Pergi ke kandungan

Kampung Pemukat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemukat
Pemukat yang terletak di Borneo
Pemukat
Pemukat
Koordinat: 4°45′36″N 115°00′18″E / 4.76°N 115.0051°E / 4.76; 115.0051Koordinat: 4°45′36″N 115°00′18″E / 4.76°N 115.0051°E / 4.76; 115.0051
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianLimbang
Penduduk
 (2017)
 • Jumlah penduduk
156 orang
 • Jumlah rumah
26 buah

Kampung Pemukat ialah sebuah kampung Melayu yang terletak dalam Bahagian Limbang, di Daerah Limbang, Sarawak, Malaysia.[1] Petempatan ini mempunyai jumlah penduduk seramai 156 orang serta menempatkan 26 buah rumah bagi penduduk disini.[2] Ia terletak kira-kira 0.5 kilometer (0.3 bt) dari pekan Limbang dengan menggunakan pengangkutan darat.[2] Poskod bagi Kampung Pemukat ialah 98700.[3]

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Kampung Pemukat mempunyai sebuah surau yang terletak di atas air yang diberi nama sebagai, Surau Darul Ehsan Haji Me'raj yang berstatus awam. Ia memiliki no. Daftar, A-05-2017-0029.[4] Pada tahun 2021, Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Limbang telah membuat satu cadangan untuk menaiktaraf surau ini yang mampu menampung 200 hingga ke 300 jemaah pada satu-satu masa.[1]

  1. ^ a b "Kampung Pemukat Akan Terus Dipelihara Dan Dibangunkan Untuk Generasi Akan Datang". ukas.sarawak.gov.my. Unit Komunikasi Awam Sarawak. 3 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 1 Jun 2021. Kampung Pemukat adalah sebuah kampung yang unik dan perlu dipertahankan dengan satu sahaja alternatif iaitu Penyukatan Kampung Tradisi demi memperjuangkan martabat Kampung Melayu yang unik,"
    "Dalam pada itu, satu cadangan untuk menaik taraf Surau Darul Ehsan Haji Me’raj Kampung Pemukat menjadi sebuah surau terapung yang indah dan mampu menampung sekurang-kurangnya 200 hingga ke 300 jemaah pada satu-satu masa akan dicadangkan bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Limbang,
    (ucapan oleh Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak).
  2. ^ a b Pentadbiran Bahagian Limbang (2017). "Senarai Profail Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Daerah Limbang 2017". limbang.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-05. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  3. ^ "Kampung Pemukat, Limbang Postcode". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia Postcode Search. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  4. ^ "Surau Darul Ehsan Haji Me'raj, Kampung Pemukat Limbang". emasjid.sarawak.gov.my. Khidmat Islam Sarawak. Dicapai pada 1 Jun 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]