Katsut
Katsut (Jawi: كتسوت) ialah pakaian ketat satu helaian yang menutupi badan atas dan kaki, dan sering kali lengan.[1] Ia biasanya diperbuat daripada bahan yang boleh diregangkan, seperti lycra, sifon, spandeks (selepas 1959), lateks, atau velor, tetapi mungkin menggunakan bahan yang kurang elastik, seperti kulit atau PVC. Katsut sering kali ditutup dengan menggunakan zip pada bahagian depan atau belakang. Katsut dianggap sebagai pakaian luar tetapi biasanya bukan pakaian jalanan. Katsut juga digunakan untuk penseksualan atau jenis keseksualan lain.
Sejarah dan penggunaan
[sunting | sunting sumber]Katsut pernah dipakai sebagai item fesyen di pelbagai masa dari tahun 1960-an hingga 1990-an. Semasa tahun 1970-an dan 1980-an, ia dipakai untuk aerobik dan tarian disko. Sekitar tahun 1980, kasut tarian disko buat sementara menjadi item fesyen jalanan di United Kingdom.
Atlet dalam sukan seperti luncur laju, lumba kereta gelongsor, triatlon musim sejuk, lumba ski, berbasikal, terbang bebas, luncur udara, dan gimnastik memakai pakaian yang serupa dengan katsut, yang dipanggil unitard, yang khusus untuk keperluan sukan yang terlibat. Juga serupa dalam bentuknya adalah baju selam dan sut kering yang digunakan oleh penyelam skuba, dan sut laju yang digunakan oleh perenang kompetitif sebelum bentuk yang lebih ekstrem dari pakaian itu dilarang. Juga, dalam tenis, Serena Williams kadangkala akan memakai katsut; dua contohnya ialah Terbuka AS 2002 dan Terbuka Perancis 2018.
Nama katsut (Inggeris: catsuit) hanya dikaitkan sejak sekitar tahun 1955 atau 1960.[2][3] Asalnya, ia dipanggil sut badan atau bodisut (Inggeris: bodysuit). Asal usul nama itu tidak diketahui; ia mungkin merujuk kepada aspek kucing yang anggun diberikan kepada pemakainya oleh beberapa versi.[4] Ia juga mungkin berkait dengan perkaitan antiwirawati Catwoman, yang kostumnya sejak tahun 1950-an hingga kini ialah katsut yang diubah suai.[5]
Dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]Katsut sering dipakai dalam filem, televisyen, video muzik, dan permainan komputer.
- Dalam komik dan adaptasi filemnya, katsut sering dipakai oleh adiwira dan adipenjahat, termasuk Catwoman yang ikonik; contoh lain termasuk Black Cat, Batgirl, dan Black Panther.
- Scarlett Johansson memakai katsut untuk menggambarkan Natasha Romanoff (Black Widow) dalam beberapa filem, bermula dengan Iron Man 2 (2010).[6]
- Watak wanita utama dalam siri filem Underworld dan The Matrix memakai katsut.
- Penjahat dan adiwira perempuan dalam filem pengintip mungkin memakai katsut, seperti Baroness dan Scarlett dalam G.I. Joe: The Rise of Cobra.
- Penggunaan katsut yang ikonik dalam media popular adalah dalam rancangan televisyen British The Avengers, di mana Cathy Gale (Honor Blackman) dan Emma Peel (Diana Rigg) memakai katsut kulit yang ketat; kulit dipilih kerana ia menyala dengan baik dalam pencahayaan studio dan tidak terkoyak semasa adegan aksi.
- Shirley Bassey memakai katsut sifon tanpa lengan untuk gambar sampul album dan dalam konsert.[7]
- Cher telah memakai katsut dalam konsert.[8]
- Dalam budaya popular, katsut telah menjadi pakaian stereotaip bagi dominatriks.
- Lara Croft, wirawati francais Tomb Raider, telah memakai katsut dalam segmen tertentu dalam Tomb Raider 3 dan Tomb Raider: Chronicles.
- Dalam siri TV Star Trek: Enterprise, komander Vulcan T'Pol (dilakonkan oleh Jolene Blalock) memakai pakaian seragam yang kadang-kadang digambarkan sebagai katsut.[9]
- Video muzik yang disukai ramai Liberty X tahun 2002, "Just a Little", menampilkan dua anggotanya, Jessica Taylor dan Kelli Young, memakai katsut lateks hitam yang ketat.[10] Pada beberapa kesempatan apabila kumpulan itu telah mempersembahkan lagu tersebut secara langsung di televisyen, kedua-duanya, Taylor dan Young, memakai katsut mereka dari video muzik asal.[11][12] Pada tahun 2013, ketika kumpulan itu tampil semasa Big Reunion, kedua-dua anggota memakai rekaan katsut yang berbeza.[13]
- Dalam dunia pertunukan kostum, satu kostum terkenal menonjol kerana popularitinya yang berterusan iaitu plugsuit (lit. sut palam) yang berasal dari siri anime Neon Genesis Evangelion. Terutama, reka bentuk yang seketat kulit dan fungsinya juga diklasifikasikan sebagai sejenis katsut, dicirikan oleh bentuknya yang menggaris arus, reka bentuk yang bertujuan, dan keseluruhan daya tarikan estetik.[14]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Catsuit – Definition and More from the Free Merriam-Webster Dictionary". Merriam-Webster. Dicapai pada 11 Ogos 2011.
- ^ "cat suit". Dictionary.com. Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ "catsuit". Merriam-Webster Dictionary. Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ The Sciolist. "catsuit (n.)". Etymology Online. Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ "The history of the catsuit". 22 Julai 2014. Dicapai pada 25 Julai 2021.
- ^ Finke, Nikki (11 Mac 2009). "Another Iron Man 2 Deal". Nikki Finke's Deadline Hollywood Daily. Dicapai pada 12 Mac 2009.
- ^ "The Catsuit". ShirleyBassey.WordPress.com. 20 Januari 2008. Dicapai pada 11 Ogos 2011.
- ^ Hardie, Beth (21 April 2009). "Celebrity catsuit queens – Mirror.co.uk's top 10". Daily Mirror. Dicapai pada 11 Ogos 2011.
- ^ "Jolene Blalock - Biography". IMDB. April 2006., "Without my Vulcan catsuit, Frankenstein wig and pointed ears, I don't get recognized. I love the fact I'm a shapeshifter who can go unnoticed."
- ^ Rogers, John (16 Mac 2002). "Liberty X Video Shoot 'Just A Little'". Getty Images. Dicapai pada 4 Disember 2022.
- ^ Bailey, John (12 Januari 2009). "Just A Little - Liberty X TOTPs 24th May 2002". YouTube. Dicapai pada 10 Disember 2002.
- ^ "Liberty X – Just A Little – CDUK 2002". POPWORLDUK. YouTube. 7 Ogos 2019. Dicapai pada 10 Disember 2002.
- ^ Stevenson, Karen (8 Mei 2013). "Liberty X - Just a Little - The Big Reunion Tour - Glasgow SECC - 7TH MAY 2013". YouTube. Dicapai pada 10 Disember 2022.
- ^ "Plugsuit". Fandom. Dicapai pada 9 Oktober 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Katsut |