Kaunti Waterford
Kaunti Waterford
Contae Phort Láirge | |
---|---|
Nama panggilan: The Déise | |
Cogan kata: Déisi oc Declán co Bráth (Ireland Lama) "Moga Déise kekal Declan selamanya" | |
Negara | Ireland |
Provinsi | Munster |
Kawasan | Selatan |
Ditubuhkan | 1207[1] |
Pekan kaunti | Waterford |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya dan Kaunti Waterford |
• Kawasan pilihan raya Dáil | Waterford |
• Kawasan pilihan raya Eropah | Selatan |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,858 km2 (717 batu persegi) |
• Pemeringkatan | Ke-20 |
Aras tertinggi | 792 m (2,598 ft) |
Penduduk | |
• Jumlah | 127,363 |
• Pemeringkatan | Ke-20 |
• Kepadatan | 69/km2 (180/batu persegi) |
Zon waktu | UTC±0 (WET) |
• Musim panas (DST) | UTC+1 (IST) |
Eircode routing keys | E32, E91, X35, X42, X91 (primarily) |
Telephone area codes | 051, 058 (primarily) |
Vehicle index mark code | W (since 2014) WD (1987–2013) |
Laman sesawang | Tapak web rasmi |
Kaunti Waterford (Ireland: Contae Phort Láirge ) ialah sebuah kaunti di Ireland. Ia berada di dalam provinsi Munster dan sebahagian daripada Kawasan Selatan. Ia dinamakan bersempena nama bandar Waterford. Majlis Bandaraya dan Kaunti Waterford ialah pihak berkuasa tempatan bagi kaunti ini. Penduduk kaunti ini secara kasar, termasuk di bandar, ialah 127,363 orang mengikut bancian 2022. Kaunti ini berasaskan wilayah bersejarah Gael, Déise. Di sana terdapat sebuah kawasan bertuturan Ireland, Gaeltacht na nDéise, di barat daya kaunti ini.[4]
Politik
[sunting | sunting sumber]Setakat 1 Jun 2014, Majlis Bandaraya dan Kaunti Waterford ialah pihak berkuasa tempatan bagi kawasan Kaunti dan Bandar Waterford. Pihak berkuasa ini dibentuk berikutan penggabungan kaunti Waterford dan bandar Waterford di bawah Akta Pembaharuan Kerajaan Tempatan 2014, dan menggantikan fungsi Majlis Bandar Waterford dan Majlis Kaunti Waterford. Pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan tempatan seperti pembersihan, perancangan dan pembangunan hartanah, perpustakaan, pengumpulan cukai kenderaan, jalan tempatan dan perumahan rakyat.
Bagi pilihan raya untuk Dáil Éireann (Dewan Perwakilan), kaunti ini diwakili kawasan pilihan raya 4 kerusi di Waterford. Bagi pilihan raya Parlimen Eropah, bandar dan kaunti ini ialah sebahagian daripada kawasan pilihan raya 5 kerusi Selatan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "A Short History of County Waterford" (PDF). waterfordcoco.ie. Waterford County Council. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 18 November 2017. Dicapai pada 7 August 2021.
- ^ "County Profiles – Waterford" (PDF). Teagasc. Dicapai pada 24 November 2023.
- ^ "Interactive Data Visualisations: Local Authorities (County Councils): WATERFORD CITY AND COUNTY COUNCIL". Census 2022. Central Statistics Office. Dicapai pada 26 September 2023.
- ^ "Archived copy". Central Statistics Office. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2020. Dicapai pada 17 January 2022.CS1 maint: archived copy as title (link)