Pergi ke kandungan

Kavyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kavyan merujuk kepada sekumpulan penulis Malaysia berketurunan India yang menulis dalam bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan Malaysia. Sasterawan Kavyan menyumbangkan novel, cerpen dan puisi kepada lapangan sastera Malaysia, kadang-kadang dalam bahasa Inggeris dan Tamil juga.

Kumpulan Sasterawan Kavyan ialah persatuan penulis Kavyan.[1] Persatuan ini telah mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records untuk bacaan cerpen berterusan selama 96 jam & 32 minit pada Ogos–September 2003. Pengasasnya ialah Uthaya Sankar SB[2].

  1. ^ "Uthaya Sankar SB: Speaking in Tongues: Part 1". 30 October 2011.
  2. ^ Sabrina Noor (10 Jun 2020). "MEET SASTERAWAN KAVYAN – A GROUP OF INDIAN WRITERS WHO WRITE MALAY LITERATURE". Cilisos. Dicapai pada 5 Mei 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]