Pergi ke kandungan

Kapal selam Kelas Collins

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A large submarine travelling on the surface of the ocean.
HMAS Rankin (SSG 78), kapal selam ke-6 dalam Kelas-Collins.
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:Australian Submarine Corporation
Pengguna:Bendera tentera laut Australia Tentera Laut Diraja Australia
Sebelumnya:Kelas-Oberon
Selepasnya:Projek pengantian kapal selam Kelas-Collins
Built:14 Februari, 1990 – 18 Mac, 2003
Ditauliah pada:27 Julai, 1996 – kini
Jumlah disiapkan:6
Jumlah aktif:3

Kapal selam Kelas Collins merupakan satu kelas yang terdiri daripada enam buah kapal selam berkuasa diesel-elektrik yang dibina dan dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Australia. Kelas-Collins dinamakan sempena Timbalan Laksamana John Augustine Collins; kesemua enam buah kapal selam telah dinamakan bersempena nama anggota Tentera Laut Diraja Australia yang penting dan terkenal semasa Perang Dunia II. Kapal selam ini sekarang merupakan kapal selam konvensional yang terbesar di dunia, dan menjadi kapal selam yang pertama dibina di Australia, secara tidak langsung membawa peningkatan di dalam industri Australia.

Kapal selam ini terpalit dengan pelbagai insiden dan masalah teknikal pada fasa pembinaanya termasuk dakwaan tipu helah dan berat sebelah semasa pemilihan reka bentuk, urusan penukaran yang tidak wajar semasa pembinaan serta kelemahan dari segi kemampuan utama bagi sebuah kapal selam. Masalah ini ditambah lagi oleh kegagalan Tentera Last Diraja Australia dalam menyediakan anggota untuk mengendalikan kapal tersebut. Pada tahun 2008 hanya tiga buah kapal selam jenis ini yang dapat dikendalikan. Manakala antara tahun 2009 hingga 2012 purata dua unit atau kurang yang beroperasi sepenuhnya. Prestasi teruk dalam pengurusan kapal selam Kelas Collins ini menyebabkan ia mendapat persepsi negatif oleh pihak awam. Walau bagaimanapun, setelah 20 tahun terlibat dengan pelbagai isu perkhidmatan kapal selam kelas ini akhirnya menyediakan kesiapsiagaan yang mantap kepada Tentera Laut Diraja Australia.

Kapal Selam Kelas Collin dijangka akan ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2026, namun begitu Kertas Putih Pertahanan yang dikeluarkan pada tahun 2016 bersetuju supaya perkhidmatanya dilanjutkan sehingga tahun 2030[1]. Kapal selam kelas ini juga bakal dinaik taraf dari segi keupayaannya termasuk pada bahagian komunikasi dan sonar.[1]

  1. ^ a b Department of Defence, 2016 Defence White Paper, pp. 91-92
  • Davidson, Jon (2005). Beneath Southern Seas. Crawley, WA: University of Western Australia Press. ISBN 1920694625. OCLC 69242056. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Jones, Peter (2001). "A Period of Change and Uncertainty". Dalam Stevens, David (penyunting). The Royal Australian Navy. The Australian Centenary History of Defence. III. South Melbourne, VIC: Oxford University Press. ISBN 0195555422. OCLC 50418095.
  • Kelton, Maryanne (2008). More than an ally?: contemporary Australia-US relations. Aldershot, Hampshire: Ashgate. ISBN 0754673677. OCLC 181424108.
  • Thompson, Roger (2007). Lessons not learned: the U.S. Navy's status quo culture. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 9781591148654. OCLC 76901958.
  • Wertheim, Eric, penyunting (2007). The Naval Institute Guide to Combat Fleets of the World: Their Ships, Aircraft, and Systems (ed. 15th). Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 9781591149552. OCLC 140283156.
  • Yule, Peter (2008). The Collins Class Submarine Story: Steel, Spies and Spin. Port Melbourne, VIC: Cambridge University Press. ISBN 9780521868945. OCLC 213111359. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Jurnal dan artikel berita

[sunting | sunting sumber]

Tapak web dan media lain

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Penilaian dan laporan
Pautan lain

Media berkenaan Collins class submarines di Wikimedia Commons

  • Virtual Fleet - Virtual tour of RAN warships, including the Collins class submarine.
  • Submarine Names - RAN webpage providing histories of the six personnel the submarines are named after.