Kampung Sungai Pau
Penampilan
Kampung Sungai Pau terletak di dalam Mukim Teloi di daerah Sik. Terletak di laluan utama jalan negeri dari utara menuju ke Pantai Timur melalui daerah Baling dan Gerik. Kampung ini terletak bersebelahan dengan Kg Batu 5 di selatan, Bandar Baru Beris Jaya di barat dan Kg Begia di Utara. Jarak pekan terdekat adalah Pekan Jeniang kira-kira 3 kilometer dan Sik 8 Kilometer. Keadaan muka buminya yang hijau masih lagi dilitupi hutan yang bersempadan dengan Bukit Enggang. Sebahagian besar penduduk adalah petani yang bekerja sebagai penoreh dan pekebun sawit.