Pergi ke kandungan

Kapal pengangkut pesawat Graf Zeppelin

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Graf Zeppelin
Graf Zeppelin selepas pelancarannya pada 8 Disember 1938
Sejarah
Jerman Nazi
Nama: Graf Zeppelin
Bersempena dengan: Count Ferdinand von Zeppelin
Pembina: Deutsche Werke
Dibaringkan: 28 Disember 1936
Dilancarkan: 8 Disember 1938
Takdir: Tenggelam sebagai kapal sasaran pada 16 Ogos 1947
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kapal pengangkut pesawat kelas-Graf Zeppelin
Sesaran: 33,550 long ton (34,088.4 t) (muatan penuh)
Panjang: 262.5 m (861 ka 2.6 in)
Lunas: 36.2 m (118 ka 9.2 in)
Draft: 8.5 m (27 ka 10.6 in)
Installed power: 200,000 shaft horsepower (149,140.0 kW)
Jana kuasa: 4 turbin bergear
Halaju: 33.8 kn (62.6 km/j; 38.9 mph)
Jarak: 8,000 nmi (14,816.0 km; 9,206.2 bt) pada 19 kn (35.2 km/j; 21.9 mph)
Anak kapal: 1,720 anak kapal
Persenjataan:
Perisai:
  • Belt: 100 mm (3.9 in)
  • Dek penerbangan: 45 mm (1.8 in)
  • Dek utama: 60 mm (2.4 in)
Pesawat yang dibawa:

Kapal induk pesawat udara Graf Zeppelin adalah kapal sulung dalam kelas dua pengangkut dengan sama nama yang dipesan oleh Kriegsmarine. Ia adalah satu-satunya kapal pengangkut pesawat yang dilancarkan oleh Jerman dan mewakili sebahagian daripada usaha Kriegsmarine untuk mewujudkan armada laut yang sangat seimbang, mampu meluncurkan kuasa tentera Jerman jauh di sebalik sempadan sempit Laut Baltik dan Laut Utara. Pengangkut ini akan dilengkapi 42 pesawat pejuang dan pengebom junam.

Pembinaan Graf Zeppelin bermula pada 28 Disember 1936, apabila lunasnya di pasang di limbungan Deutsche Werke di Kiel. Dinamakan sempena Graf (Count) Ferdinand von Zeppelin, kapal ini telah dilancarkan pada 8 Disember 1938, dan hampir 85% siap menjelang Perang Dunia II pada September 1939. Graf Zeppelin tidak siap sepenuhnya dan tidak pernah beroperasi disebabkan oleh perubahan keutamaan pembinaan yang diperlukan oleh peperangan. Ia kekal di Baltik untuk tempoh peperangan; apabila kekalahan Jerman tidak dapat dielakkan, anak kapal itu kemudian menenggelamkannya di luar Stettin pada Mac 1945. Pihak Soviet Union menimbulkan kapal tersebut pada Mac 1946, dan ia akhirnya karam dalam ujian senjata di utara Poland 17 bulan kemudian. Bangkai kapal telah ditemui oleh sebuah kapal peninjau Poland pada Julai 2006.

Lakaran projek sebenar Graf Zeppelin apabila siap pada September 1942

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c Chesneau, pp. 76–77
  • Barker, Lt. Cmdr Edward L. (March 1954). "War Without Aircraft Carriers". Proceedings. Annapolis: United States Naval Institute Proceedings. OCLC 61522996.
  • Burke, Stephen (Sep 2007). Without Wings: The Story of Hitler's Aircraft Carrier. Victoria: Trafford Publishing. ISBN 1-4251-2216-7.
  • Breyer, Siegfried (1989). Graf Zeppelin: The German Aircraft Carrier. Atglen: Schiffer Publishing Ltd. ISBN 0887402429.
  • Chesneau, Roger (1998). Aircraft Carriers of the World, 1914 to the Present An Illustrated Encyclopedia. London: Brockhampton Press. m/s. 288. ISBN 1-86019-875-9.
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-790-9.
  • Israel, Ulrich H.-J. (1994). Graf Zeppelin: Einziger Deutscher Flugzeugträger. Hamburg: Verlag Koehler/Mittler. ISBN 3782206029.
  • Kuzin, V. P.; Litinskii, D. Iu. (2008). "Avianosets "Graf Zeppelin"—boevoi trofei Krasnoi Armii [Aircraft Carrier Graf Zeppelin—Battle Trophy of the Red Army]". Warship International. Toledo: International Naval Research Organization. 45 (2): 161–165. ISSN 0043-0374. OCLC 1647131.
  • Lake, Jon (2002). Lancaster Squadrons 1942-43. Oxford: Osprey. ISBN 1-84176-313-6.
  • Mann, Chris; Jörgensen, Christer (2003). Hitler's Arctic War: the German campaigns in Norway, Finland, and the USSR, 1940–1945. New York, NY: Thomas Dunne Books. ISBN 978-0-312-31100-1.
  • Marshall, Francis L. (1994). Sea Eagles: The Operational History of the Messerschmitt Bf 109T. Walton on Thames: Air Research Publications. ISBN 1871187230.
  • Reynolds, Clark G. (January 1967). "Hitler's Flattop: The End of the Beginning". Proceedings. United States Naval Institute Proceedings. OCLC 61522996.
  • Rohwer, Jürgen; Monakov, Mikhail S. (2001). Stalin's Ocean-going Fleet. London: Frank Cass. ISBN 0714648957.
  • Schenk, Peter (2008). "German Aircraft Carrier Developments". Warship International. Toledo: International Naval Research Organization. 45 (2): 129–158. ISSN 0043-0374. OCLC 1647131.
  • Shirokorad, Alexander (2004). Флот, который уничтожил Хрущёв (Flot, kotoryi unichtozhil Khruschev (dalam bahasa Russian). Moscow: AST publishers. ISBN 5-9602-0027-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Whitley, M.J. (July 1984). Warship 31: Graf Zeppelin, Part 1. VIII. Annapolis: United States Naval Institute Press. ISBN 0-85177-354-0.
  • Whitley, M.J. (1985). Warship 33: Graf Zeppelin, Part 2. IX. Annapolis: United States Naval Institute Press. ISBN 0-87021-984-7.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Kapal pengangkut pesawat kelas Graf Zeppelin


Koordinat: 55°31′03″N 18°17′09″E / 55.51750°N 18.28583°E / 55.51750; 18.28583