Pergi ke kandungan

Kampung Semamang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Semamang
Kampung Semamang yang terletak di Brunei
Kampung Semamang
Lokasi di Brunei
Koordinat: 4°41′59″N 115°04′29″E / 4.6996°N 115.0746°E / 4.6996; 115.0746Koordinat: 4°41′59″N 115°04′29″E / 4.6996°N 115.0746°E / 4.6996; 115.0746
NegaraBrunei
DaerahTemburong
MukimBangar
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah8
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
PA2751

Kampung Semamang ialah sebuah kampung dalam Mukim Bangar di Daerah Temburong, Brunei. Poskod bagi Kampung Semamang ialah PA2751.[2][3]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Dari segi pentadbiran, Kampong Semamang terletak dalam Mukim Bangar. Mukim Bangar merupakan salah satu dari 38 mukim yang terdapat di Brunei. Mukim Bangar pula dari segi pentadbiran terletak dalam Daerah Temburong, Brunei. Kampung Semamang yang jaraknya kira-kira 1 kilometer dari Pekan Bangar. Kampung ini didiami oleh dua buah keluarga dan hanya terdapat dua buah rumah di kampung ini. Di Kampung Semamang ini terdapat sebuah Stesen Penjualan Minyak Kenderaan (Syarikat Koperasi) bagi Daerah Temburong.

Asal nama

[sunting | sunting sumber]

Asal nama Kampung Semamang, tidaklah dapat dikenal pasti dari cerita orang-orang tua dahulunya. Di kampung ini terdapat sebuah kawasan perkuburan orang-orang Islam yang terbesar di Daerah Temburong, dinamakan Tanah Perkuburan Semamang.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
  2. ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 47. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  3. ^ "Kampong Semamang, Bangar, Temburong: PA2751". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  4. ^ Majlis Perundingan Kampung Belingos. - Sejarah Kampung.