Pergi ke kandungan

Kapal auksiliari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapal bantuan kelas-Berlin Tentera Laut Jerman.

Kapal Auksiliari ialah sejenis kapal tentera laut yang direka untuk membantu kapal kombatan dan operasi laut yang lain.[1] Kapal auksiliari bukanlah kapal kombatan,[2] namun ia mungkin mempunyai keupayaan tempur yang terhad, biasanya bersifat mempertahankan diri.

Kapal Auksiliari adalah amat penting bagi semua saiz tentera laut, kerana tanpa mereka, kapal-kapal armada utama tidak akan efektif. Oleh itu, hampir setiap tentera laut mengekalkan armada auksiliari yang besar. Bagaimanapun, komposisi dan saiz armada auksiliari ini berbeza-beza bergantung pada sifat setiap tentera laut dan misi utamanya. Angkatan laut pesisiran yang lebih kecil cenderung mempunyai kapal auksiliari lebih kecil yang memfokuskan pada peranan sokongan litoral dan latihan. Angkatan laut lepas yang lebih besar cenderung mempunyai armada auksiliari yang terdiri daripada armada kapal-kapal sokongan jarak jauh yang direka untuk memberikan bantuan yang melewati perairan negara.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Cutler and Cutler, p.16
  2. ^ Morris, p.192

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Cutler, Deborah W.; Cutler, Thomas J. (2005). Dictionary of Naval Terms (ed. 6). Naval Institute Press. ISBN 978-1591141501.
  • Morris, Christopher G. (1992). Academic Press Dictionary of Science and Technology (ed. 1). Academic Press. ISBN 978-0127356327.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]