Pergi ke kandungan

Kapten (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kapten
Captain

Insignia Dua Bar Kapten. Gaya dan kaedah pemakaian mungkin berbeza antara pakaian seragam yang berbeza dan cabang perkhidmatan yang berlainan.


Shoulder board Kapten

Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Darat
Kor Marin
Tentera Udara
Tentera Angkasa
Singkatan CPT (Army)
Capt (Marine Corps, Air Force dan Space Force)
Kumpulan pangkat Pegawai kompeni
Kod
NATO
OF-2
Pangkat tinggi seterusnya Mejar
Pangkat rendah seterusnya Leftenan Pertama
Persamaan pangkat

Di dalam Tentera Darat Amerika Syarikat (USA), Kor Marin (USMC), Tentera Udara (USAF) dan Tentera Angkasa (USSF), Kapten adalah pangkat pegawai kompeni, dengan gred gaji O-3. Ia berkedudukan atas leftenan pertama dan di bawah mejar. Ia setaraf dengan pangkat leftenan dalam sistem pangkat pegawai Tentera Laut/Pengawal Pantai dan ia berbeza daripada pangkat Tentera Laut/Pengawal Pantai yang lebih tinggi iaitu kepten. Tanda pangkat kapten berbentuk dua bar perak, dengan sedikit perbezaan gaya antara versi Tentera Darat/Tentera Udara dan versi Kor Marin.

Deskripsi

[sunting | sunting sumber]

Komander kompeni

[sunting | sunting sumber]

Kapten tentera darat pada umumnya bertugas sebagai pegawai staf batalion/skuadron (kavalri) atau briged dan mungkin mempunyai peluang untuk memerintah kompeni/pasukan meriam (artileri medan dan pertahanan udara)/trup (kavalri). Apabila diberi memerintah, mereka menyandang gelaran komander kompeni|komander kompeni/pasukan meriam/trup. Detasmen Operasional Alpha Pasukan Khusus Tentera Darat AS (12-anggota) juga diperintah oleh seorang kapten, yang memegang gelaran "komander detasmen."

Pegawai staf

[sunting | sunting sumber]

Kapten keempat-empat cabang perkhidmatan secara rutin bertugas sebagai jurulatih di sekolah tentera dan pusat latihan tempur, juruiring kepada pegawai jeneral, pegawai perhubungan dan pegawai pertukaran ke unit-unit lain, perkhidmatan, dan ketenteraan luar negeri, pegawai rekrut, pelajar dalam program lanjutan dan siswazah/pasca siswazah dalam institusi Pendidikan Tentera Profesional dan universiti awam, dan dalam pelbagai jenis tugasan khas.

Cawangan kepakaran

[sunting | sunting sumber]

Dalam unit perubatan Tentera Darat dan Tentera Udara, captain adalah pangkat peringkat permulaan bagi mereka yang memiliki ijazah perubatan, atau kedoktoran dalam profesion penjagaan kesihatan. Profesion penjagaan kesihatan lain termasuk pakar bius jururawat, ahli farmasi, pakar optometris, doktor haiwan, dan pembantu doktor, antara lain boleh bermula sebagai leftenan pertama yang boleh dinaikkan pangkat setelah tamat latihan kemasukan awal.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]