Kapal selam Jerman U-550
Kapal selam Jerman U-550 U-boot Jenis IXC/40 kendalian Kriegsmarine (Tentera Laut Jerman Nazi) yang dibina untuk perkhidmatan semasa Perang Dunia Kedua telah ditemui semula pada 23 Julai 2012. Pada 2 Oktober 1942 kapal selam itu dibina di Deutsche Werft, Hamburg sebagai 'WERK' 371 dan dilancarkan pada 12 Mei 1943 dan ditauliahkan pada 28 Julai di bawah perintah Leftenan Komander Klaus Hänert.
Selepas latihan dengan Flotila U-boot Ke-4, kapal itu ditugaskan dengan Flotila U-boot Ke-10 pada 1 Februari 1944 di Lorient , Perancis.
Rondaan
[sunting | sunting sumber]Kapal itu belayar dari Kiel pada 6 Februari 1944, menuju Lautan Atlantik Utara, melalui jurang antara Iceland dan Kepulauan Faroe, menuju ke Newfoundland, pantai timur laut Amerika Syarikat. Pada 22 Februari ia diserang oleh kapal terbang dari Skuadron RAF No. 162 . Walau bagaimanapun, dua ahli krew U-bot terbunuh.
Kerugian
[sunting | sunting sumber]Pada 16 April 1942, kapal SS Pan-Pennsylvania , sebuah daripada kapal tangki terbesar di dunia di pulau Nantucket terburai setelah ditembak oleh torpedo U-550 .Kapal itu dengan cepat terbakar dan mula tenggelam. Kapal selam itu sembunyi dari serangan balasan.
Konvoi CU-21 telah diiringi oleh Tentera Laut DE, Gandy (DE-764) .Joyce (DE-317) dan yang Peterson (DE-152) berjaya menyelamatkan anak-anak kapal yang masih hidup.
Pada 5 Mei 1944, piket Peronda Pantai CGR-3082 menemui kapal selama itu koordinat NN 39 ° 51 '. 71 ° 58 'W., kira-kira 93 batu (150 km) ESE Ambrose. U-550 telah tenggelam pada 16 April 1944 .Beberapa mayat ditemui 19 hari kemudian.
Penemuan semula
[sunting | sunting sumber]Bangkai kapal U-550 telah ditemui di luar pantai Massachusetts pada 23 Julai 2012, 70 batu ke selatan dari Nantucket. Tujuh penyelam, diketuai Joe Mazraani telah menggunakan sonar berjaya mengesan kapal selam itu.Mereka ialah Mazraani Joe, Basuka Garry, Tom Packer, Steve Gatto, Takakjian Eric, Tedeschi Anthony dan Brad Sheard .