Kapal RO-RO
RORO adalah "ringkasan" bagi roll-on/roll-off; Kapal RO-RO ialah sejenis feri yang membawa kargo beroda seperti kereta, trailer atau gerabak keretapi.
RORO mempunyai anjakan binadalam di geladak, yang membenarkan kargo digolek naik (rolled on) dan digolek turun (rolled off) kapal apabila anjalan diturunkan atau dalam posisi buka.
Feri kereta yang beroperasi menyeberangi sungai dan jarak dekat lain secara amnya tidak dipanggil RORO, kerana ringkasan ini dikhususkan bagi kapal.
Biasanya kereta baru yang diangkut melalui kapal keserata dunia diangkut menggunakan RORO. Pengangkut besar kereta baru ini biasanya dikenali sebagai Pengangkut Kereta Tulin (Pure Car Carriers) (PCC) atau Trak Kereta Tulin Pure (Car Truck Carriers) (PCTC). PCC terbesar, dijangka dilancarkan pada 2006, mampu mengangkut 8,000 kereta.
Feri kereta RORO laut lepas, dengan pintu besar hampir pada permukaan air dan dek kereta terbuka yang besar mempunyai reputasi sebagai rekebentuk yang berisiko. Sebarang air yang memasuki dek kenderaan, dengan cepar berkumpul pada sebelah bahagian dek menjadikan kapal tidak stabil dan menyebabkan ia terbalik sebagaimana yang berlaku dengan penengelaman Princess Victoria pada 1953 yang membunuh 132 orang, M/S Herald of Free Enterprise pada 1987 membunuh 193 orang, dan M/S Estonia pada 1994 membunuh 852 orang.