Kanga
Penampilan
Kanga (atau kangha) ialah sejenis sikat kayu yang dipakai penganut Sikh lelaki wajib dimiliki dalam kalangan mereka sebagai tanda peringatan terhadap kesucian mereka di mana sikat ini dipakai dua kali setiap hari untuk memastikan bahawa rambut panjang yang disimpan itu tidak terurai dan sentiasa kemas dan tersusun rapi bagi kaum lelaki. Sikat ini biasanya disimpan dalam ikatan serban para lelaki Sikh sehingga masa ia boleh digunakan.