura tahun 1991, jumlah maksimum calon dinaikkan dari tiga hingga empat calon. Pada tahun 1997 jumlah maksimum calon semakin meningkat hingga kepada enam orang calon.

GRC beroperasi dengan sistem pengundian pluraliti, yang bermaksud bahawa parti atau kumpulan politik bebas dengan memperoleh undi terbanyak akan dipilih untuk mewakili GRC tersebut. (Ini bererti bahawa walaupun dengan undi pluraliti atau majoriti, pasukan pemenang dapat memenangi keseluruhan GRC.) Semua GRC Singapura terkini dimenagi oleh parti Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Tujuan utama untuk mewujudkan GRC adalah membenarkan ras dari perwakilan minoriti terlibat di dalam sistem politik di Singapura. Mantan Perdana Menteri, Goh Chok Tong berpendapat bahawa pengenalan GRC diperlukan untuk memastikan bahawa Parlimen Singapura akan terus disertai oleh masyarakat yang berbilang kaum di dalam komposisi dan perwakilan parti. Parti pembangkang mengkritik GRC kerana menjadikannya lebih sukar bagi calon bukan PAP untuk dipilih ke Parlimen. Wang deposit diperlukan untuk bertanding dalam GRC sangat besar kerana setiap calon diminta membayar deposit $16,000 Dolar Singapura.

Ini bermakna kos bertanding GRC terlalu mahal untuk disertai parti pembangkang. Kehadiran Menteri Kabinet sebagai calon GRC memberikan kelebihan kepada PAP di dalam siri pilihan raya umum. PAP telah menggunakan taktik ini untuk mengukuhkan komposisi partinya dengan menguasai dua per tiga dewan parlimen.


Senarai Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan di Masa Kini

[sunting | sunting sumber]
Kawasan pemilihan Kerusi Daftar pemilih Pusat mengundi[2][3] Kawasan
2015 kini
Aljunied 5 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu) 148,024 150,603 50 (meningkat ke 51) Bedok Reservoir-Punggol, Eunos, Kaki Bukit, Paya Lebar dan Serangoon
Ang Mo Kio 6 (sekurang-kurangnya 1 calon AP India / Lain-lain) 187,652 183,298 61 (meningkat ke 62) Ang Mo Kio-Hougang, Cheng San-Seletar, Jalan Kayu, Sengkang South, Teck Ghee dan Yio Chu Kang
Bishan-Toa Payoh 5 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu) 129,850 126,493 42 Bishan East-Thomson, Bishan North, Toa Payoh Central, Toa Payoh East-Novena dan Toa Payoh West-Balestier
Chua Chu Kang 4 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu) 119,848 130,714 38 (meningkat ke 43) Bukit Gombak, Chua Chu Kang, Keat Hong dan Nanyang
Pantai Timur 4 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu) 99,015 96,474 32 Bedok, Changi-Simei, Kampong Chai Chee dan Siglap
Holland-Bukit Timah 4 (sekurang-kurangnya 1 calon AP India / Lain-lain) 104,397 109,527 38 Bukit Timah, Cashew, Ulu Pandan dan Zhenghua
Jalan Besar 4 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu) 102,454 99,259 40 Kampong Glam, Kolam Ayer, Kreta Ayer-Kim Seng dan Whampoa
Jurong 5 (sekurang-kurangnya 1 calon AP India / Lain-lain) 130,428 128,549 44 (meningkat ke 45) Bukit Batok East, Clementi, Jurong Central, Jurong Spring dan Taman Jurong
Marine Parade 5 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu) 146,087 143,522 50 Braddell Heights, Geylang Serai, Kembangan-Chai Chee, Marine Parade dan Joo Chiat
Marsiling-Yew Tee 4 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu) 107,527 108,460 35 (meningkat ke 37) Limbang, Marsiling, Woodgrove dan Yew Tee
Nee Soon 5 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu India / Lain-lain) 132,200 135,614 43 (meningkat ke 46) Chong Pang, Kebun Baru, Nee Soon Central, Nee Soon East dan Nee Soon South
Pasir Ris-Punggol 6 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu) 187,252 222,910 67 (meningkat ke 78) Pasir Ris East, Pasir Ris West, Punggol Coast, Punggol North, Punggol West dan Sengkang Central
Sembawang 5 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu) 144,604 150,658 47 (meningkat ke 56) Admiralty, Canberra, Gambas, Sembawang dan Woodlands
Tampines 5 (sekurang-kurangnya 1 calon AP Melayu) 143,426 145,318 49 Tampines Central, Tampines Changkat, Tampines East, Tampines North dan Tampines West
Tanjong Pagar 5 (sekurang-kurangnya 1 calon AP India / Lain-lain) 130,601 130,597 47 (meningkat ke 49) Buona Vista, Henderson-Dawson, Moulmein-Cairnhill, Queenstown dan Tanjong Pagar-Tiong Bahru
Pantai Barat 4 (sekurang-kurangnya 1 calon AP India / Lain-lain) 99,236 97,485 35 (meningkat ke 37) Ayer Rajah, Boon Lay, Telok Blangah dan West Coast

Senarai Kawasan Undi Perseorangan di Masa Kini

[sunting | sunting sumber]
Kawasan pemilihan Kerusi Daftar pemilih Pusat mengundi[3]
2015 kini
Bukit Batok 1 27,077 26,850 10 (meningkat dari 9)
Bukit Panjang 1 33,035 35,343 12 (meningkat dari 11)
Fengshan 1 23,427 22,680 9 (meningkat dari 8)
Hong Kah North 1 27,691 27,584 13 (meningkat dari 9)
Hougang 1 24,532 25,912 9
MacPherson 1 28,511 27,952 10
Mountbatten 1 23,712 23,602 8 (meningkat dari 7)
Pioneer 1 25,732 25,254 9
Potong Pasir 1 17,306 16,873 5
Punggol East 1 33,261 35,159 12 (meningkat dari 10)
Radin Mas 1 31,001 27,265 10
Sengkang West 1 26,869 41,004 16 (meningkat dari 9)
Yuhua 1 23,183 21,649 8 (berkurang dari 9)


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ istilah rasmi Singapura.[1]
  1. ^ "Glossary" (2018). Parlimen Singapura. Dicapai pada 12 Ogo 2023
  2. ^ [1] Diarkibkan 12 Oktober 2017 di Wayback Machine (Elections Department) Retrieved August 28th, 2017.
  3. ^ a b (Melayu) [2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]