Kampung Pasir Gajah
Kampung Pasir Gajah | |
---|---|
Kampung | |
![]() Peta Malaysia. | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | ![]() |
Negeri | Terengganu Darul Iman |
Daerah | Daerah Kemaman |
Mukim | Mukim Pasir Semut |
Kampung | Kampung Pasir Gajah |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
• Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
• Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 20050 |
Kod kawasan | +609 |
Lokasi Kampung Pasir Gajah di Peta Google |
Kampung Pasir Gajah terletak di Cukai, Kemaman, Terengganu.
Asal-usul
[sunting | sunting sumber]Penempatan awal Kampung Pasir Gajah bermula sekitar tahun 1920-an. Kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh Engku Haji Mahmud bin Abu Bakar, seorang pedagang berketurunan Jambi, Sumatera, Indonesia, bersama pengikutnya.
Kampung Pasir Gajah Kemaman, Terengganu, terletak di wilayah KETENGAH. kampung ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai. Melihat kepada situasi itu, maka, kampung ini dinamakan kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda yang halus (pasir) dan binatang yang paling besar (Gajah). Dari lagenda penduduk setempat, kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang berketurunan Jambi, Sumatera, Indonesia iaitu Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama dengan pengikut-pengikutnya.[1]
Kampung ini dikategorikan sebagai sebuah kampung tradisional yang meliputi kawasan seluas 1,387 hektar di dalam kawasan Mukim Pasir Semut, Kemaman di dalam Wilayah Ketengah. Jaraknya dari Bandar Cukai ialah lebih kurang 15.5 kilometer. Kampung ini terdiri dari 5 gugusan kampung lain iaitu Kampung Tanah Lot, Kampung Hilir, Kampung Hulu, Kampung Laut dan kampung Batu 10.
Tempat menarik
[sunting | sunting sumber]- Rumah Jambi
- Pusat Penetasan Tuntung
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- http://www.titian-digital.net.my/pasirgajah[pautan mati kekal]
- Lokasi Kampung Pasir Gajah di Peta Google
- ^ "Homestay Kampung Pasir Gajah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-20. Dicapai pada 2018-01-20.