Pergi ke kandungan

Kasut Bola Pink

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kasut Bola Pink
PengarahShamyl Othman
PenulisShamaine Othman
Dihasilkan olehZsa Zsa
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Red Communications Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 9 Mac 2017 (2017-03-09) (Malaysia)
Masa tayangan
134 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Kasut Bola Pink merupakan filem komedi drama Malaysia 2017 yang dihasilkan oleh Zsa. Filem ini juga ditayangkan di Astro first

Kasut Bola Pink’ mengisahkan Nina (lakonan Erissa) yang berumur 12 tahun minat pada solekan dan merupakan seorang fashionista muda yang bakal mengalami sesuatu yang luar biasa apabila dia bertukar identiti dengan pemain bola sepak terbaik dan popular di sekolahnya iaitu Rafiq (lakonan Wafiy). Pada suatu hari di petang yang hujan, kedua-dua ibu bapa Nina dan Rafiq lewat untuk menjemput mereka di sekolah. Dalam pada kekalutan oleh kerana hujan yang terlampau lebat, bumbung perhentian bas tempat Nina dan Rafiq berteduh disambar petir dan kedua-dua mereka terkena kejutan elektrik. Erissa dan Wafiy Tonggak Utama Kasut Bola PinkMereka pengsan. Selepas tersedar, mereka terkejut apabila mendapati mereka telah tertukar identiti. Lebih merisaukan lagi apabila menyedari dalam masa dua minggu yang akan datang, kedua-dua Nina dan Rafiq mempunyai agenda penting iaitu pertandingan persembahan teater sekolah dan pemilihan pemain bola sepak untuk mewakili negeri. Nina dan Rafiq bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian sehinggalah bertemu dengan seorang ahli saintis yang pelik tetapi sangat genius, Professor Latip Puzi @ Prof TipPu (lakonan Afdlin Shauki). Ketika mencari jalan untuk kembali kepada keadaan sedia kala, Nina dan Rafiq mula memahami latar belakang kehidupan masing-masing. Jika sebelum ini kedua-dua mereka dilihat sering menyakat sesama sendiri kerana merasakan diri masing-masing lebih hebat, kini mereka mula bertoleransi dan bertolak ansur di antara satu sama lain. Namun begitu, ada beberapa ketika Nina dilihat seakan-akan suka menjadi seorang remaja lelaki sehingga berasa berat hati untuk bertukar semula ke diri lamanya. Nina mulai selesa dengan badan barunya, tapi Rafiq tidak. Berjayakah Rafiq memujuk Nina untuk bertukar kembali ke badan masing-masing? Jika ya, bagaimana caranya? Siapa pula yang akan membantu mereka dalam misi ini?