Pergi ke kandungan

Kapal tempur Jerman Scharnhorst

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kapal tempur Scharnhorst)
Scharnhorst
Sejarah
Jerman Nazi
Nama: Scharnhorst
Bersempena dengan: Gerhard Johann von Scharnhorst (1755–1813)[1]
Pembina: Kriegsmarinewerft Wilhelmshaven
Dibaringkan: 15 Jun 1935
Dilancarkan: 3 Oktober 1936
Ditauliah: 7 Januari 1939
Moto: Scharnhorst immer voran (Scharnhorst pernah kehadapan)[2]
Takdir: Karam di 72°16′N 28°41′E / 72.267°N 28.683°E / 72.267; 28.683 Pertempuran North Cape pada 26 Disember 1943
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kapal tempur kelas-Scharnhorst
Sesaran:
  • Standard: 32,100 long ton (32,600 t)
  • Muatan penuh: 38,100 long ton (38,700 t)
Panjang: 234.9 m (771 ka)
Lunas: 30 m (98 ka)
Draft: 9.9 m (32 ka)
Installed power: 159,551 shp; 118,977 kW[3]
Jana kuasa: 3 Brown, Boveri & Co turbin stim bergear
Halaju: 31 knot (57 km/j; 36 mph)
Jarak: 7,100 nmi (13,100 km; 8,200 bt) at 19 knot (35 km/j; 22 mph)
Anak kapal:
  • 56 pegawai
  • 1,613 anak kapal
Persenjataan:
Perisai:
Pesawat yang dibawa: 3 Arado Ar 196A
Kemudahan penerbangan: 1 katapel

Scharnhorst ialah sebuah kapal utama Jerman, digambarkan secara alternatif sebagai kapal tempur dan kruiser tempur, Kriegsmarine Jerman Nazi. Ia adalah kapal sulung dari kelasnya, termasuk kapal yang lagi satu, Gneisenau. Kapal ini telah dibina di limbungan Kriegsmarinewerft di Wilhelmshaven; ia mula dibina pada 15 June 1935 dan dilancarkan setahun dan empat bulan kemudian pada 3 Oktober 1936. Siap pada Januari 1939, kapal ini telah dilengkapi dengan sembilan laras meriam utama berukuran 28 sm (11 in) C/34 dalam tiga turet triple. Rancangan untuk menggantikan senjata ini dengan enam meriam 38 sm (15 in) SK C/34 dalam turet berkembar tidak pernah dibuat.

Scharnhorst dan Gneisenau beroperasi bersama-sama pada awal babak Perang Dunia II, termasuk ditugaskan ke Atlantik untuk menyerang kapal-kapal dagang British. Semasa operasi pertama mereka, Scharnhorst menenggelamkan kruiser bantuan HMS Rawalpindi dalam satu pertempuran singkat (November 1939). Scharnhorst dan Gneisenau terlibat dalam Operasi Weserübung (April–Jun 1940), iaitu pencerobohan Jerman ke atas Norway. Semasa operasi diluar Norway, kedua-dua kapal bertarung dengan kruiser tempur HMS Renown dan menenggelamkan kapal pengangkut pesawat HMS Glorious berserta kapal pengiringnya Acasta dan Ardent. Dalam pertempuran itu Scharnhorst membuat salah satu bedilan tembakan meriam laut paling jauh dalam sejarah.

Pada awal tahun 1942, selepas berulang kali dibom British, kedua-dua kapal membuat gerakan lintas pada waktu siang melalui Selat Inggeris dari taklukan Perancis ke Jerman. Pada awal tahun 1943, Scharnhorst menyertai kapal tempur Tirpitz kelas Bismarck di Norway untuk menghalang konvoi Bersekutu ke Soviet Union. Scharnhorst dan beberapa kapal pembinasa bergerak dari Norway untuk menyerang sebuah konvoi, tetapi kapal peronda British memintas pasukan Jerman. Semasa Pertempuran North Cape (26 Disember 1943), kapal tempur Royal Navy HMS Duke of York dan kapal-kapal pengiringnya menenggelamkan Scharnhorst. Hanya 36 orang berjaya diselamatkan, daripada jumlah 1,968 anak kapalnya.

Scharnhorst
  1. ^ Schmalenbach, m/s. 221.
  2. ^ Busch, m/s. 129.
  3. ^ Breyer 1987, m/s. 13.
  4. ^ Gröner, m/s. 31.
  • Breyer, Siegfried (1987). Schlachtschiff Scharnhorst (dalam bahasa German). Friedberg: Podzun-Pallas-Verlag. ISBN 3790903159.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Busch, Fritz-Otto (1956). The Drama of the Scharnhorst: Holocaust at Sea. New York, NY: Rinehart. OCLC 1277226.
  • Campbell, John (1987). "Germany 1906–1922". Dalam Sturton, Ian (penyunting). Conway's All the World's Battleships: 1906 to the Present. London: Conway Maritime Press. m/s. 28–49. ISBN 978-0-85177-448-0.
  • Dönitz, Karl (1997). Memoirs: Ten Years and Twenty Days. New York, NY: Da Capo Press. ISBN 978-0-306-80764-0.
  • Garzke, William H.; Dulin, Robert O. (1985). Battleships: Axis and Neutral Battleships in World War II. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-101-0.
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-790-6. OCLC 22101769.
  • Hooton, E. R. (1997). Eagle in Flames: The Fall of the Luftwaffe. London: Brockhampton. ISBN 978-1-86019-995-0.
  • Jacobsen, Alf (2003). Scharnhorst. Sutton: Stroud. ISBN 0750934042.
  • Murfett, Malcolm H. (2008). Naval Warfare 1919–45. Abingdon, Oxon: Routledge. ISBN 978-0-415-45804-7.
  • Schmalenbach, Paul (1973). "German Battlecruisers Scharnhorst and Gneisenau". Warship Profile 33. Windsor, Berks, UK: Profile Pubs. m/s. 201–224. OCLC 20229353.
  • Sweetman, John (2004). Tirpitz: Hunting the Beast. Gloucestershire: Sutton Publishing Limited. ISBN 978-0-7509-3755-9.
  • Weal, John (1996). Focke-Wulf Fw 190 Aces of the Western Front. Oxford: Osprey Books. ISBN 978-1-85532-595-1.
  • Williamson, Gordon (2003). German Battleships 1939–45. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84176-498-6.

Online sources

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 72°16′N 28°41′E / 72.267°N 28.683°E / 72.267; 28.683