Pergi ke kandungan

Kasut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelbagai jenis kasut
Sepasang kasut kanak-kanak sekolah

Kasut (Jawi: كاسوت pinjaman Portugis: calçado ) atau sepatu (Jawi: سڤاتو pinjaman Portugis: sapato)[1] ialah sejenis alas kaki biasanya diperbuat daripada getah, kulit, kain, dan lain-lain yang menutupi bahagian kaki manusia. Tujuannya untuk melindungi dan memberikan keselesaan kepada kaki ketika melakukan pelbagai kegiatan baby comel

Pemakaian

[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu mengaturkan pemakaian kasut di luar rumah sahaja; kasut ditanggalkan lalu "berkaki ayam" sebaik memasuki rumah. Hal ini turut diikuti masyarakat-masyarakat tertentu lain sedunia seperti di rantau Asia[2][3] termasuk orang Thai dan orang Jepun (yang akan menyediakan selipar dalam rumah khas), sampailah ke orang Māori di New Zealand.[4] Berkasut juga sangat dilarang ketika memasuki rumah ibadah tertentu seperti masjid atau kuil.

Masyarakat Arab sendiri menganggap tapak kasut yang menyentuh tanah sebagai tempat paling rendah darjat; lalu melentangkan apatah lagi membaling kasut ke arah seseorang dianggap sebagai perlakuan menghina (sepertimana yang dilakukan wartawan Iraq Muntadhar al-Zaidi terhadap George W. Bush semasa sidang akhbar di Baghdad pada 2008).[5]

  1. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 321.
  2. ^ Wee Kek Koon (28 Februari 2019). "Shoes on or off inside? The Chinese haven't always been in agreement, especially when there are chairs involved". South China Morning Post.
  3. ^ "The Chinese didn't always take their shoes off at home". Inkstone (dalam bahasa Inggeris). 2019-03-01. Dicapai pada 2021-02-01.
  4. ^ "Sneaker Website". Te Ara - The Encyclopaedia of New Zealand. 5 September 2013. Dicapai pada 6 May 2021.
  5. ^ Gammell, Caroline (15 Disember 2008). "Arab culture: the insult of the shoe". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2012.