Pergi ke kandungan

Kampung Sungai Gulang-Gulang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Sungai Gulang-Gulang
Transkripsi lain
 • Jawiكامڨوڠ سوڠاي ڬولڠ٢‎‎
Koordinat: 3°24′24″N 101°12′07″E / 3.406666°N 101.201854°E / 3.406666; 101.201854Koordinat: 3°24′24″N 101°12′07″E / 3.406666°N 101.201854°E / 3.406666; 101.201854
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahKuala Selangor
MukimKuala Selangor
Kawasan parlimenTanjong Karang
Kawasan negeriPermatang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Kuala Selangor
 • Ahli ParlimenZulkafperi Hanapi
 • Ahli Dewan NegeriNurul Syazwani Noh
 • PenghuluJumasri Bin Jiman
 • Ketua kampungMohd Nazfer Bin Mohd Saruwi
Keluasan
 • Jumlah12.6622 km2 (4.8889 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah3,775
 • Kepadatan300/km2 (770/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
45500
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Kampung Sungai Gulang-Gulang (Jawi: كامڨوڠ سوڠاي ڬولڠ٢; ejaan lapuk ialah Kampong Sungei Gulang-Gulang) merupakan kawasan perkampungan di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Kampung Sungai Gulang-Gulang merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Kuala Selangor, iaitu satu daripada sembilan mukim dalam Daerah Kuala Selangor.[2][3] Poskod bagi Kampung Sungai Gulang-Gulang ialah 45500 Tanjong Karang.[4]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Kampung Sungai Gulang-Gulang mempunyai jumlah keluasan keseluruhan sebanyak 12.6622 kilometer persegi.[5][6] Menurut Laporan Akhir Fasa 2 Negeri Selangor jilid kedua, Kampung Sungai Gulang-Gulang mempunyai jumlah penduduk seramai 3,775 orang; di mana jumlah tersebut merangkumi 92 peratus penduduk ialah orang Melayu, tujuh peratus penduduk ialah orang Cina dan selebihnya, satu peratus penduduk ialah orang India.[5] Terdapat sebanyak 878 buah rumah yang terbina dalam kawasan Kampung Sungai Gulang-Gulang; daripada jumlah tersebut sebanyak 20 buah rumah dibiarkan usang dan 12 buah rumah lagi ditinggalkan.[5]

Kampung Sungai Gulang-Gulang telah dipercayai wujud sejak tahun 1900 lagi.[6] Kampung ini telah diterokai oleh empat buah keluarga berketurunan orang Jawa dari Indonesia– mereka meneroka kawasan ini dengan kawasan pertanian.[6]

Kedudukan

[sunting | sunting sumber]
Sekitar Kampung Sungai Gulang-Gulang pada tahun 2023
Zon IKS Sungai Gulang-Gulang (2023)

Kampung Sungai Gulang-Gulang merupakan salah satu kawasan kawasan perkampugan di negeri Selangor. Kampung Sungai Gulang-Gulang terletak di bahagian barat laut Daerah Kuala Selangor manakala kedudukannya dalam Mukim Ujong Permatang, Kampung Sungai Gulang-Gulang terletak di bahagian utara Mukim Ujong Permatang. Antara petempatan manusia dan kawasan yang serantau dengan kawasan Kampung Sungai Gulang-Gulang ialah Taman Sahabat di bahagian barat, Taman Suria Indah di bahagian barat laut, Taman Mutiara di bahagian tenggara, Kampung Sungai Tunggul Baru dan estet kepala sawit Ladang Nazirabad dan Ladang Sungai Nyior di bahagian selatan; dan estet kelapa sawit Ladang Banjar di bahagian barat daya.[1][2] Kampung Sungai Gulang-Gulang mempunyai poskod tersendiri iaitu 45500 dalam daerah pos Tanjong Karang.[4]

Dari perseptik politik, kawasan perumahan Kampung Sungai Gulang-Gulang terletak di dalam kawasan parlimen Tanjong Karang.[7] Dalam kawasan Dewan Negeri Selangor pula, Kampung Sungai Gulang-Gulang terletak di dalam kawasan negeri Permatang.[7]

Kampung Sungai Gulang-Gulang merupakan mempunyai pola petempatan yang berjajar dengan jalan raya.[2] Beberapa rumah penduduk dalam kawasan Kampung Sungai Gulang-Gulang terbina di tebing barat dan timur Jalan Persekutuan 5 (Jalan Klang–Teluk Intan), sebatang jalan raya utama di kawasan pesisiran pantai barat Semenanjung Malaysia dan cabang-cabang jalan Jalan Sungai Gulang-Gulang seperti Jalan Sungai Gulang-Gulang 6/1 (Jalan SGG 6/1) dan Jalan Sungai Gulang-Gulang 6/2 (Jalan SGG 6/2). Jarak bandar terdekat iaitu Tanjong Karang (dari titik Stesen Bas Tanjong Karang) dengan Kampung Sungai Gulang-Gulang ialah dalam lingkungan 5–6 kilometer (3.1–3.7 bt), dengan melalui Jalan Persekutuan 5 ke arah Klang.[2][8]

  1. ^ a b "Kampung Sungai Gulang-Gulang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 23 Mac 2024. Dicapai pada 23 Mac 2024.
  2. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2017). "Dokumen Gazetir – Selangor Darul Ehsan". Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 29 Januari 2024.
  4. ^ a b "Kampung Sungai Gulang-Gulang, Kuala Selangor". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  5. ^ a b c "Laporan Akhir Fasa 2 Negeri Selangor – Jilid 2: Kampung Sungai Gulang-Gulang" (PDF). Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  6. ^ a b c "Pemetaan Interaktif". Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. 27 Mac 2024. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  7. ^ a b "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  8. ^ "Kampung Sungai Gulang-Gulang, Selangor – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 10 Mac 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]