Pergi ke kandungan

Kapal selam kelas Typhoon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Typhoon class submarine underway
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Akula (Акула) (NATO : Typhoon)
Pembina:Biro Rekabentuk Rubin
Pengguna:Bendera tentera laut Kesatuan Soviet Tentera Laut Soviet
Bendera tentera laut Rusia Tentera Laut Rusia
Sebelumnya:Kelas Delta
Selepasnya:Kelas Borei
Ditauliah pada:12 Disember, 1981
Jumlah disiapkan:6
Jumlah aktif:2
Simpanan:1

Kapal selam Kelas Typhoon (nama projek Soviet:Projek 941 Akula) adalah sebuah kelas kapal selam peluru berpandu balistik berkuasa nuklear yang digunakan oleh Tentera Laut Soviet pada tahun 1980-an. Dengan sesaran maksimum sebanyak 26,000 tonne (26,000 long ton), Typhoon merupakan kelas kapal selam yang terbesar pernah dibina. Sumber di mana nama pengenalan NATO diperolehi masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia sering kali didakwa berasal daripada perkataan "typhoon" (тайфун) yang digunakan oleh Leonid Brezhnev dalam satu ucapan pada tahun 1974 di mana beliau memperincian satu jenis kapal selam peluru berpandu balistik baru. Pada ketika itu, ia merupakan salah satu senjata pemusnah masa yang paling ditakuti yang pernah dibina. Meskipun secara teknikalnya, Typhoon boleh melancarkan peluru berpandu nuklear jarak jauhnya semasa berlabuh di limbungan,[1] doktrin Soviet bagi kapal selam ini adalah supaya ia menyerang Amerika Utara semasa menyelam di bawah lingkaran artik, mengelakkan susuran sela GIUK dan yang selamat daripada kapal selam penyerang musuh dan pasukan anti kapal selam.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]