Pergi ke kandungan

Kampung Sungai Kelubi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Sungai Kelubi di Rawang, Selangor diduduki oleh Orang Asli suku Temuan.[1] Ketua kampungnya ialah Tok Batin bernama Dari Asang.

Jambatan ke kampung ini sudah uzur dan menyembah ke dalam sungai. tidak ada tindakan buat sekian lama. Mereka terpaksa meniti dengan berhati-hati menyeberang. Kanak-kanak tidak mahu ke sekolah kerana takut meniti jambatan kayu. Mereka belajar setakat darjah enam sahaja.

Kehidupan mereka sangat daif sungguhpun ada 25 ekar ladang kelapa sawit yang dibangunkan oleh kerajaan. Pokok kelapa sawit sudah tua. Pendapatan mereka kini sekitar RM200.00 hingga RM300.00 .Penduduk kampung berhasrat menukar kelapa sawit kepada kebun sayur kerana dirasakan lebih menguntungkan.

Hasil pertanian terutama kelapa sawit tidak dapat dikeluarkan kerana tidak ada jambatan . Begitu juga hasil susu getah , buah-buahan dan hasil pertanian yang lain.

Kontraktor dari luar tidak dapat masuk kerana tidak ada jambatan. Jambatan kayu tidak dapat digunakan lagi.

Tapi mulai 25 Ogos 2005 , jambatan batu telah dibina oleh kerajaan dan dirasmikan oleh Datuk G Palanivel, ahli Parlimen Hulu Selangor.

Tiada bekalan elektrik

[sunting | sunting sumber]

Mereka bergantung kepada pelita minyak tanah sahaja, tidak ada bekalan elektrik. Hanya segelintir menggunakan generator. Rumah Rubi hangus terbakar beberapa tahun lalu kerana lori bomba tidak dapat masuk.

Tiada bekalan air

[sunting | sunting sumber]

Bekalan air tidak ada, sebaliknya bergantung kepada bekalan air dari Sungai Kelubi. Telefon awam juga tidak ada di sini.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Temuan Webpage

[sunting | sunting sumber]

www.geocities.com/temuanz ( laman web bahase temuan )