Pergi ke kandungan

Kaseh Ibu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kasih Ibu
PengarahNordin Ahmad
PenulisNordin Ahmad
Lakon layarNordin Ahmad
DibintangiBad Latiff
Latifah Omar
Siti Tanjung Perak
Ahmad Osman
Mustapha Maarof
SinematografiHitam-putih
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehCathay Organization
Tarikh tayangan
1965
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Kaseh Ibu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1965. Filem Kaseh Ibu diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Kaseh Ibu diarahkan oleh pengarah Nordin Ahmad pada 1965. Filem ini merupakan filem kedua arahannya selepas Wan Perkasa pada 1964.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan sepasang kekasih diantara Hasnah (Latifah Omar) dan Dahlan (Ahmad Osman). Perhubungan mereka tidak direstui oleh ibu bapa Dahlan kerana Hasnah berasal dari keluarga yang miskin. Dahlan tetap berkeras hati untuk mengahwini Hasnah. Selepas 8 tahun mendirikan rumahtangga, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Hassan (Bad Latiff). Pada suatu hari, ketika dalam perjalanan pulang dari taman permainan, kereta yang dipandu Dahlan telah terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori barangan. Dahlan terkorban di tempat kejadian manakala Hasnah dan Hassan terselamat. Hasnah mengalami trauma yang teruk ekoran kemalangan tersebut. Sementara itu Hassan hanya mengalami kecederaan ringan. Hassan telah dibawa pulang untuk dijaga oleh datuk dan nenek disebelah arwah ayahnya. Hasnah pula dibiarkan terlantar di hospital tanpa dihiraukan keadaannya.

Setelah pulih dari kesakitan, Hasnah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Setibanya di rumah, alangkah terkejutnya dia mendapati semua barang di dalam rumah tersebut diangkut masuk ke dalam lori. Hasnah berjumpa dengan tauke tersebut, tauke memberitahu yang Dahlan pernah meminjam wang dengan ceti tersebut, apabila sudah meninggal dunia, pembayaran tidak dapat dilakukan dan ini membuatkan semua barang dan aset milik Dahlan disita. Hasnah tidak mampu berbuat apa-apa kerana ceti tersebut menunjukkan bukti yang sah dengan perampasan harta milik Dahlan tersebut.

Hasnah mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibu dan bapanya. Beberapa hari kemudian, Hasnah berkunjung ke rumah keluarga mertuanya untuk berjumpa dengan Hassan. Hassan kini hidup di dalam kesenangan. Hasnah ingin membawa pulang Hassan ke pangkuannya tetapi niatnya telah di halang oleh keluarga mertuanya. Hassan juga sudah didaftarkan ke sekolah rendah di kawasan bandar tersebut. Hasnah juga telah menerima surat tuntutan dari pihak insuran kenderaan Dahlan tetapi surat tersebut memberitahu yang insurannya telah tamat tempoh selama 3 hari sebelum kemalangan tersebut. Maka dengan itu, tiada pembayaran wang pampasan kepada Hasnah. Hasnah bernekad untuk mencari kerja dan merelakan Hassan untuk tinggal bersama datuk dan neneknya. Dia berniaga menjual kuih-muih dan nasi lemak untuk menambah pendapatannya. Setiap hari, Hasnah akan berjumpa dengan Hassan selepas waktu persekolahan. Ibu mertuanya (lakonan Siti Tanjung Perak) tidak menyukai Hasnah yang sering berjumpa dengan Hassan. Hasnah sungguh kecewa dengan tindakan tersebut.

Sementara itu, Jaafar (Mustapha Maarof) hampir setiap hari bertemu dengan Hasnah. Akhirnya, Hasnah membuat keputusan yang salah dengan mengahwini Jaafar. Bekas bapa mertuanya tidak menyukai perangai Jaafar yang seorang yang suka berpoya-poya, kaki perempuan dan kaki botol. Dia pernah berkahwin beberapa kali dan juga mendera anak tirinya sehingga mati dan dihukum penjara selama 5 tahun kerana jenayah silamnya. Kehidupan Hasnah menjadi semakin terseksa zahir dan batin kerana Jaafar masih mengulangi perangai lamanya. Jaafar hanya tahu mengikis wang milik Hasnah, dan dia juga telah menjual basikal Hassan dengan tipu helahnya kerana dengan wang tersebut digunakan untuk membayar hutang dan selebihnya untuk berjudi kembali. Pada ketika itu, tempat perjudian itu telah diserbu oleh pihak polis dan rumah tersebut telah mengalami kebakaran, Jaafar pada mulanya ingin melarikan diri tetapi dia sempat menyelamatkan Hassan tetapi malang bagi dirinya, Jaafar terkorban dan Hassan pula berjaya meloloskan diri dari rumah tersebut.

Kali ini, datuk dan neneknya berusaha memisahkan hubungan Hassan dengan ibunya. Mereka pindahkan persekolahan Hassan ke Tanjong Malim. Hassan akan dijaga oleh abang kepada neneknya. Tetapi Hassan telah melarikan diri dan balik semula ke kota Singapura demi mencari ibunya. Hassan telah pengsan kerana kepenatan yang teruk dan dirawat di hospital. Doktor mengarahkan agar Mansur (Yem) memanggil semula Hasnah dan pulangkan Hassan ke pangkuan ibunya. Kerana seorang anak tidak boleh dipisahkan dengan ibu kandungnya. Mansur dan isterinya akur dengan arahan tersebut dan mereka meminta maaf serta mengizinkan agar Hasnah menjaga semula Hassan. Hubungan mereka sekeluarga menjadi baik selepas peristiwa tersebut.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]